Skip to main content

Posts

Showing posts from September 27, 2018

Ada lagi pertuduhan ke atas Najib - Noor Rashid

GEORGE TOWN -- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berhadapan beberapa lagi pertuduhan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kes 1MDB dan banyak lagi siasatan kes itu belum lengkap ketika ini serta ia mengambil sedikit masa. "Ya memang akan ada lagi pertuduhan (di mahkamah) ke atas Datuk Seri Najib kerana banyak lagi siasatan masih dijalankan terhadap beliau termasuk siasatan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (pecah amanah), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil  daripada Aktiviti Haram  (AMLATFA) 2001. Cuma ia mungkin mengambil sedikit masa kerana seperti saya katakan sebelum ini, kes itu memerlukan siasatan yang teliti dan rapi kerana sebahagian bukti-bukti ada di luar negara dan kami perlu melalui pejabat Peguam Negara (AG) untuk mendap...

Ada desakan saya bertanding di Port Dickson

SEREMBAN -- Bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor hari ini mengakui menerima desakan daripada rakan lama dalam PKR dan gerakan reformasi untuk beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Hisbah Centre for Reform itu berkata beliau setakat ini belum  membuat apa-apa keputusan mengenainya dan akan berbincang secara terperinci dengan rakannya berhubung perkara itu. “Petang ini saya akan berjumpa dengan rakan lama saya  dalam PKR dan pejuang awal reformis untuk mendapatkan pandangan mereka. Tidak betul mengatakan bahawa saya akan umumkan soal pendirian saya malam ini kerana saya baru sahaja nak fikirkannya memandangkan saya baru tiba dari Jakarta, Indonesia...

UMNO is going to collapse

NEW YORK -- Tun Dr Mahathir Mohamad has predicted that UMNO, the backbone of the Barisan Nasional that was removed from power in Malaysia's general election in May, is going to collapse. Speaking at an event here on Wednesday, the Malaysian prime minister said that many of its members were leaving UMNO now that they no longer feared former party president and former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak. "UMNO is fragmented now, it is going to collapse. There's no future for UMNO anymore, because the people as a whole detest UMNO," he said at a meeting with members of the United States Council on Foreign Relations. Dr Mahathir said Najib had undermined the leadership and even the rank and file of the party due to the influence of money. The administrative machinery, he said, had also been undermined. "He made the administrators serve his party, campaign for his party. That's not what they're supposed to do. They'r...

Pimpinan negeri, bahagian Bersatu Negeri Sembilan bubar

KUALA LUMPUR -- Seluruh pimpinan negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dibubarkan serta merta dan pemilihan baharu akan dilakukan semula dalam masa terdekat. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembubaran itu diambil atas nasihat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai antara satu cara menyelesaikan masalah dalaman parti di negeri itu yang berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan. “Jadi yang ada sekarang akan terbubar maka kita akan lantik yang baharu dan kita putuskan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim) dan Eddin (Eddin Syazlee Shith) yang akan membantu di Negeri Sembilan. Ini untuk perkemaskan parti di peringkat bahagian yang ada masalah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Selangor. Dalam pada itu Muhyiddin turut mengumumkan pembubaran kepimpinan parti Bahagian Ampang dan Subang ke...

Najib, Jho Low akan dipanggil beri keterangan kepada PAC

KUALA LUMPUR -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menyenaraikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sebagai antara 18 saksi berpotensi dipanggil berkenaan siasatan semula syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam satu kenyataan pada Khamis, pengumuman itu hadir selepas jawatankuasa itu semalam mengumumkan untuk memanggil Najib yang juga bekas menteri kewangan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 17 Okt ini.   Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata selain Najib, ahli perniagaan Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ia ditukar kepada 1MDB juga berpotensi dipanggil. "Kedua-dua mereka sebelum ini tida...

Private efforts to bring back fugitive Jho Low

NEW YORK -- Tun Dr Mahathir Mohamad said Malaysia is resorting to "private efforts" to bring back fugitive businessmen Low Taek Jho, or Jho Low, from China. The Malaysian prime minister noted that Kuala Lumpur had no extradition treaty with China. "It's quite tricky for us to accuse China of hiding him, so we're trying to work out some ways or private efforts to get back Jho Low from China," said Dr Mahathir who is in New York for the United Nations General Assembly (UNGA). He was speaking at a meeting with members of the United States Council on Foreign Relations here on Wednesday. Jho Low and his father, Tan Sri Low Hock Peng, were charged in absentia in Malaysia last month over money allegedly stolen from 1Malaysia Development Berhad (1MDB). On whether China shared Jho Low's view of himself as a Chinese intelligence asset, Dr Mahathir said: "I don't  think so. I don't think China has any respect for him at all." When ...

Saman Guan Eng terhadap Utusan selesai

GEORGE TOWN -- Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia (M) Bhd hari ini selesai selepas Pengarang Rencana dan Analisis syarikat akhbar itu Zulkifli Jalil memohon maaf kepadanya berhubung penerbitan satu artikel pada tahun 2015. Zulkifli dalam penyataan maafnya berkata beliau juga berasa kesal terhadap penerbitan artikel itu dan menarik balik artikel bertajuk 'Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?' yang diterbitkan akhbar itu pada 10 April 2015. "Utusan Malaysia secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Lim Guan Eng atas kesilapan tersebut yang tidak disengajakan itu atas apa jua kesusahan dan pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Lim Guan Eng ekoran daripada penerbitan artikel berkenaan. "Utusan Malaysia juga berakujanji untuk tidak menerbitkan atau menyebabkan penerbitan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang dinyatakan di dalam artikel tersebut," katanya. Beliau memba...

Mendirikan semula Rumah Degil

KUALA LUMPUR -- Rumah Pusaka Chow Kit (RPCK) atau lebih dikenali sebagai Rumah Degil yang sedang dibina semula di tapak baharu iaitu di perkarangan Balai Seni Negara (BSN), Jalan Tun Abdul Razak dijangka siap sepenuhnya pada November ini. Pembinaan dan pembangunan semula rumah Melayu No 41, Jalan Chow Kit, yang mempunyai kaitan dengan Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur, telah bermula sejak 16 Feb lepas oleh Jabatan Warisan Negara. Berdasarkan maklumat yang terpapar di kawasan pembinaan, pakar bina rumah kayu, Seroja Klasik Enterprise telah dilantik sebagai kontraktor dan ia dibangunkan dengan kerjasama BSN, Yayasan Hasanah, Persatuan Arkitek Malaysia, Kumpulan Pemuliharan Rumah Pusaka Chow Kit dan ATSA Architects. Akhirnya usaha...

Pusat tahfiz diarah daftar sebelum 31 Disember

KUALA LUMPUR -- Kementerian Wilayah memberi tempoh sehingga 31 Dis ini kepada pusat-pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata langkah mewajibkan semua pusat tahfiz didaftarkan adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik. “Laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz di Kuala Lumpur tidak berdaftar akan segera ditutup   adalah tidak tepat dan salah lapor. Dalam usaha pendaftaran ini, Kementerian Wilayah akan bekerjasama dengan Jawi untuk mendaftarkan semua pusat  tahfiz ini,” katanya. Khalid berkata, DBKL dengan kerjasama Bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memeriksa  keadaan fizikal...

Ibu tunggal dihukum enam sebatan kerana melacur

KUALA TERENGGANU -- Seorang ibu tunggal berumur 30 tahun dijatuhkan hukuman enam sebatan dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan untuk melacur pada 17 Sept lalu. Hakim Syarie Rosdi Harun menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dalam prosiding yang dijalankan selama lebih sejam itu hari ini. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Mohd Kahzmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah juga mengarahkan hukuman sebatan dilaksanakan di penjara di mana tertuduh ditahan selepas tempoh 14 hari sekiranya tiada rayuan daripada pihak tertuduh. Hakim Syarie ketika membacakan pertuduhan bagaimanapun menyatakan kekecewaannya terhadap sikap ...

