Skip to main content

Posts

Showing posts from September 22, 2018

BAM sahkan Chong Wei didiagnosis kanser hidung tahap tiga

KUALA LUMPUR -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal. Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pada masa ini Chong Wei berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan sambil berehat untuk sembuh bersama keluarga dan kawan rapat. “Berhubung laporan mengenai Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini, BAM mengesahkan pemain itu telah didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal. “Kami menggesa semua pihak agar menghormati privasi beliau dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan BAM itu sebagai respons kepada satu laporan yang tular menyatakan pemenang pingat perak Olimpik tiga kali tersebut menghidap barah hidup tahap tiga. “Bagi pihak Chong Wei, saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan keprihatinan kalian. BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan menyalurkan segala bantuan yang perlu kepada legenda kita

Bagi ruang untuk Chong Wei pulih

KUALA LUMPUR -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta semua pihak menghormati dan memberikan ruang kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan anggota keluarganya. Syed Saddiq berkata beliau mengikuti perkembangan kesihatan Chong Wei sejak awal sebelum pemain berusia 35 tahun itu ke Taiwan hingga sekarang. “Atas kehendak Chong Wei sendiri juga saya telahpun memaklumkan khabar kesihatan beliau kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan (isteri) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. “Kementerian Belia dan Sukan sentiasa bersedia memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau yang menjadi ikon dan wira rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan. Terdahulu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal. Mohamad Norza berkata Chong Wei berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan sambil

Tidak layak jadi PM jika abaikan orang Melayu

IPOH -- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri jika mengabaikan agenda untuk orang Melayu dan agama Islam. Beliau berkata perbezaan daripada sudut bangsa dan agama yang dianuti tidak akan sesekali menjadi batu penghalang untuk dirinya melaksanakan keadilan terhadap kepentingan kaum lain di Malaysia. "Saya akan pertahankan kepentingan Melayu supaya tidak terpinggir, miskin dan tiada ruang perniagaan besar di bandar-bandar. "Saya juga akan tetap jaga orang-orang yang beri keyakinan dan sokongan kepada kita termasuk India, Cina dan kaum lain," katanya ketika berucap dalam majlis Amanat Perdana Malaysia Baharu di Dewan Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini, hari ini. Katanya, PKR juga akan meneruskan penerapan konsep Islam dalam parti, namun ia tidak akan sesekali dijadikan sebagai imuniti dan kelebihan untuk menekan mana-mana anggota parti daripada kaum lain. "Kita tidak akan g

UMNO digesa lepaskan pegangan dalam Utusan Melayu

KUALA LUMPUR -- Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang dilakukan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ke atas 800 daripada 1,500 kakitangannya adalah tidak ikhlas, tidak jujur dan cukup mencurigakan, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ). NUJ dalam satu kenyataan berkata tawaran itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang, mendapatkan pandangan dan input daripada NUJ. “Kami hanya dimaklumkan cara dan formula pelaksanaan dan penyelesaiannya sejam sebelum ia diumumkan kepada semua pekerja menerusi satu taklimat semalam (Jumaat 21 Sept 2018). “VSS yang ditawarkan faedahnya adalah lebih rendah daripada skim pilihan terakhir yakni pembuangan pekerja (retrenchment) yang terkandung dalam perjanjian bersama kami,” kata NUJ. NUJ menegaskan, seharusnya, sebagai skim pertama, tawaran itu mestilah lebih baik. Justeru, NUJ berpendapat, adalah lebih bagus jika ahli kesatuan menunggu pembuangan pekerja dibuat berbanding menerima VSS yang ditawarkan ketika ini. Kesatuan turut memperti

Nepal Embassy to review orientation programme after illicit liquor kills its citizens

KUALA LUMPUR -- The Nepal Embassy in Malaysia will review the current orientation programme of the country’s workers here in view of the recent deadly alcohol drinks incident that killed six of its workers in Klang, about 46 km from here. Its Chargé d'Affaires Kumar Raj Kharel said he hoped the reviewed programme, would create awareness among Nepali workers of the danger of consuming illicit liquor and the importance of drinking responsibly.   "The current programme currently focuses more on the laws and customs of Malaysia. Maybe, it is not extensive or the hours not long enough and we need to review it," he told. Currently, all outbound workers need to complete up to between 10 to 11 hours of orientation programme run by licensed institutions in Nepal, before they are allowed to work in Malaysia, Kumar Raj said. "We are also spreading awareness through various means, such as weekly Facebook live and at every opportunity to remind our people to be more

PAS harap kelemahan dan ketidakadilan dalam SPR disemak semula

KUALA LUMPUR -- PAS berharap pelantikan Azhar Azizan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu akan membolehkan sebarang kelemahan, ketidakadilan dan sisi sewenang-wenang yang wujud dalam suruhanjaya itu dan amalan pilihan raya selama ini disemak semula. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara yang perlu diteliti itu termasuk isu persempadanan kawasan pilihan raya terutama persoalan wajaran atau ‘weightage’ antara bandar dan luar bandar. “Sebagai sebuah parti politik berpengalaman terlibat dalam kesemua pilihan raya yang pernah diadakan di negara ini, PAS turut bersedia memberikan pandangan, cadangan mahupun kritikan yang membina bagi menambah baik sistem pilihan raya negara,” katanya. Takiyuddin berkata PAS juga mengharapkan Azhar diberikan sepenuh kuasa autonomi di bawah undang-undang tanpa sebarang gangguan, sekatan atau pengaruh daripada mana-mana pihak dalam menguruskan proses pilihan raya yang adil dan telus.  PAS percaya inter

Soalan mengenai Azmin, Rafizi tak nak tanya?

PETALING JAYA -- Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengendurkan ketegangan persaingan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang bertanding untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti. Azmin dan Rafizi membuat penampilan bersama pada sidang media di ibu pejabat parti itu yang diadakan untuk mengumumkan secara rasmi Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Okt ini. Selepas menjawab beberapa soalan dalam sidang media itu, Anwar lalu bergurau dengan wartawan dengan bertanya mengapa mereka tidak menanyakan soalan berhubung Azmin dan Rafizi. "Soalan mengenai Azmin dan Rafizi ‘you all’ (kamu semua) tidak tanya pula hari ini, masa mereka berdua tidak duduk sekali, hari-hari soalan itu ditanya kepada saya, sampai di Singapura semalam pun ditanya. "’You all’ ni tidak suka mereka nampak berbaik, betul tak? Nak mereka nampak bergaduh sahaja," katanya yang disambut gelak ketawa mereka yang hadir. Sidang media itu turut di

Mahathir says UMNO leaders have met him

PUTRAJAYA -- Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said several UMNO leaders met him recently. The chairman of Pakatan Harapan (PH) and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) said anyone could come and see him and UMNO leaders were free to meet anyone. "They came to see me; I see everybody. After seeing me they see PAS.  "We are free, not like before. Before, if you see ‘wrong’ people, the income tax people will come after you," he said at a press conference after chairing a meeting of the Special Cabinet Committee on Anti-Corruption at Perdana Putra here.  Dr Mahathir was asked whether there had been talks to get UMNO MPs to join Bersatu. Asked whether former UMNO vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein had stated his desire to join Bersatu at a recent meeting with him, Dr Mahathir said that matter was not discussed. "He came to see (me), nothing about joining PPBM (Bersatu). He has his own ideas. You’d better ask him," he said,