PUTRAJAYA -- Pelantikan ketiga-tiga anggota tertinggi badan kehakiman adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman mereka tanpa dipengaruhi sentimen politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memberikan sebarang desakan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah tetapi sebaliknya ia dibuat berdasarkan kepada merit. "Saya tidak akan benarkan mana-mana pelantikan mengikut pintu belakang (tidak mengikut merit)," kata Liew yang bertanggungjawab kepada undang-undang dalam satu kenyataan mengenai pelantikan tokoh kehakiman terbabit. Bernama melaporkan Liew berkata pelantikan ketiga-tiga tokoh kehakiman telah diluluskan semasa persidangan Majlis Raja-Raja dan menyokong kepada janji kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi ke...