Skip to main content

Posts

Showing posts from August 24, 2018

Notis merah untuk Jho Low dan bapa

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan polis dan Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan perintah tersebut bagi membolehkan dua beranak itu dibawa pulang bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ketika mengesahkan perkara itu dalam kenyataan, berkata, waran tangkap itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan notis merah bagi mengesan serta menahan dua beranak itu. Katanya, waran tangkap diperoleh selepas pertuduhan terhadap Jho Low serta bapanya dibuat di Mahkamah Sesyen Putrajaya mengikut kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pe

Equanimity boleh dijual

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Admiraliti hari Jumaat memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual  kapal  mewah 'Equanimity'. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris mengizinkan permohonan itu selepas posiding di dalam kamar dengan pihak berkaitan. “Mahkamah telah mengizinkan perintah kepada kami untuk menjual kapal…  Langkah  kami seterusnya ialah untuk menentukan kapal itu terjual kerana ia merupakan aset yang mengalami  kemerosotan dan kos penyelenggaraannya sangat tinggi,” Ong Chee Kwan, peguam  bagi  1MDB dan anak syarikat iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited berkata kepada pemberita. “Lebih lama ia (kapal) disimpan, nilainya semakin menyusut setiap hari. Jadi kami mahu kapal itu terjual secepat mungkin,” sambil menambah penjualan akan di jangka dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini, lapor Bernama. Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke dan Zureen Elena Md Dom mewak

Nothing more nothing less than RM550 millions

PUTRAJAYA -- The government will only pay back RM555 million to the Armed Forces Fund Board (LTAT) for the takeover cost of the Automated Enforcement System (AES) project from two companies, said Transport Minister Anthony Loke Siew Fook. Commenting on yesterday’s statement by former chairman of LTAT Admiral (Rtd) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor who described the decision to pay such an amount as “quite unfair and not in line with the concession agreement signed before this”, Loke stressed that his ministry is not bound by the deal signed between the board and the previous government. He expressed his desire to sit down and discuss with LTAT but said the decision to pay back the RM555 million would remain unchanged “nothing more, nothing less”. “We will not be bound by the previous government's promises. As far as we are concerned, the cost (RM555 million) has been set. “The government will not review the refund (amount) as it was a wrong decision by the LTAT to invest in AES.