PUTRAJAYA -- Sebanyak RM16 bilion cukai yang tidak dibayar balik tetap hilang daripada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) sama ada kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai terubah atau sistem akruan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disahkan Jabatan Akauntan Negara yang juga menggunakan sistem perakaunan tunai terubah, menunjukkan baki kredit yang belum dibayar balik kepada pembayar cukai adalah berjumlah RM16.046 bilion setakat 31 Mei, 2018. “Keadaan begitu serius apabila Ketua Pengarah LHDN ada menulis surat secara rasmi kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada 2016, untuk meminta lebih banyak wang dipindahkan daripada Akaun Wang Yang Disatukan kepada TBBC, tetapi tidak diambil peduli olehnya," katanya dalam kenyataan, lapor Bernama. Beliau berkata, sebanyak 1.65 juta individu dan syarikat tidak menerima bayaran balik cukai berjumlah RM16 bilion sejak lebih ena...