Wednesday, 2 July 2025

Jejak Lama Di Titi Zaman

Sekian tahun aku meninggalkan halaman ini — senyap, seperti sebuah rumah lama yang ditinggalkan sepi tanpa pesan, tanpa endah. Hari ini, naluri membawa aku untuk kembali. Menderiai jejak lama di titi zaman. Ada rasa yang ingin berkata-kata.

Bukan kerana ada yang menunggu, tiada siapa pun menanti, selain sepi, tetapi kerana ada sesuatu dalam diri yang masih ingin bersuara. 

Menulis, hatta sebaris dua, adalah cara mengingati bahawa aku pernah wujud — dan masih wujud, masih bernafas dan membaris aksara, menjadi gema kata dan bicara.

Biarlah perlahan, biarlah sepi, asalkan jujur. Ini bukan permulaan baru. Ini sekadar sambungan dari senyap yang panjang.

Aku ada, di sini. Atau di mana-mana.

No comments:

Post a Comment

Salam Hari Merdeka Warga

  Salam Hari Merdeka Warga (Ogos sudah tiba) I. Warga, Sudah enam puluh lebih tahun kita merdeka, Tapi betulkah kita benar-benar bebas? ...