LANGKAWI -- Berbelanja RM3 juta sebulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebuah kapal layar mega adalah seumpama mengadakan pesta mewah setiap hari di atas kapal sedangkan utiliti kapal layar digerakkan setiap waktu, kata seorang pakar kapal layar mewah. Pengarah operasi Mega Yacht Club of Vanuatu Ltd, Nicholas de Souza, berkata jumlah itu juga adalah lebih daripada mencukupi untuk pengambilan anak kapal dengan gaji yang tinggi dan kapten kapal kanan secara tetap. “Dan (jumlah itu cukup untuk) mengambil kakitangan perkhidmatan tambahan sehingga 25 orang tetapi untuk berbelanja RM3 juta… ia tentunya pesta setiap hari atau pesta amat besar setiap minggu,” katanya, lapor Bernama. Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas sat...