Skip to main content

Posts

Showing posts from March 8, 2019

Khazanah owes people an explanation

MANILA -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) owes the lawmakers and people an explanation about its first pre-tax loss in 13 years in 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad said. The Prime Minister said the the sovereign wealth fund should also have a comprehensive plan and an action plan to revive its position so as not to continue to suffer losses. He said one of the main causes of losses suffered by the company was due to the unsatisfactory performance of the Malaysia Airlines Bhd (MAB). “This is not an easy thing to do. However, I am confident that they have plans to address the problems faced by their low-performing companies. Maybe they will divest their stakes in some companies (government-linked companies)," he told Malaysian journalists on the last day of his three-day visit to the Philippines, here today. Khazanah posted a pre-tax loss of RM6.3 billion for 2018, compared with its pre-tax profit of RM2.9 billion in the prece...

Hormati keputusan rakyat dan tidak akan gadai maruah Ku Li

GUA MUSANG -- Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengulangi pendiriannya tidak akan melompat parti dan kekal setia bersama perjuangan UMNO walaupun sebagai pembangkang. Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, berkata pendiriannya adalah sebagai menghormati keputusan rakyat yang memberi kemenangan kepadanya pada Pilihan Raya Umum k-14 (PRU14) lalu. “… (saya) tidak akan menggadai maruah untuk kepentingan diri,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan warga peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR Lebir, di sini.  Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri Ab Aziz Yusof dan ADUN Paloh Amran Ariffin. Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Razaleigh menyifatkan kerjasama...

Jawatan Nazri tidak sah, Tengku Adnan kekal

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sehingga beliau meletak jawatan atau digugurkan, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hassan. Mohamad berkata setiap pelantikan jawatan dalam barisan kepimpinan tertinggi BN perlu mengikut perlembagaan dan mendapat konsensus Majlis Tertinggi parti. "Tengku Adnan tidak pernah letak jawatan dan tidak pernah dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN berkaitan pelantikan setiausaha agung yang baharu (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz). "Pelantikan Mohamed Nazri tidak diperakui dan tidak dibawa ke (Dewan Tertinggi) BN… dalam BN ia (pelantikan) mesti dibawa ke mesyuarat, mesti dicadang dan disokong," katanya kepada kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato Onn.  Pada Isnin, MCA dan MIC dalam kenyataan bersama membuat ketetapan bahawa pelantika...

Majlis Tindakan Negeri tidak akan dianggotai ahli politik, wakil parti

KOTA BHARU -- Majlis Tindakan Negeri (MTNg) kini tidak lagi dianggotai ahli politik atau wakil parti tertentu,  sebaliknya diganti dengan pegawai kerajaan negeri dan persekutuan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia adalah arahan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar struktur keanggotaan MTNg diubah. "Ya kini tidak ada lagi lantikan politik dalam MTNg dan buat pertama kali struktur majlis ini dirombak dengan melibatkan pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya selepas majlis Kenduri Rakyat di Masjid Mukim Melor. Turut hadir timbalannya Dr Radzi Md Jidin yang sebelum itu kedua-duanya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Mohamed Azmin kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Kelantan yang berakhir hari ini dan semalam telah mempengerusikan mesyuarat pertamanya sebagai pengerusi MTNg Kelantan. Mengulas perkara itu lagi beliau berkata Perdana Menteri berpendapat jika pegawai kerajaan itu tida...

Penghasut penduduk PPR Taman Manggis mengeruhkan lagi keadaan

GEORGE TOWN -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa ada pihak menghasut penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, sekali gus mengeruhkan lagi keadaan yang turut menjejaskan usaha membantu mereka yang berkenaan. Beliau berkata kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan untuk membantu penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan mereka itu. “Mungkin proses untuk kita meyakinkan penduduk itu tidak mudah kita capai kerana (ada) parti-parti lain masuk untuk menyebarkan maklumat yang tidak berasas maka penduduk merasa khuatir dan tidak mahu bekerjasama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.  Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang diarah mengosongkan unit sewaan di taman perumahan itu mengadakan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan arahan...

Timbalan Pengarah dan pegawai Imigresen ditahan SPRM

SEREMBAN -- Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu bernilai RM17,856. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim, selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim. Kedua-dua suspek wanita yang masing-masing berusia 42, dan 38 tahun disyaki bersubahat membuat pengesahan penerimaan bekalan atau perkhidmatan daripada RZ Biz Enterprise bagi Program Pengurusan Menangani Konflik Pegawai di Tempat Kerja di Depot Imigresen Lenggeng di sini, yang mana program berkenaan tidak dijalankan dan tiada bekalan atau perkhidmatan dibuat. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 21 Nov tahun lepa...

Mungkin wujud BN 2.0 sesuai dengan keperluan semasa

KUALA LUMPUR -- MCA dan MIC kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata usul pembubaran BN oleh MCA melalui resolusi Mesyuarat Agung Tahunan parti itu dibentang pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN hari ini, namun tiada konsensus dibuat mengenainya. "MCA dan MIC masih kekal utuh tetapi kami ambil pandangan semua isu yang mesti kami tangani," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini. Hadir sama, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S.A, Vigneswaran. MCA dalam resolusi Mesyuarat Agung Tahunannya tahun lepas antara lain mengusulkan supaya mandat diberi kepada jawatankuasa pusat BN untuk membubarkan gabungan itu dan memulakan usaha mewujudkan satu pakatan baharu. Malah beberapa hari lepas, MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama memberi bayangan untuk keluar daripada BN, na...

Bukan Francis Light yang membuka Pulau Pinang

KUALA LUMPUR -- Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat tepat  mengenai sejarah awal Pulau Pinang terutama tanggapan mengenai pembukaan pulau mutiara itu oleh Francis Light pada 1786 itu adalah tidak benar, kata penyelidik sejarah negeri itu. Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata usaha itu boleh dilakukan melalui media sosial, satu medium penyebaran maklumat yang pantas dan berkesan bagi mengubah tanggapan masyarakat selama ini. Beliau berkata, medium itu berupaya menjadi penggerak utama menyampaikan maklumat yang tepat kerana kajian mendapati negeri berkenaan telah mempunyai penduduk sejak tahun 1730-an sebelum kedatangan wakil kompeni Inggeris itu pada 1786. “Media sosial perlu digunakan kerana ...