Skip to main content

Posts

Showing posts from September 5, 2018

Ribut 10 minit, kerugian lebih RM1 juta

KUALA TERENGGANU -- Datangnya tidak lama tapi kesan tinggalanya amat menyayat hati. Hanya dalam tempoh 10 minit ribut berlaku, sebanyak 1,865 buah rumah di sini mengalami kerosakan pada Isnin lepas. Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razik berkata ribut yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan kerugian lebih RM1 juta. Katanya, kawasan yang paling teruk terjejas ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam iaitu sebanyak 608 buah, DUN Buluh Gading (529 buah), Dun Batu Buruk (299 buah), Dun Ladang (160 buah), Dun Bukit Payong (100 buah), Dun Bandar (82 buah), Dun Manir (50 buah), Dun Alor Limbat (30 buah) dan Dun Bukit Tunggal (tujuh buah). "Kita sudah memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membaikpulih rumah-rumah yang terlibat terutama untuk menggantikan atap-atap yang rosak. Kalau sebuah rumah kita anggarkan RM1,000, ini bermakna bantuan itu melibatkan sekurang-kurang RM1.8 juta," katanya.

PH is expected to win Balakong by-election

BALAKONG --  Pakatan Harapan (PH), which is contesting for the first time under its banner in the Balakong by-election, is expected to win the state seat comfortably amid a low-key but long campaigning period, dampened by lackadaisical attitude of the voters. Political analysts have predicted voters turnout on Saturday will be low, a repeat of the Sg. Kandis by-election on Aug 4.  According to political commentator Tang Ah Chai, people are not as keen to go out and vote in a by-election, compared to the last general elections which was held barely four months ago. He added that voters also felt unmotivated as no matter the outcome, it would not have an impact on the Selangor state legislative assembly, where Pakatan Harapan currently rules with a huge majority of 51 out of 56 seats.  “PH will have a high chance to win this state seat. Moreover, the aura of its late elected representative (Eddie Ng Tien Chee) is still strong. Voters in Balakong look up to him and this sentim

Two Africans to be hanged for trafficking methamphetamine

SEREMBAN -- Two foreign nationals were ordered to be hanged to death by the High Court here on Wedenesday after they were found guilty of trafficking in 2,083gm of  methamphetamine two years ago. Judicial Commissioner Muhammad Jamil Hussin handed down the sentence on Nigerian Chikanso Ansalem Okoli  29,  and Desmond Owusu, 25, from Ghana, after finding that the prosecution had succeeded in establishing the case . The two men were charged with trafficking in the drug at  a car park at Dataran Nilai here at 11.05 am on March 15, 2016. They were charged under Section 39B (1) (a) of the Dangerous Drugs Act, which provides the mandatiry death sentence upon conviction. According to the facts of the case, Okoli and Owusu, were arrested by a team from the Bukit Aman Narcotic Criminal Investigation Department, following a raid which was conducted following a tip-off, Bernama reported. They were represented by lawyers appointed by the court, Abdul Aziz Hamzah and Datuk Hanif Hassa

Kad isi semula tidak ada cukai

KUALA LUMPUR -- Kementerian Kewangan mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara  Malaysia. Menterinya Lim Guan Eng berkata ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera. “Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pelanggan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama. Beliau berkata pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 Sept 2018. “Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya. Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi  mematuhi penetapan pe

Bayangkan dunia tanpa kondom - Tun M

KUALA LUMPUR --   Perkembangan penduduk di dunia tidak dapat dielakkan tanpa getah Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa ke-9. Perdana Menteri berkata, industri produk getah yang berkembang pesat menyumbang banyak, bukan hanya kepada ekonomi negara bahkan juga kepada manusia. "Memang 'sarung tangan' getah adalah penting untuk menghalang terlalu banyak kelahiran," katanya yang mengundang ketawa hadirin. "Bayangkan dunia tanpa kondom. Jika dunia mempunyai penduduk lebih dari tujuh bilion sekarang, ia (tanpa kondom) boleh menjadi 10 bilion kerana tidak ada cara untuk mencegah konsepsi itu. "Jadi, getah telah melakukan tugas yang amat baik kepada untuk manusia sejagat," katanya sambil menarik ketawa dan tepukan dari penonton. Majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa merupakan anjuran Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia. Tahun lalu, sarung