Skip to main content

Posts

Showing posts from July 23, 2018

Tun minta Zahid bagi bukti pasal hutang negara

KUALA LUMPUR -- Kerajaan meminta pihak  pembangkang mengetengahkan bukti bertulis bahawa hutang negara dahulu (1980-1990) lebih  banyak daripada sekarang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu menyebut beberapa angka berkaitan hutang negara dengan Jepun antara tahun 80-an dan 90-an. "Jika Ahli yang Berhormat semak laporan tahunan, didapati hutang tidak lebih daripada RM300 bilion iaitu 27 peratus daripada keluaran dalam negara kasar masa dahulu," kata Dr Mahathir. Beliau berkata angka dalam laporan tahunan 1980-1990-an merupakan angka sebenar. "Kalau Ahli yang Berhormat dapat tunjuk angka yg berlainan, saya amat berterima kasih kerana ia bermakna saya tidak betul. "Tetapi, saya ada di situ (kerajaan) selama 22 tahun, sedikit sebanyak tahulah angka-angka pertumbuhan, kewangan serta hutan