Skip to main content

Posts

Showing posts from September 25, 2018

We do not want the tyranny of the majority - Anwar

KUALA LUMPUR -- PKR president-elect Datuk Seri Anwar Ibrahim warned of the existence of a so-called super liberal group in the country which he said strongly expressed its demands and pushed for their implementation. Without making any specific reference, he said the people of this super liberal group also denounced the views of those opposed to it. “When we criticise them, we are attacked as if this country belongs to them. I tell them that we represent the majority in the country and we argue that in this country we are also entitled to voice our views. “They think that we must accept their views. If I touch a little on Islam and the Malays, they will raise an argument. I want to tell them that we do not want the tyranny of the majority and that we also reject the tyranny of the minority,” he said when delivering a talk on the ‘Syarahan Negarawan 2018’ lecture programme here. He said the group recently criticised his move to contest the Port Dickson parliamentary by-elec

Denda RM150,00 jual baja subsidi

MUAR -- Sebuah syarikat didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa setelah didapati bersalah menjual baja subsidi kerajaan tanpa lesen borong yang sah, pada bulan Mac hingga Mei lepas. Hakim Amran Jantan menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Unigrow Agriculture Sdn Bhd setelah wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menjual secara borong baja kimia itu kepada tiga syarikat tanpa lesen borong yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia. Mengikut tiga pertuduhan itu, syarikat tersebut menjual sebanyak 15,250 kilogram baja kimia secara borong kepada tiga syarikat lain di Lot 4477, Kampung Kebun, Bakri di sini antara 13 Mac hingga 7 Mei lepas.  Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah  Seksyen 22(2) akta sama dan boleh didenda tidak lebih daripada RM2 juta apabila disabitkan kesalahan. Sementara itu di mahkamah sama, Amran turut menjatuhkan hukuman denda RM80,000 terhadap seorang Pengara

Takziah untuk keluarga komposer terkenal Pak Ngah

KUALA LUMPUR -- Pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air,  Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia pada pukul 3.15 petang hari ini. Perkara itu disahkan oleh sumber terdekat daripada Pak Ngah Production, Abdul Rahman Mahadi ketika dihubungi Bernama. "Pak Ngah bertolak ke Batam pada Jumaat lepas atas urusan kerja dan Allahyarham ada mengadu tidak sedap badan pada malam Maghrib pada hari yang sama dan kemudian dihantar ke hospital. "Setelah berada di sana, Allahyarham disahkan mempunyai kegagalan jantung dan kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bermula Jumaat hingga semalam," katanya. Menurutnya, semasa dalam penerbangan balik, keadaan Pak Ngah sudah tidak stabil dan diarahkan oleh pasukan perubatan untuk berpatah balik ke Batam. "Sepatutnya (saya) ambil beliau hari ini untuk hantar ke Hospital Tawakal KPJ, Kuala

Tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja

JOHOR BAHRU -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Anggota Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi majlis itu. Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi, sama ada melibatkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu. “Apa sahaja urusan surat menyurat melibatkan kerajaan negeri atau Anggota Majlis PBT, semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat  rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat. “Bila masa dalam negeri Johor, surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office (RPO) dalam laman Facebook rasmi baginda di sini, lapor Bernama. Baginda bertitah demikian sebagai mengulas tindakan seorang Anggota Majlis MBIP yang menggunakan bahasa Cina dalam surat rasmi majlis untuk memaklumkan mengenai penganjuran sebuah m

MB, comprehensive answer please

SEREMBAN -- Today, the first day of the second meeting of the first term of the 14th State Legislative Assembly, Barisan Nasional (BN) state assemblymen entered the House and sat in the opposition seats, as leaders of the opposition block. For a while, the atmosphere in the House was tense when Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) was dissatisfied with the brief reply from Aminuddin Harun (PKR-Sikamat), who is also the Menteri Besar, on the direction of economic development in Negeri Sembilan under the Pakatan Harapan (PH) government. Mohamad who was the former Menteri Besar asked Aminuddin to provide a more comprehensive answer on the 2019-2045 plan and questioned Aminuddin’s reply that the projects of the previous government would be changed, including the Malaysia Vision Valley (MVV).  "I ask for an detailed explanation of the direction of the state economic development so that the economic momentum can be increased and multiplied..What kind of changes will be made (

Station Damai asyik rosak kat situ je...

KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tergendala lebih dua jam susulan masalah gangguan isyarat, pada Selasa.  Berdasar beberapa kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi RapidKL, terdapat masalah pada lampu isyarat dan komunikasi yang berlaku di Stesen LRT Damai ke Stesen LRT Dato Keramat menyebabkan tren tergendala dan bergerak perlahan. "Kami mengalami masalah isyarat dari Damai ke Dato Keramat. Kerja memindahkan tren yang gagal beroperasi sedang dilakukan. Kami telah menghantar tren yang kosong untuk mengatasi kesesakan di stesen,” menurut petikan kemas kini status RapidKL melalui laman sosial berkenaan.    Insiden yang berlaku pada waktu puncak itu mengakibatkan ribuan pengguna terkandas di beberapa stesen, menyebabkan ada pengguna yang meluahkan rasa kecewa mereka terhadap perkhidmatan berkenaan di laman sosial.  Seorang pengguna, Eeka Syafiqah berkata beliau telah berada dalam tren lebih sejam. "Faham masala

Kandungan methanol tinggi dalam arak akibat kegagalan pemprosesan

MELAKA -- Kandungan methanol antara 30 hingga 50 kali lebih tinggi daripada jumlah dibenarkan adalah punca kematian 33 warga asing akibat kes keracunan arak minggu lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Beliau berkata kandungan metanol yang tinggi dipercayai terjadi akibat kegagalan dalam pemprosesan pembuatan arak yang sepatutnya menghasilkan ethanol iaitu sejenis sebatian alkohol. Setakat ini, 87 kes keracunan arak dilaporkan di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Negeri Sembilan. "Kita berharap penjualan dua arak itu yang dikenal pasti mengandungi racun disita dan tidak dijual di pasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dunia Perubatan Senaman (WCEM) di sini, hari ini, yang turut dihadiri Penaung WCEM Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah dan Pengerusi WCEM Prof Datuk Seri Jessy Lai. Sementara itu, Dr Lee berkata satu pertiga daripada populasi orang dewasa di negara ini adalah penghidap

DBKL akan tutup pusat tahfiz tidak berdaftar

KUALA LUMPUR -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad Katanya ia bagi memastikan  keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara .  “Kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini diberi kelonggaran hanya kerana ia institusi keagamaan, ia tetap juga perlu berdaftar dengan DBKL dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).  “Kami juga akan mengetatkan syarat kepada sekolah-sekolah berasrama khususnya sekolah tahfiz bagi menjaga kualiti daripada aspek keselesaan dan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PMKS WPKL) di sini, hari ini.  Katanya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memeriksa status pusat-pusat tahfiz sekiranya berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi itu.  “

Suspek tikam dan kelar leher ibu sebelum buang dalam lubang kumbahan

BALIK PULAU, 25 Sept (Bernama) -- Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, di sini, Isnin ditahan polis pada Selasa. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A. Anbalagan berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Jalan Air Putih, di sini pada pukul 8.45 pagi oleh sepasukan polis yang membuat risikan dan intipan ke atas suspek. "Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku membunuh ibunya ketika sedang bertengkar dengan mangsa di  rumah mereka awal pagi semalam sebelum menikam leher warga emas itu dengan pisau seterusnya mengelar leher si mati. "Kejadian itu berlaku di bahagian dapur rumah mereka dan suspek kemudiannya terus menolak lubang kumbahan najis yang terdapat di belakang rumah sebelum membuang ibunya ke dalam kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter," katanya. Beliau berkata siasatan juga mendapati, suspek yang merupakan anak

Pusat tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta kepada bekas pelajar

KOTA BHARU -- Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai  membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas. Dalam keputusannya, Hakim Nazri Ismail berkata tiga daripada empat defendan iaitu Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, yang juga pemandu van, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, bertanggungjawab secara vikarius, untuk membayar kos tersebut kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18, dan ibunya, Jahsuriawany Mustapha, 46, selepas mangsa hilang upaya akibat kemalangan tersebut. Pengetua maahad tahfiz itu, Mohd Khalidi Che Haron yang dinamakan sebagai defendan ketiga, tidak diperintahkan membayar kos berkenaan. Kos itu membabitkan ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan,

Rafizi diperintah bela diri kes tohmahan terhadap TH

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Majistret di sini pada Selasa memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membela diri terhadap tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, dua tahun lalu. Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang telah memanggil tiga saksi sepanjang perbicaraan bermula 22 Ogos tahun lepas, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan. “Mahkamah telah mendengar, membaca dan meneliti keterangan saksi pendakwaan, mengambil kira kesemua aspek secara maksima, mahkamah dengan ini mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan satu kes prima facie dan mahkamah memanggil OKS untuk membela diri,” katanya. Umzarul An-Nur kemudian menetapkan tiga hari bermula 27 sehingga 29 November untuk bekas Anggota Parlimen Pandan itu membela diri. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek dan Nadia Zulkefli manakala Mo

