Skip to main content

Posts

Showing posts from September 29, 2018

Manfaat Food Bank untuk isi rumah bawah RM940

MELAKA -- Seramai 186,354  Ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan bakal menerima manfaat dalam Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi meringankan beban golongan itu.  Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan program anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini dan Melaka menjadi negeri perintis bagi program tersebut.  “Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.  “KPDNHEP sedang merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan (2019),” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek perintis program Food Bank Malaysia peringkat neger

SPRM rampas dan beku tunai bernilai RM2.5 bilion sejak Jun

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas dan membekukan wang tunai bernilai RM2.5 bilion sejak Jun lalu. Ketua Pesuruhajayanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata rampasan itu membabitkan pelbagai kesalahan rasuah, penyelewengan, serta salah guna kuasa selain siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh SPRM. “Sejak Jun lalu juga, kita telah menahan 336 individu atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum berjaya mendakwa kira-kira 100 daripada mereka  di mahkamah. “Jumlah keseluruhan ini dilakukan SPRM dalam tempoh empat bulan, termasuk rampasan kes 1MDB. "Jumlah itu pula tidak termasuk pelbagai barangan atau hartanah disita SPRM yang  belum dinilaikan," katanya. Menurutnya, kesemua angka tangkapan, pertuduhan serta nilai wang tunai dirampas itu cukup mengejutkan sekaligus membuktikan kes rasuah dan penyelewengan di negara ini cukup serius.  Sebelum itu, selepas majlis deklarasi dan mena