Skip to main content

Posts

Showing posts from July 13, 2018

Bagaimana BN jadi pembangkang di Parlimen baru

KUALA LUMPUR -- Berlatarbelakangkan Malaysia baharu, Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 bakal melakar sejarah negara apabila memulakan persidangan pada Isnin, 16 Julai ini.   Mesyuarat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 itu merupakan yang pertama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak 60 tahun lepas, menjadikannya antara acara yang dijangka menjadi tumpuan peminat politik dalam dan luar negara.   Ramai yang menaruh harapan agar kerajaan baharu itu dapat melaksanakan penambahbaikan untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik dan tidak kurang juga yang ternanti-nanti untuk menyaksikan bagaimana wakil rakyat BN 'membawa diri' sebagai pembangkang di Parlimen.      Membentuk kerajaan berdasarkan majoriti mudah, PH yang dianggotai PKR, DAP, PPBM dan Amanah menguasai 116 kerusi Parlimen keseluruhannya, dengan 50 kerusi disumbang PKR, DAP (42 kerusi), PPBM (13 kerusi) dan Amanah (...