Skip to main content

Posts

Showing posts from September 24, 2018

UMNO berlepas tangan daripada PRK Port Dickson

KUALA LUMPUR -- Barisan Nasional (BN) akan memboikot serta tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen BN iaitu MCA dan MIC. Katanya tindakan memboikot itu dilakukan kerana BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan  dikosongkan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.  “Sesuatu PRK itu diadakan untuk terjemahkan erti demokrasi bagi memenuhi kerusi setelah  kematian berlaku, maka tentu kita mahu lihat bahawa penyertaan dalam menterjemah proses demokrasi itu harus berjalan. “Tetapi jika kerusi itu dikosongkan bukan atas sebab kematian, maka pertimbangan harus dilakukan BN,”  katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Onn. Ahmad Zahid berkata peruntukan bagi PRK berkenaan seharusnya disalurkan kepada rakyat memandan

Utusan perlu bayar pampasan VSS sekali gus

PUTRAJAYA -- Utusan Melayu (M) Berhad boleh dikenakan tindakan di bawah  Akta Kerja 1955 sekiranya gagal membayar pampasan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemberhentian, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar. Mengulas laporan bahawa syarikat akhbar itu akan membayar pampasan secara ansuran bulanan selama setahun kepada 800 kakitangannya yang ditawarkan skim tersebut, beliau berkata Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980  menetapkan pampasan VSS perlu dibayar secara sekali gus. Menurutnya majikan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap kes yang dilaporkan berkaitan penawaran VSS berkenaan. "Setakat ini kita cuma membaca laporan media, jadi pekerja harus berani tampil membuat aduan rasmi (kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) kerana hak mereka dijamin oleh undang-undang. "Tanpa aduan kita tidak boleh bertindak membuat siasatan dan sebagainya

Lebih 2,000 murid panik bumbung sekolah terbang dibadai ribut

ALOR SETAR -- Kira-kira 2,000 pelajar termasuk lebih 100 guru dan kakitangan sebuah sekolah menengah di sini panik apabila sekolah tersebut dibadai ribut dalam kejadian 7.15 pagi Isnin. Dalam kejadian ribut yang tidak sampai seminit itu yang berlaku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, sebahagian bumbung membabitkan lima blok bangunan tiga dan dua tingkat itu, rosak diterbangkan ribut. Lima pelajar tingkatan tiga dilaporkan mengalami cedera ringan terkena serpihan cemin tingkap dan kayu yang berterbangan. Pengetua sekolah itu, Wong Chee Hong berkata keadaan lima pelajar itu bagaimanapun tidak serius yang hanya mengalami luka-luka di beberapa bahagian badan. “Mereka dirawat sebagai pesakit luar melainkan seorang pelajar perempuan yang luka teruk di bahagian kepala terkena kayu. “Para pelajar kini ditempatkan di dewan sekolah dan tidak dibenarkan keluar bagi mengelak keadaan yang lebih buruk,” katanya kepada pemberita, lapor Bernama. Wong berka

Banyak perlu dibaiki, kata Tun Mahathir

LONDON -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan dua tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada sesi pertemuan dan dialog bersama hampir 200 rakyat Malaysia di United Kingdom pada Ahad, Dr Mahathir berkata kerosakan kewangan negara dan jentera pentadbiran oleh parti pemerintah terdahulu boleh menyebabkan Malaysia hancur jika parti sama kekal menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). "(Malaysia) jadi kawasan ditakluk orang lain, kita hilang kuasa di negara sendiri," katanya mengenai kesan kerosakan tersebut, sambil menambah rakyat memberi sokongan kepada PH untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak memberi tumpuan kepada kebaikan negara dan pembangunan negara serta masalah rakyat yang tertekan dengan isu kos sara hidup.        Dalam pertemuan yang

Ringgit at current level this week

KUALA LUMPUR -- The ringgit is likely to trade at the current level of 4.1280 with an upside bias against the US dollar next week as market direction would rely on the release of economic data and currency movements across emerging markets, said dealers.   FXTM Currency Strategy & Market Research Global Head, Jameel Ahmad said the notable events would be the release of US Federal Open Market Committee meeting minutes and Malaysia’s Inflation Report next week. “There is a lower volume of tier-one economic data reports for next week. This increases the likelihood that the direction of financial market movements will continue to be dictated by external drivers. Trade war headlines and political risk will be the two likely culprits of volatility,” he told Bernama.  Meanwhile, emerging markets would be hoping that the news late this week that China had welcomed the United States’ invitation for a new rounds of talks would provide the needed catalyst to inspire some r

Bursa Malaysia is expected to trend higher this week

KUALA LUMPUR -- Bursa Malaysia is expected to trend higher next week, with the benchmark index likely to reach 1,830, mainly driven by subsiding uncertainties surrounding the US-China tariff conflict. Hermana Capital Bhd Chief Executive Officer/Chief Investment Officer Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan said sentiment towards emerging market assets had started to improve as investors viewed the latest trade tariffs imposed by the US and China as likely to inflict less economic damage than many had feared. “We are seeing more foreign funds coming back into Malaysia, and last week, it amounted close to RM200 million,” he told Bernama. Furthermore, he said the country’s economic fundamentals were strong with gross domestic product projected to grow at five per cent this year, and on top of that, the local stock market was outperforming its peers in Thailand, Singapore and Indonesia. On the technical front, Bank Islam Chief Economist Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid said