Skip to main content

Posts

Showing posts from September 3, 2018

HSR project postponed until future date

SHAH ALAM -- Malaysia and Singapore have agreed to postpone the High Speed Rail (HSR) project until a future date. Economic Affairs Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said the decision was made with regard to Malaysia's current economic situation. "Singapore has agreed with the Malaysian government's view to delay the implementation of this project until a period when the economy has recovered," he told reporters at the Selangor State Assembly lobby. Mohamed Azmin, who is also Bukit Antarabangsa assemblyman, was met after attending the opening ceremony of the Second Meeting of the First Session of the 14th Selangor State Assembly, which was officiated by the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. According to Mohamed Azmin, the decision was reached after a recent series of talks with the Singapore government, and that as a result of the discussion, Malaysia did not have to pay any compensation to Singapore during the deferment period.  &q

Jangan hina pesalah lesbian - hakim

KUALA TERENGGANU -- “Janganlah anggap dua pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan.” Itu peringatan Hakim Syarie Kamarulazmi Ismail susulan pelaksanaan hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu hari ini ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, April lalu. Tegasnya, hukuman itu juga adalah berbentuk pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pesalah itu sendiri dan masyarakat supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang. “Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. Mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa,” katanya. Kamalruazmi berkata demikian di awal prosiding dengan disa

Datuk bandar KL sah letak jawatan

KUALA LUMPUR -- Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz pada 1 Sept lepas. Katanya beliau belum memberi jawapan terhadap surat bernotis 30 hari berkenaan kerana berpandangan perkara tersebut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu selain turut bergantung pada isu pengganti. "Saya difahamkan surat peletakan itu dibuat kerana beliau (Mhd Amin Nordin) rasa dah lama sangat dalam DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) (iaitu ) selama 40 tahun. Sekarang beliau memikirkan tumpuan masa untuk bersama keluarga.        "...dan kita hormati hasrat beliau serta menghargai sumbangannya. Sekarang kita (kementerian) kena mainkan peranan untuk mencari pengganti yang sesuai," katanya pada sidang media di Menara DBKL di sini.          Khalid berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan, lapor Bernama. Mengulas lanjut, Khalid berkata proses pemilihan

Musim umrah 1440H bermula pada Muharam

KUALA LUMPUR -- Kerajaan Arab Saudi hari ini mengumumkan musim umrah bagi tahun baharu 1440H akan dimulakan lebih awal iaitu pada bulan Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Hijrah yang akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia dalam masa kurang daripada 10 hari lagi. Inilah kali kedua sejak tahun lepas, Arab Saudi menetapkan permulaan musim Umrah di bulan Muharram berbanding tahun-tahun sebelumnya yang biasanya bermula pada bulan Safar, iaitu bulan kedua dalam kalendar Hijrah.  Akhbar harian berbahasa Arab Saudi “Okaz” yang memetik kenyataan Kementerian Haji dan Umrah, melaporkan bahawa perubahan itu bertujuan meningkatkan jumlah jemaah, selaras dengan Visi Kerajaan Arab Saudi 2030. “Kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Arab Saudi bagi mengeluarkan visa umrah untuk musim ini,” kata kenyataan itu sebagaimana dilaporkan harian “Okaz” di Riyadh. Sementara itu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr Abdul Fattah Suleiman Mashat berkata, kerajaan Arab Saud

Same-sex relations: Two women whipped six times

KUALA TERENGGAN -- The two women who pleaded guilty to attempting to have same-sex relations in a car were caned six times at the Terengganu Syariah High Court here, Monday. The sentence, which was the first for such an offence in the country, was conducted in a courtroom and was witnessed by more than 100 people , including family members, lawyers and from the media. After a medical officer confirmed the health status of the accused and that  they were ready to be whipped, the women, aged 32 and 22, were led to a stool at the corner of the courtroom with their back facing those in the public gallery. When the cane hit the back of the accused, no cries were heard because the prison officers had to follow the rules set that is using medium force and the cane should not be swung from a level above the head of the accused. The older woman was seen with tears streaming down her face after the caning was done while the younger woman was trying to hold back her tears after being

