Skip to main content

Posts

Showing posts from September 23, 2018

Pengetua tahfiz ditangkap dipercayai liwat pelajar

KUALA LUMPUR -- Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept. Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun. “Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu. “Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama. Zainuddin meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan dimi

Fuziah ulangi pendirian tolak iktiraf LGBT dan perkhawinan sejenis

LABUAN -- Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai system perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. "Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia," katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kg Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam. Beliau berkata meskipun kerajaan tidak membenarkan apa-apa amalan dan budaya perkahwinan sejenis, golongan ini tidak boleh didiskriminasi atau dipinggirkan. "Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri ... kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadanyanya adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka," kata Fuziah. Bagaimanapun, beliau

Polis Kelantan rampas pil kuda bernilai RM23.6 juta

KOTA BHARU -- Polis Kelantan merampas lebih satu juta biji dadah dipercayai pil kuda bernilai RM23.6 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Setol, Alor Pasir, Pasir Mas Khamis lalu. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasaan berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar dilakukan oleh polis Kelantan pada tahun ini membabitkan pil jenis berkenaan. Beliau berkata seorang pemandu lori berusia 31 tahun yang juga dipercayai sebagai penjaga stor rumah berkenaan turut ditahan dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu. “Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lima guni mengandungi 197 bungkusan berisi pil disyaki pil kuda. "Lelaki yang ditahan itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan negatif ujian air kencing,” katanya pada siding media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, lapor Bernama. Hasanuddin berkata siasatan yang dijalankan mendapati aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan sudah be

Najib perlu jelaskan penyusutan RM11.4 bilion dalam akaun hasil

PUTRAJAYA -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan alasan penyusutan sehingga 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 sehingga tempoh 30 April, 2018, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.  Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata Najib sebaliknya hanya meninggalkan sejumlah RM450 juta kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan. "Pada 31 Disember 2017, sebanyak RM11.86 bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan telah merosot kepada RM450 juta pada 30 April 2018 berikutan perbelanjaan berlebihan untuk tempoh empat bulan dari Januari 2018 hingga April 2018. "Jelas ini adalah 'perbelanjaan pilihan raya umum' yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu," katanya.  Jelas Lim, sebagaimana ditetapkan undang-undang, kerajaan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan, lapor Bernama. "

Penghantar ayam maut tersepit lif

GEORGE TOWN --  Seorang penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, dikatakan berada di situ untuk menghantar bekalan ayam yang dipesan restoran tersebut. "Mangsa tersepit pada lif mengangkat barang di tingkat tiga restoran berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya di sini hari ini. Beliau berkata mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Katanya siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan 18 penagih dadah dalam Op Sarang yang dijalanka