Skip to main content

Posts

Showing posts from September 13, 2018

Port Dickson Move tidak dibincang secara rasmi

SHAH ALAM -- Keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK), tidak dibincang atau dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat parti, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Beliau berkata kebiasaannya sebarang perancangan penting termasuk berkenaan PRK akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR kerana ia melibatkan strategi yang besar. “Ketika mesyuarat biro politik sebelum ini saya tiada kerana bertugas di Lumut, Perak, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku ketika mesyuarat itu. “Namun, kalau tanya saya, tiada mesyuarat rasmi diadakan berhubung pengumuman atau keputusan berkenaan Datuk Seri (Anwar) bertanding di mana-mana PRK atau sesiapa mengosongkan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Inpens International College Kali ke-22 di Dewan Jubli Perak. Amirudin berkata demikian ketika diminta mengu...

MIC sedia jalin kerjasama dengan PAS

KUALA LUMPUR -- MIC menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS sebagai blok pembangkang tanpa melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.  Presidennya Tan Sri S. A. Vigneswaran optimis hala tuju parti itu akan menjadi lebih baik sekiranya dapat bekerjasama dengan PAS pada masa hadapan. “Saya telah berjumpa dan menyampaikan hasrat itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan MIC. “Tok guru (Abdul Hadi) juga telah memberi jaminan bahawa kerjasama tersebut tidak akan menjejaskan​​​​​​ prinsip dan kepercayaan agama masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, lapor Bernama. Mengenai maklum balas anggota parti berhubung hal itu, Vigneswaran percaya...

Shafee kata pendakwaan terhadapnya adalah taktik buli

KUALA LUMPUR -- Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangka beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM9. 5 juta. Beliau berkata ini kerana kesemua transaksi RM9.5 juta itu mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bayaran guaman. "Saya langsung tidak menjangkakan pertuduhan terhadap saya, ini kerana saya hanya  terima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan,” katanya kepada pemberita semasa  sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai peguam ketika itu adalah tidak wajar untuk dirinya mempersoalkan sumber kewangan yang dibayar oleh Najib. "Takkan saya nak tanya Perdana Menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan yang diperoleh" katanya dengan nada tegas. Muhammad Shafee turut menyifatkan bahawa tuduhan yan...

Raus and Zulkefli appoinments was constitutional

PUTRAJAYA -- The government has taken the stand that the appointment of former Chief Justice Tun Raus Sharif and former Court of Appeal President Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin as additional judges was constitutional, the Federal Court was told on Thursday. Senior federal counsel Suzana Atan, therefore, informed the Federal Court seven-man bench that it (Federal Court) need not give its decision on the constitutional challenge brought by the Malaysian Bar and the Advocates Association of Sarawak (AAS) over the validity of the former top two judges' appointment as the matter was academic since both of them had relinquished their posts in July this year. “It is still our stand that they (Raus and Zulkefli) were constitutionally appointed,” she said. Suzana also said that Tan Sri Zaharah Ibrahim was not competent to deliver a ruling on the matter because she was now holding the post of Chief Judge of Malaya and was in a conflict position. Apart from Justice Zahar...

Nepotisme? Kami dipilih oleh rakyat - Wan Azizah

PETALING JAYA -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata persoalan nepotisme tidak timbul dan sekarang adalah masa yang tepat bagi presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil untuk membolehkan beliau menjadi anggota parlimen dan kembali ke Dewan Rakyat. Menurut Dr Wan Azizah, suaminya dipenjarakan selama beberapa tahun dan kini beliau kembali semula untuk berkhidmat kepada rakyat. “Beliau telah dipenjarakan selama 10, 11 tahun sekarang, apa maksud anda? Dan anda mahu memperkatakan tentang tidak sabar-sabar? Sekarang adalah masa yang baik dan beliau masih mahu berkhidmat. Beliau (sebelum ini) dinafikan untuk berada di parlimen, ia (peluang itu) dinafikan daripadanya,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke OrphanCARE. Dr Wan Azizah berkata demikian sebagai respons kepada soalan kenapa Anwar tidak menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pilihan raya kecil parlimen Port Dickson adala...

RM2.973 billion was deposited into Najib's personal account

KUALA LUMPUR -- Investigations into the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case has uncovered that RM2.973 billion was deposited into the personal account of former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. He said the amount was deposited into an AmIslamic Bank account in three phases involving three companies, namely Good Star, Aabar and Tanore. Noor Rashid said so far, police have also detected 132 transactions of illegal funds connected to 1MDB and further investigations are on-going. “In addition, statements have been recorded from 64 witnesses including Najib, his daughter Nooryana Najwa and several other individuals to help in the investigations into the case. “The investigations involve local and overseas witnesses and it is very difficult because it requires the cooperation of affected countries for it to be completed,” he said in a press conference on the development of ...

