Skip to main content

Posts

Showing posts from September 19, 2018

Paras metanol yang tinggi jadi punca kematian

SHAH ALAM -- Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kandungan lain selain metanol dalam minuman keras yang mengakibatkan 19 orang maut sehingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata siasatan pihaknya kini lebih menjurus kepada menyiasat tahap kandungan metanol dalam minuman alkohol itu di mana sampelnya dihantar ke  Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) untuk ujian analisis. Katanya pihaknya tidak menolak kemungkinan kandungan metanol dalam minuman itu adalah tinggi, namun ia hanya boleh disahkan selepas selesai ujian analisis tersebut. "Kita kena buat siasatan selanjutnya...Walaupun ada brand (jenama), kita kena siasat kandungan metanol dalam jenama minuman alkohol tersebut. "Sekarang kita kena pastikan kandungan apa dalam minuman alkohol yang membawa maut. Salah satu kandungan dikenal pasti adalah metanol," katanya dalam sidang media selepas mer

Dua direman berhubung kes seleweng Felcra bernilai RM4 juta

PUTRAJAYA -- Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.  Majistret Shah Wira Abdul Halim  mengeluarkan perintah reman sehingga 23 Sept  itu terhadap dua lelaki terbabit  selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Pengarah urusan berusia 53 tahun serta penasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran strategik syarikat berumur 45 tahun berkenaan disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.  Pengarah urusan itu ditahan kira-kira 6.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di sini manakala suspek kedua ditahan pada 5.40 petang di SPRM Kelantan. SPRM juga dilaporkan menyerbu 10 lokasi secara serentak semalam termasuk ke atas pejabat anak syarikat Felcra di Setapak di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang. 

Najib akan didakwa esok berhubung wang RM2.6 bilion

PUTRAJAYA -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata penahanan itu dibuat kira-kira  pukul 4.13 petang Rabu di Ibu Pejabat SPRM, di sini. Menurut SPRM, Najib bakal menghadapi beberapa pertuduhan di bawah  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September) bagi pertuduhan di mahkamah, kata SPRM. SPRM berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 20

Ramai ahli parlimen UMNO dijangka keluar parti - Bung Mokhtar

SANDAKAN -- Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat ramalan dan sumber yang mengatakan bahawa  akan ada lagi anggota parlimen UMNO akan keluar parti. Namun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata ini masih tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan menjadi fitnah. "Dalam senario sekarang akan ada anggota parlimen UMNO termasuk dari Sabah akan ikut (keluar parti)," katanya, lapor Bernama. Terbaru, dua lagi anggota parlimen UMNO mengumumkan keluar dari parti iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis). Ditanya jika kemungkinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan menurut langkah adiknya Anifah keluar dari UMNO, beliau enggan mengulas lanjut. Mengenai kedudukannya dalam UMNO, Bung Moktar berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu yang menjadi wadah perjuangannya. Menurutnya beliau tidak akan membuat ke

Tindakan keluar UMNO sikap tidak terpuji - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang kesal dengan beberapa pemimpin parti yang meninggalkan parti ketika sedang diuji menyifatkan tindakan berkenaan bukanlah sikap terpuji dan yang boleh diteladani.  Beliau berkata anggota parti itu perlu ikhlas dan memiliki daya juang yang tinggi dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti. "Meninggalkan UMNO ketika parti sedang diuji, bukanlah sikap terpuji dan boleh diteladani. Islam mendidik kita agar taat selagi mana kita tidak menyalahi apa yang dikehendaki oleh syarak," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas tindakan dua Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Anggota Parlimen Jeli, yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam, serta Datuk Seri Anifah Aman yang juga Anggota Parlimen Kimanis, turut mengumumkan keluar daripada parti itu pagi ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walau apa pun alasannya, tindakan tersebut sangat tidak

Sembilan Geng 24 dipenjara 16 bulan

GEORGE TOWN -- Sembilan individu daripada 27 individu  yang sebelum ini didakwa mengganggotai kumpulan jenayah terancang, Kongsi Gelap Geng 24 Pulau Pinang mengikut  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, Rabu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh  menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh itu  selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan  1966, iaitu mengganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang . Tertuduh terbabit ialah Chan Yi Heng, Hanry Tan Cheng Yu, Lim Boon Hooi, Yeong Kah Man, Yeoh Choon Hin, Yeoh Choon Hong, Tang Soon Poh, Teoh Chin Yeow dan Teng Kok Loon. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit meminda pertuduhan tertuduh  daripada Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Sosma kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Seramai 18 lagi tertuduh  mengaku tidak bersalah terhadap per

