Friday, 12 September 2025

Kata-kata adalah senjata

Bukan semua diam itu emas, tapi tidak semua suara itu permata. 

Kadangkala diam itu pengecut.

Tapi suara tanpa fikir adalah pukulan kosong dalam kabus.

Kau nampak macam sedang melawan, tapi sebenarnya menari dalam silap sendiri.

Jika mahu melawan trollisme zaman ini, kita tidak cukup dengan fakta.

Kita perlukan akhlak dalam hujah, dan keberanian untuk kalah, asalkan kebenaran tidak rosak.

Dan kalau satu hari nanti, kau rasa nak jadi troll - pastikan kau tahu arah kiblat hujah.

Kerana kalau tidak, kau hanya menyembah diri sendiri sambil bersorak: “Aku betul sebab aku kuat rasa.”

Kata-kata adalah senjata - membinasa musuh, atau makan tuan.

No comments:

Post a Comment

Kata-kata adalah senjata

Bukan semua diam itu emas, tapi tidak semua suara itu permata.  Kadangkala diam itu pengecut. Tapi suara tanpa fikir adalah pukulan kosong d...