MAKKAH – Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu. Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris. Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaikan khutbah Arafah pada musim Haji tahun ini dalam bahasa Arab. "Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah, dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, ...