Polis buat tujuh tangkapan berkaitan kes keracunan arak

SHAH ALAM -- Polis Selangor membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata operasi berkenaan telah dilakukan di premis kedai runcit di Bukit Kemuning, Taman Seri Muda dan Kampung Baru Subang, Seksyen U5 di Shah Alam; Taman Sri Gombak, Taman Daya dan Taman Sri Ehsan di Kuala Lumpur serta Bandar Rinching, Semenyih di Kajang. Menurut beliau, tujuh individu yang merupakan pengusaha serta pekerja kedai runcit itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita iaitu dua warga tempatan, dua warga Myanmar serta tiga warga India kesemuanya berusia 40-an. "Daripada serbuan itu jumlah rampasan sehingga kini adalah 1,030 botol wiski dan 1,767 tin bir pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski, Mandalay Wiski, Valcano dan King Fisher. "Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Se

Saya tidak minat jawatan kabinet - Nurul Izzah

LABUAN -- Anggota Parlimen Permatang Pauh dan anak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah berkata beliau tidak berminat memegang  sebarang jawatan kabinet sekiranya ayahnya memegang jawatan perdana menteri nanti.  “Ia adalah perkara yang menarik (rombakan kabinet) tetapi saya amat gembira untuk berkhidmat di Permatang  Pauh  dan menjadi ibu kepada dua anak saya  dan seorang rakyat yang cintakan negara, katanya kepada  Bernama  selepas menghadiri Jelajah Reformasi 20 tahun Bersama Rafizi Ramli. Beliau berkata pengajaran utama yang diperolehnya semasa 20 tahun perjuangan Keadilan ialah sumbangan masih boleh diberikan walaupun tanpa memegang sebarang jawatan di dalam kerajaan. “Saya dapati apa yang saya pelajari semasa tahun-tahun berkenaan ialah anda menyumbang  tidak  kira siapa anda sama ada hanya sebagai tukang sapu sampah di jalan atau eksekutif atasan. "Saya seorang siswazah kejuruteraan, saya tidak berminat

Anifah Aman keluar UMNO serta-merta

KOTA KINABALU -- Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan keluar daripada UMNO. Anggota Parlimen Kimanis itu berkata keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak lebih 25 tahun tersebut berkuat kuasa serta-merta. "Betul saya keluar UMNO. Ia berkuat kuasa serta-merta," katanya kepada Bernama di sini. Anifah berkata beliau akan mengulas lanjut tentang keputusannya itu pada sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang  lalu, Anifah mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi, mengatasi calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang dan Jaafar Ismail (Harapan Rakyat).

Tindakan Tok Pa jadi pengakhiran kepada UMNO

KUALA LUMPUR -- Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti sebagai permulaan kepada pengakhiran parti berkenaan. Syed Saddiq berkata Mustapa atau lebih dikenali dengan Tok Pa, adalah antara pemimpin UMNO yang beliau paling hormati sejak dari dahulu sehingga kini, dan beliau masih mengagumi ketokohan anggota Parlimen Jeli itu. "Saya jadi menteri, saya lihat beliau di Parlimen saya masih menghormati beliau, bukan sahaja pemimpin berpengalaman, malah apa beliau buat untuk negara telah banyak membantu dan tidak boleh dinafikan. "Apabila mendengar beliau keluar UMNO, saya terkejut dan saya berpendapat ia pengakhiran kepada UMNO…kehilangan orang macam beliau (Mustapa) sesuatu yang besar kepada UMNO," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi antara empat pendebat dalam siri debat umum bulanan dikenali "

Penjara di Malaysia hadapi masalah sesak

KOTA BHARU -- Lebih 50 peratus daripada 37 penjara di seluruh negara yang menempatkan sebanyak 61,000 banduan, mengalami kesesakan, kata Timbalan Ketua Setiausaha  (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Nadzri Siron. Beliau berkata 20 penjara itu mengalami kesesakan berikutan bilangan banduan melebihi kapasiti sepatutnya. “Penjara paling sesak dan mempunyai jumlah banduan tertingi adalah Penjara Pengkalan Chepa di sini yang melebihi 2,900 banduan yang sepatutnya hanya dihuni oleh 1,500 penghuni sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesej dari Penjara Peringkat Zon Timur 2018 di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota. Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, dan Timbalan Naib Cancelor UMK Prof Dr Zaliman Sauli.  Nadzri berkata bagi menangani kesesakan banduan di Penjara Pengkalan Chepa, usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan peruntukan bagi pen