14,000 pemegang lesen terbang diburu

PUTRAJAYA -- Seramai 14,000 pemegang 'lesen terbang' di seluruh negara diberi tempoh sebulan bermula Khamis untuk menyerahkan lesen masing-masing di mana-mana Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri atau dijejaki pihak berkuasa. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata maklumat mengenai lesen terbang terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 pegawai dan anggota JPJ dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak sejak 4 Sept lalu. "JPJ mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti pemegang lesen terbang, pegawai JPJ dan pejabat cawangan JPJ yang mengeluarkan lesen berkenaan,” ​katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.  Loke yang tidak menolak kemungkinan ada lagi petugas JPJ yang akan ditahan SPRM selepas ini, berkata kesemua 12 yang ditahan sebelum ini dikenakan tindakan tahan kerja walaupun belum  menghadapi pertuduhan di mahkamah.  "T...

PAS bagi jalan kepada UMNO di PRK Port Dickson

KUALA TERENGGANU -- PAS akan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat parti semalam yang turut bersetuju menyokong UMNO dalam pertandingan menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut. “Kita telah berbincang mengenai PRK Port Dickson semalam iaitu kita bagi laluan pada UMNO untuk bertanding. Kita lebih suka kalau bertanding satu lawan satu. Jadi, kita akan memberi sokongan seperti yang dilakukan UMNO kepada PAS di PRK DUN Seri Setia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-57 di sini oleh Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan turut dihadiri Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr ...

Penyamun viral berjaya ditangkap

ALOR SETAR -- Polis menahan suspek utama kes samun seorang wanita di dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam dalam tempoh berselang 15 minit di Sungai Petani Selasa lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid. Beliau berkata, ​​​​​​suspek berusia 21 tahun itu ditahan bersama isterinya yang berusia 30 tahun ketika datang bersama ibunya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 1.30 petang Khamis. “Isteri suspek turut ditahan kerana berada di dalam kereta yang dinaiki suspek ketika melakukan kejadian jenayah itu dan polis masih memburu seorang lagi suspek berusia 20-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.   Katanya hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun di kedua-dua premis tersebut seperti mana yang diviralkan di laman medi...

Saifuddin jawab Zuraida, keputusan dibuat biro politik

KUALA LUMPUR -- Keputusan untuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti, dan bukannya dibuat tanpa mesyuarat seperti mana didakwa. Mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mempersoal ketelusan proses membuat keputusan parti itu seperti dilapor media, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kritikan itu tidak harus timbul kerana Zuraida sendiri merupakan anggota biro politik berkenaan. "Berapa kerap biro politik bermesyuarat? Setiap minggu setiap hari Selasa 8.30 malam. Apakah tajuk tentang memilih kawasan yang akan ditandingi Anwar dibincangkan? Ya. Diputuskan dalam biro politik? Ya," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penyampaian Anugerah Harta Intelek Negara 2018. Pada Rabu, Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan bahawa beliau mengosongkan kerusi berkenaan bagi...

Keeping to a sharp tradition

KOTA BELUD -- Rarely do children grow up with the desire to carry on the work of their ancestors. Instead, many prefer to migrate to bigger cities and find jobs that they feel is a better fit for themselves. Said Pawel is, however, an exception. The 35-year-old is more than happy to continue the craft of the generations before him, whose expertise was in handcrafting the  parang Bajau  (Bajau machete). “It is not just I who have interest in this craft. My younger brothers, cousins and nearly 90 percent of the youths in Kampung Siasai Jaya, here, are involved in the making of  parang Bajau . “Everyone is keen to carry on with the tradition as the craft has been part of the identity of the Bajau people since long ago,” he told. He was met at the Craft Incubator Centre in Kampung Pirasan, some 10 minutes away from the Kota Belud Town. Said was there in conjunction with the Kota Belud KampungKu Kraf Project organised by the Malaysian Handicraft Development ...

Sebat syariah lesbian menjadi pemasaran percuma Islam

KUALA TERENGGANU -- "Bukan semua yang menentang," kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed, malah kes sebatan syariah ke atas pasangan lesbian di negeri ini baru-baru ini telah membuka mata orang ramai untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Ketua Dewan Ulama PAS itu berkata ada pihak yang memuji dan mengambil pengajaran daripada keindahan perundangan Islam namun ada pihak yang menentang dan mempertikaikan hukuman berkenaan. "Bukan semua yang menentang malah ada yang bersetuju, inilah yang disebut sebagai free marketing iaitu hukuman yang dilaksanakan di Terengganu tetapi rakyat seluruh Malaysia yang berbincang perihalnya," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Ulama PAS ke 57 yang dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin. Sehubungan itu, Mahfodz berkata tugas PAS khususnya para ulama terus melaksanakan kerja-kerja Islam dan memberikan penerangan menurut perspektif syariat, lapor Bernama. Awal bulan ini media melaporkan pasanga...

Peguam Shafee Abdullah didakwa terima wang hasil aktiviti haram

KUALA LUMPUR -- Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Muhammad Shafee, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima  wang hasil daripada aktiviti haram dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul tanpa menyatakan jumlah RM9.5 juta dalam penyata cukainya yang bertentangan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967. Pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa telah melibatkan diri dengan pengubahan ...