Skip to main content

Posts

Showing posts from July 17, 2018

Sinis, MP BN dan PAS kena dengan Agong

KUALA LUMPUR -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mencuit perhatian umum apabila secara berseloroh bertitah menasihatkan semua anggota Parlimen agar 'tidak lari' dari tempat duduk masing-masing ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini.  Aksi spontan Seri Paduka ketika menjemput semua anggota Parlimen mengambil tempat duduk masing-masing itu disambut dengan tepukan dan tawa anggota Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang, sekali gus menceriakan suasana dalam dewan.  "Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari," titah baginda sambil tersenyum, lapor Bernama.  Seri Paduka kemudiannya duduk untuk menyampaikan titah ucapan perasmian pembukaan.  Titah nasihat itu membuatkan ramai merujuk kepada insiden pembangkang bertindak keluar dewan semalam berikutan tidak puas hati dengan prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewa...