Skip to main content

Posts

Showing posts from September 26, 2018

Notis saman DBKL tertunggak sebanyak empat juta

KUALA LUMPUR -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kira-kira empat juta notis saman kepada pesalah trafik melibatkan pelbagai kesalahan termasuk notis tertunggak sejak 2006.  Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata daripada jumlah itu hanya 104,646 notis saman dijelaskan membabitkan nilai kira-kira RM3.2 juta sejak DBKL menawarkan potongan diskaun kepada pesalah trafik bermula 1 Sept lepas.  "Bagi mengelak pesalah dibawa ke mahkamah dan disenarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka dinasihatkan supaya menjelaskan kompaun kesalahan trafik sebelum 30 Sept ini," katanya. Tegasnya proses tindakan mahkamah dan disenarai hitam itu akan dikuatkuasakan serta merta selepas tempoh tawaran tamat pada hujung bulan ini, lapor Bernama. DBKL sebelum ini menawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada pesalah trafik yang belum menjelaskan notis kompaun kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan lalu lintas bermula 1

Ahli Parlimen Baling dan abang ditahan SPRM

PUTRAJAYA -- Seorang Anggota Parlimen UMNO bergelar ‘Datuk Seri’ dan abangnya ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah. Turut direman ialah seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga pengarah syarikat berkaitan dengan Datuk Seri itu yang sebelumnya ditahan pada 5.30 petang semalam di Putrajaya. Perintah tahanan reman berkuat kuasa hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut jurucakap SPRM, wakil rakyat dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu ditahan pada kira-kira pukul 11 pagi semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, selepas hadir memberi keterangan. Beliau ditahan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes menerima rasuah, katanya. SPRM juga, katanya turut menahan abang kepada suspek setengah jam kemudian di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor. Terdahulu, ket

Warga emas rugi RM50,000 ditipu Macau Scam

KUANTAN -- Seorang wanita warga emas kerugian RM50,000 selepas diperdaya dengan panggilan palsu yang mendakwa terlibat dalam aktiviti dadah dan wang haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 64, yang merupakan seorang peniaga, sebelum itu menerima panggilan daripada seorang suspek pada 16 Sept lalu yang mendakwanya mempunyai tunggakan pinjaman peribadi daripada sebuah bank. “Mangsa yang terkejut dengan dakwaan itu kemudian disambungkan kepada suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis yang mendakwa akaun mangsa terlibat dengan aktiviti dadah dan wang haram. “Suspek telah meminta maklumat akaun dan baki wang sebelum mangsa memaklumkan mempunyai baki wang dalam simpanan ASB sebanyak RM500,000,” katanya, lapor Bernama. Katanya, suspek kemudian telah meminta mangsa membuka akaun baharu dengan memindahkan kesemua wang berkenaan dan memberi maklumat akaun berkenaan kepada suspek. Beliau berkata, mangsa menyedari dit

Rosmah meets MACC to give second statement

PUTRAJAYA -- Wife of former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, arrived at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters here today to give her statement in connection to the investigations into the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case. This is the second time Rosmah has been summoned by the MACC after she was called there on June 5 in connection to the investigations into the case involving SRC International Sdn Bhd, a subsidiary company of 1MDB. Dressed in a floral baju kurung and green headscarf, Rosmah arrived at about 9.50 a.m. in a black Proton Perdana without police escort. Tight police security was obvious in the compounds of the MACC building. She walked swiftly into the MACC building, ignoring the many media personnel who were present. It is understood that Rosmah will give a statement to MACC officials in the investigation room in the building. Dozens of local and international media personnel had gathered ou

PD Move adalah salah

SEREMBAN -- Empat hari menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson, bayangan semakin jelas dilihat bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menelusuri jalan mudah mencatat kemenangan tanpa bertanding.    Kemungkinan besar PRK ini, yang kali keempat diadakan selepas tiga PRK membabitkan Dewan Undangan Negeri di Selangor iaitu Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, akan menyaksikan pertandingan lima penjuru. Setakat ini beberapa pihak lain iaitu dua parti dan dua individu perseorangan sebelum ini menyatakan hasrat dan minat untuk mengambil bahagian selain Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR. Parti Rakyat Malaysia (PRM), calon Bebas Stevie Chan Keng Leong dan bekas setiausaha agung MIC Datuk S. Kumar sudah menyatakan hasrat masing-masing sekali gus menyampaikan mesej akan wujud pertandingan bagi kerusi Parlimen itu yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Kemang, sebelum persempadanan semula dibuat Suruhan

Johor catat keganasan rumah tangga kedua tertinggi

JOHOR BAHRU -- Johor mencatatkan 3,424 kes keganasan rumah tangga dari tahun 2013 hingga Mei lalu, sekali gus menjadikan negeri ini kedua tertinggi selepas Selangor (4,064 kes). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri, Liow Cai Tung berkata berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), perselisihan faham dikenal pasti sebagai punca utama kes keganasan rumah tangga. “Keadaan marah yang tidak terkawal menyebabkan lelaki atau suami mudah melakukan keganasan dengan memukul, menampar, menendang dan lain-lain perlakuan fizikal yang menyakitkan. “Dan kita dapat lihat di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei lepas sahaja  sebanyak 2,276 kes keganasan rumah tangga dicatatkan. “Paling tinggi melibatkan mangsa wanita dalam peringkat umur 26 hingga 35 tahun dan 758 kes melibatkan wanita yang telah berumah tangga,” kata beliau ketika berucap di majlis penutup Seminar Wanita Anti Jenayah (Cegah Dadah, Elakkan Cabul Dan Dirogol) dan Kempen Men

Rosmah hadir di pejabat SPRM pagi ini

KUALA LUMPUR Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta  hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi Rabu. Sumber SPRM berkata Rosmah diminta hadir pukul 10 pagi bagi membantu siasatan suruhanjaya itu,   Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut. Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata siasatan terhadap Rosmah telah siap dan laporannya telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka menghadapi lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram, lapor Bernama.  Sementara itu, tinjauan di sekitar kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, sejak petang tadi tidak mengesan sebarang pergerakan luar biasa membabitkan SPRM atau Polis Diraja Malaysia. Sekumpulan kec

Kerajaan perlu tidak berbelanja besar

KUALA LUMPUR -- Perbelanjaan kerajaan tidak seharusnya besar dalam keadaan sekarang, di waktu ia berusaha menangani tekanan fiskal sebelum menstabilkannya dan bergerak ke hadapan, kata Presiden Kelab Perniagaan ASEAN, Tan Sri Dr Munir Majid. Katanya, ini disebabkan antara lain, oleh peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat-China, yang menyebabkan penyusutan pertumbuhan ekonomi dunia, terutamanya Malaysia, negara yang berorientasikan eksport. “Kita perlu menerima hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan tidak akan berbelanja besar (untuk pembangunan ekonomi) dan kita melihat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar 4.5 peratus,” katanya kepada pemberita di luar taklimat Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI) dan Kelab Perniagaan ASEAN berkenaan kemajuan, keutamaan dan cabaran Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).  Bagaimanapun katanya, apa yang negara juga perlu lakukan adalah memikirkan mengenai tanggungjawab fiskal yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan defisit. Munir yang