Skip to main content

Posts

Bibi terus didesak letak jawatan

KOTA BHARU -- Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan terus menerima desakan meletakkan jawatan daripada penyokong dan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), bagi memberikan laluan kepada individu lain yang layak menerajui persatuan itu. Terkini desakan itu datang dari PBJ Tumpat yang mahu presiden wanita itu melepaskan jawatan secara terhomat setelah 'kurang' berkesan sepanjang memimpin persatuan terbabit. Setiauasaha PBJ, Tumpat Asmadi Rifin berkata Bibi Ramjani dan barisan exco perlu berundur secara terhomat, dan menyerahkan kuasa kepada ahli gabungan (PBJ) untuk memilih kepimpinan baru bagi memimpin KAFA. "Bola sepak adalah hak rakyat bukan hak individu tertentu, bukan kuasa presiden KAFA melantik presiden dan exco yang baru, namun kuasa PBJ yang menentukan untuk memilih pemimpinan KAFA," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sebelum ini, desakan sama turut dilakukan PBJ Tanah Merah, beberapa kelab penyo
Recent posts

Dua rakyat asing maut minum arak beracun

IPOH -- Dua lelaki masing-masing warga Bangladesh dan Myanmar meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini disyaki mengalami keracunan metanol. Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming  berkata kedua-dua mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HRPB pada 28 April lalu setelah mengalami gejala kabur penglihatan, loya, muntah, sakit perut dan kurang sedar selepas minum minuman beralkohol. “Kedua-dua lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal semasa dimasukkan ke hospital dan  meninggal dunia pada awal pagi ini,” katanya. Dr Ding berkata sampel klinikal daripada kedua-dua kes telah dihantar ke makmal untuk pengesanan metanol dan keputusannya belum diterima. Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan survelan minuman beralkohol di pasaran juga akan dipertingkatkan. Beliau berkata keracunan metanol boleh menyebabkan gejala sakit perut, sesak nafas, kabur penglihatan, loya, munta

Bung Mokhtar, Zizie akan didakwa esok

KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Kinabatangan dan bekas pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat ini atas tuduhan berkaitan rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam kenyataan hari ini, berkata pasangan suami isteri itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. “SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, SPRM hari ini telah menahan Bung Moktar pada jam 10.50 pagi Rabu di SPRM Sabah manakala Zizie, yang juga seorang pelakon ditahan, di SPRM Putrajaya pada jam 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra. Katanya kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM. Bung Moktar dilanti

Keputusan permohonan UPU pada 5 hingga 12 Mei

PUTRAJAYA -- Sebanyak 199,626 permohonan UPUOnline lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diterima untuk kemasukan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) bagi sesi akademik 2019/2020, kata Kementerian Pendidikan hari ini. “Calon-calon ini adalah layak, dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. Kementerian Pendidikan berkata hebahan keputusan permohonan kemasukan ke program pengajian asasi,  sijil dan diploma akan diumumkan pada 5 Mei (Ahad) mulai 12 tengahari sehingga 11.59 malam 12 Mei. Saluran hebahan itu ialah di UPUPocket 2.0 dan lima URL lain iaitu https://jpt.umt.edu.my ,  https://jpt.ums.edu.my , https://jpt.unimas.my ,  https://jpt.utm.my dan https://jpt.uum.edu.my . Semakan status permohonan juga boleh didapati melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS)  ke 15888 dengan

Perbicaraan rasuah, gubah wang haram RM2.28 bilion mulai 19 Ogos

KUALA LUMPUR -- Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berdepan  25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana  1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, akan bermula pada 19 Ogos. Hakim Mahkamah Tinggi  Collin Lawrence Sequerah menetapkan  19 hingga 29 Ogos;  sepanjang bulan  September dan  Oktober kecuali Jumaat, di samping dua minggu pertama November, untuk perbicaraan kes itu. Tarikh baharu itu ditetapkan selepas Peguam Negara  Tommy Thomas, yang mengetuai  pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib membabitkan SRC International  Sdn Bhd, memohon supaya mahkamah menangguhkan perbicaraan kes  1MDB najib sehingga kes  SRC International diselesaikan terlebih dahulu, dan tiada bantahan daripada pasukan pembelaan. "Kami tidak mahu kes SRC International didengar sebahagian dan kemudian dibiarkan tergantung. Jika segala-galanya berjalan lancar, pendakwaan boleh menutup kes pada  21 Jun, yang

MAS lancar pakej percutian baharu di Malaysia

KUALA LUMPUR -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan melancarkan produk baharu pakej percutian pada suku ini bagi membolehkan tetamu menyesuaikan pakej percutian mereka di Malaysia, kata Ketua Eksekutif Kumpulan Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Lau Yin May.  Katanya dengan pakej itu, tetamu boleh sesuaikan percutian istimewa mereka menerusi gabungan penerbangan, penginapan, lawatan, aktiviti dan tarikan, supaya mereka boleh mengunjungi dan merasai pengalaman berada di beberapa tempat terbaik di negara ini. “Kami akan mempunyai banyak lagi rakan kongsi untuk kempen baharu ini dan mengumumkannya apabila ia siap. “Kami merancang (majlis pelancaran) dalam beberapa bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran fasa kedua kempen Malaysia Hospitaliti di pejabat tiket syarikat penerbangan itu yang baharu di NU Sentral Kuala Lumpur di sini, hari ini. Lau berkata pakej percutian itu merupakan sebahagian daripada kempen yang dilancarkan tahun lepas. Beliau b

Pulau Lombok hab baru AirAsia

LOMBOK (Indonesia) -- Pulau Lombok di Indonesia mendapat rangsangan dalam usaha pelancongannya dengan pembukaan hab terbaru AirAsia di pulau itu.   Syarikat penerbangan tambang rendah itu akan melancarkan penerbangan antarabangsanya yang pertama dari Lombok ke Perth, Australia, pada Jun tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan ketika merasmikan hab tersebut berkata ia akan menyaksikan pertumbuhan menyeluruh di pulau itu, yang terjejas apabila beberapa kawasan terkesan oleh kejadian gempa bumi pada tahun lepas.  Hab itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong kerajaan Indonesia dan inisiatif Kementerian Pelancongan untuk membangunkan Lombok sebagai satu daripada “10’ Bali baharu'’. Sempena pelancaran itu, Dendy berkata AirAsia juga telah memperkenalkan rekaan berbentuk hati yang direka khas untuk menyokong promosi pelancongan Lombok. “Reka bentuk ini menampilkan ikon pelancongan tempatan, seperti Gunung