Kadar cukai taksiran premis UMNO, MCA dan Gerakan dipertikai

SEREMBAN -- Kadar cukai taksiran dan tanah bagi bangunan Wisma UMNO, Wisma MCA dan Wisma Gerakan di Seremban adalah terlalu rendah dan tidak bersesuaian dengan kedudukannya yang berada di tengah pusat bandar Seremban. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta membuat siasatan kerana dikhuatiri berlaku salah guna kuasa oleh pemerintahan terdahulu sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak berani untuk mengambil tindakan. “Seperti kita maklum bangunan ini amat besar dan bertingkat tetapi cukai taksiran bagi bangunan UMNO RM508 sahaja, bagi bangunan MCA yang bertingkat juga cukai taksirannya hanya RM205 manakala bangunan parti Gerakan RM100. “Persoalan saya kenapa mereka ini dikenakan cukai begitu rendah sedangkan cukai taksiran di kampung lebih tinggi dari wisma-wisma ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membahas usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhr...

13 jam di ibu pejabat SPRM dan I‘m ok. Alhamdullilah

PUTRAJAYA -- Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini. Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi tadi dan kelihatan beredar pada jam 10.40 malam setelah selesai memberi keterangan  bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau kelihatan tenang ketika diserbu puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM  seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.  “I‘m ok.  Alhamdullilah,” katanya sambil senyum kepada media.  Difahamkan SPRM membenarkan Rosmah berhenti memberi keterangan pada  6.30 petang tadi dan sambung  memberi keterangan pada Khamis.  Namun, beliau memilih untuk sambung memberi keterangan. Turut kelihatan di perkaran...

Tun Mahathir seorang yang hebat, tetapi..

KUALA LUMPUR -- Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik selepas era kepemimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata  negara mempunyai ramai pemimpin muda berbakat dan kemunculan generasi baharu ahli politik akan memberi isyarat kepada perubahan politik di Malaysia. “Tun Mahathir adalah seorang yang hebat tetapi dia berusia 93 tahun, saya fikir beliau akan berkhidmat selagi kesihatannya mengizinkan. Anwar perlu menjadi perdana menteri selepas itu kerana jika tidak, kita tidak akan ada kesudahan. “Saya fikir Anwar bakal menjadi perdana menteri tetapi saya fikir kita perlu memberi tumpuan terhadap Malaysia, pasca Tun Mahathir  dan pasca Anwar...

Kabinet bayangan BN untuk periksa dan imbang

KUALA LUMPUR -- Barisan Nasional (BN) telah membentuk kabinet bayangan untuk setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi meningkatkan peranannya sebagai pembangkang di Parlimen.  Kabinet bayangan, yang menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio (JKP) itu, dibentuk hasil rundingan antara parti-parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata setiap JKP terdiri daripada pengerusi bersama melibatkan beberapa anggota Parlimen BN. "JKP ini nanti akan melantik sekurang-kurangnya tiga lagi orang dalam kalangan profesional termasuk wanita dan pemuda khususnya barisan pelapis. JKP berperanan sebagai 'check and balance' (semak dan imbang) bagi setiap kementerian. Ia juga sebagai 'policy watch' (pemantau dasar) serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar PH," katanya pada sidang media di sini, hari ini. JKP itu akan melibatkan empat kluste...

Jangan ajak kami bergaduh - Anwar

KUALA TERENGGANU -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif berhubung hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar berkata beliau tidak mampu menolak semua desas-desus seumpama itu namun berharap kesungguhannya bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir terus mendapat sokongan terutama dalam kalangan anggota PKR. "Saya ambil keputusan bersama dengan kepimpinan PKR dan PH, masalah (negara) yang dihadapi besar dan kita tak mampu hadapi jika ada masalah dalam pimpinan PH. Maka kita biar(lah) kerajaan ini kuat dan di bawah (teraju) perdana menteri yang tegas barulah boleh selesaikan masalah besar seperti 1MDB. "Tetapi ini tak menghalang orang cucuk dan mentafsir begitu begini untuk ajak saya bergaduh. Janganlah ajak saya bergaduh dengan Dr Mahathir...dah 20 tahun gaduh. Kami ...