Skip to main content

Posts

Showing posts from September 15, 2018

Kompauan RM250 tak asing sisa pepejal

GEORGE TOWN -- Bermula 1 Jan depan, kerajaan Pulau Pinang akan menguatkuasakan tindakan kompaun terhadap pemilik kediaman  bertanah yang tidak mengasingkan sisa di punca. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan  Pulau  Pinang  bersih, hijau dan selamat. "Kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan jika hasil pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan polisi itu tidak dipatuhi oleh kediaman-kediaman bertanah," katanya pada siding media, lapor Bernama. Jagdeep berkata penduduk perlu mengasingkan bahan buangan  di kediaman mereka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil sampah-sampah yang boleh dikitar semula yang diasingkan itu pada setiap Sabtu. Pelaksanaan penguatkuasaan itu penting bagi member...

PAS tawar bantu UMNO di Port Dickson

KUALA NERUS -- PAS bersedia menawarkan jenteranya kepada UMNO sekiranya parti berteraskan melayu itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang Pakatan Harapan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS mempunyai  kekuatan anggota dan penyokong di Parlimen tersebut yang boleh digerakkan bagi membantu jentera UMNO menghadapi pilihan raya itu “ Kita ada cawangan di sana. Anggota dan penyokong pun ada, jadi mereka boleh jadi jentera di samping jentera lain dari luar Negeri Sembilan. “(Jumlah) Bantuan itu kita ikut keperluan mereka  tetapi tunggu nama calon dulu, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), di Stadium Tertutup Gong Badak, lapor Bernama. Turut hadir, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed dan Ketua DHPP, Balasundram Nachiappan. Abdul Hadi berkata PAS  juga yakin akan berlaku peningkatan terhadap undi p...

PH perlu kaji semula sebahagian janji manifesto - Tun M

PETALING JAYA -- Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengkaji semula sebahagian janji manifestonya berikutan timbul kekangan tertentu untuk melaksanakannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, sekiranya sebahagian janji tersebut dilaksana ia akan mendatangkan kerugian besar kepada negara kerana negara kini berdepan pelbagai masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. “Sebab itu kita perlu kaji semula janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah (dalam Pilihan Raya Umum ke-14). “Tapi sekarang kita menang, jadi sekarang sekatan-sekatan itu terkena kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor Bernama. Perdana menteri, bagaimanapun, tidak menyatakan janji-janji yang akan dikaji semula itu sama ada ia merujuk kepada 10 janji dalam 100 hari atau keseluruhan yang terkandung di dal...

Wan Azizah akan letak jawatan - Anwar

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri  selepas dia dilantik menjadi Perdana Menteri.  Ketua Umum PKR itu berkata sekarang belum masanya Dr Wan Azizah meletakkan jawatannya  dalam kabinet. “Kenapa Wan Azizah tidak letak jawatan? Kalau Dr Wan Azizah letak jawatan, nanti hilanglah  jawatan Timbalan Perdana Menteri dari PKR. “(Dan) saya juga sudah beritahu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri), kalau saya menang (kerusi Parlimen Port Dickson), saya tidak mahu masuk kerajaan sekarang, saya nak bagi laluan kepada Dr Mahathir untuk menggalas tanggungjawab dia sehingga giliran saya.   “Jadi sabarlah, saya di...

Mahathir tolak kerjasama PH dengan UMNO

PETALING JAYA -- Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima UMNO sebagai sebuah parti dalam gabungan PH, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Perdana Menteri, bagaimanapun berkata anggota UMNO boleh menyertai mana-mana parti komponen PH jika mereka bertindak keluar daripada UMNO terlebih dahulu. “Jika mereka (UMNO) mahu bekerjasama dengan PKR, kita tidak akan menerima mereka dalam Pakatan Harapan (sebagai parti komponen). “Tetapi jika mereka secara individu menyertainya sebagai anggota PKR, Bersatu, DAP, atau apa sahaja (parti dalam PH), maka kita boleh terima mereka tetapi bukan parti itu (UMNO),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini. Perdana...