Skip to main content

Posts

Showing posts from September 12, 2018

Port Dickson perlukan perhatian yang lebih

PORT DICKSON -- Masyarakat di kawasan Parlimen Port Dickson mengharapkan pengalaman yang ada pada Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu melonjakkan ekonomi kawasan itu, sekali gus menjadikannya destinasi pelancongan terkemuka negara. Mereka tata-rata melahirkan keyakinan bahawa Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR mampu membawa perubahan besar yang lebih moden kepada Port Dickson. Kata mereka kawasan berkenaan meskipun terkenal sebagai destinasi pelancongan, infrastruktur yang sedia ada tidak mampu melonjakkan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan pilihan bertaraf dunia. "Perlu ada penambahbaikan dari segi kemudahannya, kesihatannya, akses jalan raya dan bangunan sedia ada perlu dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pelancong.  "Apabila pelancong ramai, barulah industri pelancongan termasuk industri desa dapat dikembangkan dan memberi pendapatan lebih kepada masyarakat setempat. Apa guna kita bercakap mengenai industri pela...

Suspek kes samun dicari polis. Saksikan rakaman kejadiannya.

ALOR SETAR -- Ini adalah rakaman video litar tertutup di sebuah kedai dobi layan sendiri, tempat berlakunya samun dua lelaki, dengan seorang bersenjata tajam. Sehubungan itu polis sedang mengesan dua lelaki yang melakukan dua kes samun dalam tempoh selang 15 minit di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam di Sungai Petani, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Sazalee Adam berkata dalam kejadian pertama kira kira pukul 7 pagi semalam, seorang wanita berusia 37 tahun kerugian RM10,000 selepas disamun dua lelaki berkenaan di kedai dobi layan diri 24 jam di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. "Ketika kejadian wanita terbabit berada berseorangan di dalam kedai sebelum seorang lelaki masuk dan bertanyakan tentang bajunya yang hilang sebelum mendekati mangsa dan cuba merampas beg tangan. Suspek yang terkejut cuba menarik beg tangannya namun terpaksa menyerahkan...

Keputusan Anwar bertanding tidak diikat dengan kedudukan Tun M

PETALING JAYA -- Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melangkah ke pentas Parlimen tidak mengikat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal lama mana beliau terus menerajui negara sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. “Dalam membuat keputusan ini, kami tidak pernah mengikat parti dengan tempoh masa Tun Dr Mahathir menjalankan tugas sebagai perdana menteri,” katanya pada sidang media. Ia dibuat bagi mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson sebagai persediaan untuk beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak.  Menurut Saifuddin Nasution,  Anwar sendiri selalu menekankan pentingnya kepimpinan Dr Mahathtir terus disokong sekarang.  “Datuk Seri Anwar selalu pesan pada kepimpinan PKR sekarang adalah masa untuk beri dukungan dan sokongan penuh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai per...

Pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ditolak

KUALA LUMPUR -- Persidangan Dewan Negara pada Rabu menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018. Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran, selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi. Usul undi belah bahagian dikemukakan Senator Khairul Azwan Harun sebaik sahaja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin selesai menggulung RUU itu untuk bacaan kali kedua. Bagi mengikut Peraturan 45 (4), Vigneswaran kemudiannya mengarahkan loceng dibunyikan selama dua minit bagi membolehkan proses undi belah bahagian dijalankan. RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 setelah bacaan kali ketiga, lapr Bernama. Sementara itu, Mohamed Hanipa ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen menyifatkan tin...

Pengawal keselamatan berdepan hukuman mati bunuh rakan

PARIT -- Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di pos pengawal sebuah kilang ubat di Seri Iskandar, bulan lepas. Mohd Halin Jabar, 52, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh menyebabkan kematian ke atas Masri A/L Pandak, 37, di pos pengawal Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd, Lot 120 Taman Farmaseutikal di Seri Iskandar kira-kira pukul 7.55 malam, 31 Ogos lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 31 Okt depan untuk sebutan semula kes dan menunggu laporan bedah siasat ke atas mangsa. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Bernama. Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Ipoh,...

Anwar pilih bertanding di Parlimen Port Dickson

PETALING JAYA -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Presiden PKR itu kembali ke Parlimen. Pengumuman itu dibuat Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu sidang media khas di ibu pejabat PKR. Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu Anwar dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan. "Saya yakin Anwar akan memenangi kerusi itu dengan mudah dan seterusnya menjadi Anggota Parlimen Port Dickson dan Insya-Allah, akhirnya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan. "Oleh yang demikian, saya dengan ini mengisytiharkan peletakan jawatan saya sebagai Anggota Parlimen Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Saya telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Anggota Parlimen itu kepada...

Mahkamah minta kes saman Tajuddin selesai secara baik

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi pada Rabu mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan dua lagi atas dakwaan memanggilnya dengan kata kesat ketika sidang media di lobi Parlimen, diselesaikan secara baik. Peguam K. Murali yang mewakili Khalid memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman membuat cadangan itu semasa pengurusan kes di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam K. Shanmuga mewakili KiniTV Sdn Bhd. Murali berkata pihaknya akan mempertimbangkan cadangan itu dan jika tiada penyelesaian dicapai oleh kesemua pihak, mahkamah menetapkan 1 dan 2 Nov serta 3 dan 6 Dis untuk perbicaraan kes, lapor Bernama. Pada 26 April 2017, Tajuddin selaku plaintif menyaman Khalid, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan KiniTV Sdn Bhd selaku defendan selepas mendakwa Khalid telah mengeluarkan dua...

PH tak penah janji turun harga petrol sehingga RM1.50 sen seliter

KUALA LUMPUR -- Kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50 seliter, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah. Beliau berkata kerajaan tiada rancangan sedemikian kecuali jika  harga minyak mentah dunia turun ke paras itu. Malahan, katanya manifesto Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya  Umum lepas  tidak menyenaraikan  perkara itu sebagaimana yang didakwa segelintir pihak. "Saya mencari di mana RM1.50 (disebut) dalam buku Pakatan Harapan, tetapi tidak ada. Tidak tahulah jika ada pihak  yang dalam keghairahan berkempen menjanjikan perkara itu," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, lapor Bernama. Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai jumlah subsidi minyak yang dibelanjakan dan rancangan kerajaan untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 yang dikatakan  dala...