KUALA LUMPUR -- Gara-gara mengungkit kisah lama dan penggunaan perkataan 'samseng', persidangan hari pertama Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah dan 'menyerang' sesama sendiri kerana tidak puas hati. Keadaan riuh tercetus dan berlarutan selama hampir dua jam bermula semasa Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang juga Anggota Parlimen pertama diberi ruang untuk membahaskan ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Johari memulakan perbahasan dengan menyentuh soal negara bertuah kerana hidup dalam keamanan meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai latar belakang, berbilang kaum dan agama serta sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati. Suasana perbahasan Johari, yang beberapa kali terganggu dan pada awalnya terkawal bertukar hangat dengan penyokong kerajaan dan pembangkang bangun mencelah dan bertikam lidah menyatakan rasa tidak puas hati....