Rafizi apologises to Abdul Rahman

KUALA LUMPUR -- The case of former Minister in Prime Minister's Department Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan's suit against Mohd Rafizi Ramli was settled after the PKR vice-president apologised to him for allegedly issuing a defamatory statement on the organisation of the 2017 Negaraku Expo. Mohd Rafizi's apology was read out by his attorney Abdul Halim Abdul Karim before High Court Judge Datuk Mohd Zaki Abd Wahab and attended by lawyer Datuk M. Reza Hassan representing Abdul Rahman. Mohd Rafizi, 41, and Abdul Rahman, 53, were absent from today's proceedings, which were supposed to be set for trial until Sept 5. Abdul Halim, when reading the statement, said his client had received information from journalists on the awarding of the contract on the organisation of the Negaraku Expo by the Economic Planning Unit headed by Abdul Rahman to a company known as PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, supposedly belonging to Abdul Rahman's brother, Raslan Dahlan. The law

MACC shocked over Guan Eng's acquittal

PUTRAJAYA -- The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is very surprised at the decision of the Penang High Court today which acquitted former Penang Chief Minister Lim Guan Eng and businesswoman Phang Li Koon on a corruption charge concerning the purchase of a bungalow which was below market value. "The MACC wishes to point out that the withdrawal of the case was decided by the office of the Attorney-General and not from the MACC,”the Commission said in a brief statement, here today. Justice Datuk Hadhariah Syed Ismail acquitted and released Lim, 58, and Phang, 46, following the application of counsel Ramkarpal Singh who represented Lim, and Datuk V.Sithambaram and Hisyam Teh Poh Teik, who represented Phang, for their clients to be fully acquitted from the charge. Hadhariah said she did not agree with the application by the prosecution that the charge be withdrawn and both the accused be discharged without acquittal (DNAA). DNAA means that the prosecution could

Dapat enam sebatan sebab hubungan sejenis

KUALA TERENGGANU -- Dua wanita dijatuhi hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, hari ini, atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta pada April lalu. Bukan itu sahaja, tertuduh masing-masing berusia 32 dan 22 tahun itu turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas pasangan berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah. Katanya, hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada pesalah serta masyarakat umum. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di

Guan Eng dan Li Koon bebas pertuduhan rasuah

GEORGE TOWN, 3 Sept (Bernama) – Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Lim, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang  mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili  Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu. Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). “Pertuduhan  tidak boleh dibiarkan tergantung terhadap tertuduh selama tempoh yang tidak terbatas. Perlu ada penamat dalam kes ini. Saya tidak dapat bersetuju dengan pihak pendakwaan. kami tidak mengendalikan kes secara bersiri. Mesti ada noktah, tiada

Dakwaan Abdullah Sani tidak relevan - Azmin

PETALING JAYA -- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan anggota Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bahawa pemilihan beliau sebagai timbalan presiden PKR akan menyebabkan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang berlaku pada 2014 berulang di peringkat persekutuan. Bekas menteri besar Selangor itu berkata, pemilihan mana-mana menteri besar perlu melalui proses tertentu dan tidak mungkin seorang individu boleh menentukan kedudukan seorang individu yang lain. “Dia (pelantikan menteri besar) ada proses yang dibincang, diputuskan dan diangkat kepada pihak istana untuk proses seterusnya. “Jadi saya rasa benda itu (dakwaan Abdullah Sani) tidak relevan kerana presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan proses (pelantikan menteri besar),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Perdana Selangor 2018, lapor Bernama. Dalam wawancara dengan sebuah por

Tun Mahathir akur hanya sebagai Perdana Menteri sementara

BANDAR SERI BEGAWAN -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Katanya, beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam. Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau (Dr Mahathir) tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Dr Mahathir berkata sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya, maka rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum. Menurut beliau, sebelum ini banyak usaha dilakukan seperti demonstrasi, failkan usul tidak percaya, laporan polis serta deklarasi rakyat menolak kepimpinan kerajaan namun semuanya itu tidak berjaya sehingga keteta