Pesalah rasuah mesti dihukum - Tun M

LONDON, 25 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata individu yang melakukan rasuah mesti dihukum tetapi beliau berpendapat ia belum mencapai tahap di Malaysia pesalah rasuah harus dihukum penjara seumur hidup. “Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan rasuah, dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup,” katanya. Dr Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam’ pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford. Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara, katanya dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyeles

Arak yang dirampas kebanyakannya tiada label kastam - polis

SHAH ALAM -- Polis Selangor masih belum dapat mengenal pasti pembekal arak yang mengorbankan 24 individu di negeri itu sejak kejadian dilaporkan pada 17 Sept lalu. Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata  pihaknya kini meningkatkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memeriksa premis yang disyaki menjual arak terbabit. “Selain itu, kita kena sahkan kesahihannya sama ada (arak) tulen atau diciplak. Arak-arak ini kebanyakannya tidak ada label Kastam. “Kita juga masih menyiasat siapa pembekal arak-arak ini dan sama ada ia datang daripada sumber yang sama. Setakat ini kita masih belum ada sebarang petunjuk mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Menurutnya siasatan dilakukan menurut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai. Mazlan berkata setakat ini, pihaknya telah menaha

Penculik selatan Filipna minta wang tebusan RM4 juta

KOTA KINABALU -- Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) meminta wang sebanyak RM4 juta. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata isteri seorang daripada mangsa yang berada di Sulawesi menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu pada 18 Sept lalu kira-kira pukul 10.24 pagi. “Setakat ini, isteri salah seorang mangsa telah menerima panggilan daripada suspek yang meminta wang tebusan tetapi tiada tempoh yang diberikan untuk membuat pembayaran wang berkenaan. “Bagaimanapun kami akan tunggu perkembangan seterusnya, mungkin ada rundingan antara keluarga mangsa dan majikan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan. Pada 11 Sept lalu, dua nelayan warga Indonesia berusia 30-an diculik oleh dua lelaki bersenj

Mayat dua remaja ditemui selepas seminggu kemalangan

KANGAR -- Mayat dua remaja dipercayai terlibat dalam kemalangan kira-kira seminggu lalu ditemukan di dalam parit di Kampung Sungai Bugis, KM 11 Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat dekat sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata mayat remaja tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hayat Romzi, 19, dan seorang lagi perempuan yang belum diketahui identitinya ditemui oleh orang ramai yang kemudian melaporkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira pukul 5.30 petang. Turut ditemukan dalam parit tersebut sebuah motosikal jenis Yamaha LC bernombor pendaftaran KEB 7484 dipercayai milik remaja lelaki berkenaan, katanya ketika dihubungi. Wari berkata siasatan awal polis mendapati motosikal yang dinaiki kedua remaja tersebut merempuh sebatang pokok lalu terhumban ke dalam parit. Beliau berkata kedua-dua mayat itu telah dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat. Wari meminta saksi kema

Penulis blog itu berniat jahat - Isnaraissah

KOTA KINABALU -- Seorang timbalan menteri persekutuan membuat laporan polis untuk menggesa pihak berkuasa menyiasat penulis sebuah blog yang mendakwa berlaku hubungan sulit antara Anggota Parlimen Kota Belud itu dengan pegawai khas beliau. Isnaraissah Munirah Majilis, timbalan menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, membuat laporan polis itu pada Ahad di Subang Jaya. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadapnya seperti yang terkandung dalam catatan penulis blog itu pada Sabtu lepas. "Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga. Saya juga  mahu penulis portal ini disiasat,” jelas beliau, lapor Bernama. Munirah, yang juga Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), mendapat tahu tentang artikel itu menerusi pautan yang dihantar kepadanya oleh seorang kawan melalui aplikasi WhatsApp. Mengenai akaun Facebook beliau, Anggota Parlimen itu menegaska

Warga emas maut ditemui dalam lubang kumbahan

BALIK PULAU -- Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung, di sini, pada Isnin. Mayat Faridah Hashim, 63, ditemukan menantu lelakinya pada pukul 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah. Wanita itu dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam lubang kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A. Anbalagan di sini. Beliau berkata wanita itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluarganya   membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept. "Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya," katanya. Beliau berkata polis menemui sebilah pisau yang dipercaya