KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sekitar Lembah Klang akan melaksanakan transaksi tambang tanpa tunai berkuat kuasa pada 10 Sept depan. Pengurus Besar Perolehannya Mohd Hider Yusoff berkata buat permulaan , bayaran tambang tanpa tunai tersebut diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar. "Selain menggunakan kad Touch 'n Go dan MyKad, pengenalan kad Komuter Link juga akan memudahkan urusan transaksi perjalanan pengguna," katanya pada sidang media KTM Komuter Go Cashless di sini hari ini. Hadir sama Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter Khair Johari Ishak. Katanya lebih 85 peratus pengguna KTM Komuter kini sudah mengunakan transaksi bayaran tambang tanpa tunai bagi perjalanan mereka manakala selebihnya masih menggunakan token. ...