Skip to main content

Posts

Showing posts from July 10, 2018

Sempoi sangat permintaan Tun M sempena hari jadinya

KUALA LUMPUR -- "Tidak perlu hadiah, cuma ucapan Selamat Hari Jadi sudah mencukupi." Itulah permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia sempena sambutan hari jadinya ke-93 hari ini. "Mesej atau kenyataan hari jadi sahaja kepada saya. Itulah yang saya hargai sepenuhnya," katanya dalam satu temubual bersama Radio Bernama pagi ini. Negarawan yang menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas turut berseloroh berkata beliau adalah pelupa dan tidak pernah mengingati hari lahirnya sendiri. Namun isteri tercinta Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali merupakan insan yang selalu akan mengingati hari istimewa beliau itu. "Saya ini pelupa, hari jadi saya pun saya tak ingat. Tapi isteri saya tak pernah lupa. Pagi-pagi dia bagi tahu kepada saya, Selamat Hari Jadi. Jadi saya pun selamat la, saya pun celebrate la. "Kalau nak harapkan kepada saya, hari jadi saya pun saya tak

Ini dia suspek kematian Adam Rayqal yang ditemui mati dalam peti sejuk

SELAYANG -- Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini melanjutkan tempoh  tahanan reman selama seminggu lagi ke atas seorang wanita berhubung kes  bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.  Majistret Nurul Izzah Hasan Basri mengeluarkan perintah reman itu bermula  esok hingga 17 Julai selepas membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap pengasuh wanita berusia 33 tahun itu.  Rabu lepas, pengasuh itu bersama-sama lagi seorang wanita berusia 36 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bayi Adam Rayqal Mohd Sufi. Tempoh tahanan reman mereka berdua berakhir hari ini.  Pihak polis yang ditemui di mahkamah  mengesahkan suspek wanita berusia 36 tahun itu akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.  Selasa lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis