Skip to main content

Posts

Showing posts from September 14, 2018

Pahang serap 47 kakitangan JASA yang ditamat perkhidmatan

KUANTAN -- Kerajaan Negeri Pahang bersedia menyerap 47 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) termasuk lima pegawai di negeri ini yang ditamatkan khidmat.  Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mereka akan diserapkan ke agensi atau jabatan yang bersesuaian, yang buat masa ini ia masih belum dimuktamadkan.  "Kita membantu mereka atas prinsip simpati kerana ada di antara mereka berusia hampir 50 tahun, ada yang masih mempunyai anak bersekolah selain menanggung hutang kereta dan rumah.  "Perkara ini dilakukan mengikut prosedur. Kita akan adakan sesi temuduga kerana apa yang boleh kita tawarkan mengikut keadaan semasa kewangan negeri mungkin kurang daripada apa diterima mereka di JASA," katanya di sini, hari ini. Wan Rosdy berharap kakitangan JASA terbabit dapat diserap ke dalam jawatan baharu mereka pada 1 Nov atau selewat-lewatnya pada pertengahan bulan itu, memandangkan beliau difahamkan tarikh akhir mereka ialah pada 15 Okt ini.

Ditahan separuh bogel bersama anak saudara berumur 10 tahun

JOHOR BAHRU -- Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai  melakukan  perbuatan sumbang mahram  terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman  Tunku Aminah, di sini, malam tadi.  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya menahan  lelaki  berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan. “Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek. “Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek. Mohd Taib ber

Sultanah of Terengganu has not involved in Terengganu Investment Authority

KUALA LUMPUR -- The Sultanah of Terengganu, Sultanah Nur Zahirah has never been directly or indirectly involved in any government administrative affairs and in particular the establishment of the Terengganu Investment Authority (TIA). Terengganu Royal Council of Regency said the statement in the book entitled “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” which linked the Terengganu Sultanah with the issue was not true at all. The Council vehemently denied the statement in the third page of the book, which reads: “Jho was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position.” “The Sultanah has never at any time known or has any relationship with the ‘Jho’ mentioned in the book," it said in a statement Friday. Therefore, it said the writer of the book should take appropriate measures to re

PH komited gaji minimum RM1,500 sebulan

PUTRAJAYA -- Kerajaan Pakatan Harapan komited terhadap agenda yang telah dijanjikan dalam manifestonya iaitu menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dalam tempoh penggal pertama pentadbiran atau lima tahun, kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran. Beliau berkata Pakatan Harapan telahpun memenuhi janji dengan melaksanakan gaji minumum yang standard di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran mereka, pada satu kadar yang ditetapkan RM1,050 berkuatkuasa 1 Jan 2019. "Ini bukanlah perjalanan yang terakhir untuk gaji minimum di Malaysia. "Kami baru menjadi kerajaan selama empat  bulan sahaja dan kami bertekad untuk memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto kami termasuk gaji minimum menjelang akhir tempoh pentadbiran kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai gaji minimum bagi sektor swasta Menurutnya, keputusan untuk meningkatkan hanya RM50 bagi pekerja di Semenanjung adalah satu keputusan yang sukar dan tidak ber

PAS perlu politik moden dan strategi eksklusif hadapi PRU15.

KUALA TERENGGANU -- Muktamar Tahunan PAS ke-64 membuka tirainya pada Khamis dengan menawarkan politik moden dan strategi perang  eksklusif  kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Muktamar kali ini sudah dijangka akan menjadi medan perbincangan halu tuju PAS menghadapi PRU15 dengan sasaran utama untuk bekerjasama dengan  UMNO sebagai pembangkang. Nada sama disuarakan pimpinan dan perwakilan daripada Muktamar Dewan Ulama PAS ke- 57 dan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-59. Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama berkata UMNO hadir kepada PAS dalam keadaan lemah selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ketua Dewan Pemudanya Muhd Khalil Abdul Hadi pula melahirkan kepercayaan dan strategi perang berasaskan  penekanan khusus kepada politik anak muda  perlu diambil kira jika parti ingin  menguasai pentas politik pada PRU15.  Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia

Polis tahu Jho Low berada di mana

KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan kontroversi dan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanapun lokasi Jho Low tidak akan didedahkan kepada umum. “Saya tidak akan dedahkannya (lokasi Jho Low) kerana ia masih dalam siasatan kami lagi. “Tindakan itu diambil bagi melancarkan proses siasatan dan tidak mahu siasatan yang dijalankan terganggu,” katanya dalam siding media perkembangan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bukit Aman. Noor Rashid berkata polis perlu berbincang dengan pihak berkuasa negara terbabit kerana ia membabitkan kedaulatan undang-undang negara itu. Pada 11 Julai lepas, PDRM mengesahkan Jho Low dipercayai telah meninggalkan Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya dan perkara itu telah dimaklumkan melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau. Emel itu memaklumkan bah

Azmin nafi mahu tinggalkan PKR

SEBERANG JAYA -- Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin menafikan beliau mahu meninggalkan parti sebaliknya menegaskan bahawa tumpuan perlu diberikan kepada kerusi Parlimen Port Dickson. Beliau berkata, keputusan parti untuk mengosongkan kerusi Port Dickson tidak sepatutnya dipanjangkan lagi dan sebaliknya tumpuan parti sekarang adalah memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan (PH). Katanya, tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan PKR yang menjadi wadah perjuangannya sejak mula sambal menyifatkan ia sekadar khabar angina. Beliau, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson sudah menjadi "akademik" dan tidak perlu dibincang panjang lagi. "Saya rasa tumpuan kita sekarang untuk memastikan kerusi Port Dickson itu kekal di tangan Pakatan Harapan melalui PKR dan saya telah menggesa anggota parti untuk bersatu dan bekerja kuat bagi mengekal kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan