Skip to main content

Posts

Showing posts from September 30, 2018

Harta UMNO tidak sampai berbilion

KUALA LUMPUR -- UMNO akan mengambil balik semua asetnya yang dipegang oleh penama. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mengarahkan Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mendapatkan semula aset terbabit demi menjaga kepentingan dan kelangsungan parti. "Saya dapati ada dalam kalangan penama ini yang presiden dahulu telah letakkan kepercayaan kepadanya bagi pihak UMNO, apabila ditemui menyatakan bahawa saham atau aset itu mereka punya. UMNO akan mengambil tindakan undang-undang untuk memperoleh balik aset itu. "Trustee ini sepatutnya memegang amanah. Kita tidak mahu orang yang tidak amanah memegang amanah bagi pihak kita," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra. Katanya aset yang diambil balik itu akan dibawa ke jawatankuasa pengurusan serta dibentangkan kepada Majlis Tertinggi secara telus....

Terlajak tulis, boleh padam, terlajak cetak buruk padahnya

PETALING JAYA -- Sultanah Terengganu Sultan Nur Zahirah telah menghantar surat tuntutan kepada pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown dan dua pihak lagi, untuk menuntut permohonan maaf bertulis serta ganti rugi RM100 juta daripada setiap mereka berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’. Peguam Datuk Mohd Haaziq Abdullah, yang mewakili Sultanah Terengganu, berkata surat tuntutan itu telah diserahkan kepada Recastle-Brown, penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd pada Khamis dan mereka diberi masa lapan hari mulai 27 Sept untuk membuat penarikan balik secara bertulis yang jelas dan permohonan maaf bertulis dalam terma yang dipersetujui oleh peguam baginda. Beliau berkata  Recastle-Brown perlu membuat akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan itu dan syarikat terbabit juga dikehendaki menarik balik buku berkenaan yang mengandungi kenyataan fit...

Kesatuan wartawan desak tindakan selamatkan Utusan

KUALA LUMPUR -- Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan (BDC) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia meluluskan usul mendesak campur tangan pemegang saham lain untuk menyelamatkan akhbar Utusan daripada berkubur.  Sejak UMNO meletakkan Datuk Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengerusi eksekutif, kedudukan Utusan semakin bertambah teruk dengan kakitangan lewat menerima gaji bulanan dan ia terpaksa menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang tidak adil kepada pekerja-pekerjanya baru baru ini. Malah UMNO sendiri tidak serius untuk memulihkan Utusan dan membela nasib pekerja yang bernaung di bawahnya walaupun pelbagai desakan dilontarkan kepada parti itu, kata NUJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Majlis Tertinggi NUJ di sini, malam ini. NUJ mendesak setiausaha syarikat supaya memanggil persidangan tergempar dalam kalangan pemegang saham untuk menentukan hala tuju Utusan...

Tak ada isu lama Saiful-Anwar di PRK PD

PORT DICKSON -- Meskipun pertama kali penyertaannya dalam arena politik tanpa disokong oleh mana-mana parti, namun Mohd Saiful Bukhari Azlan menaruh harapan besar untuk mewakili rakyat sekiranya dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Namanya dahulu pernah menggegarkan negara, namun apa yang pasti PRK ini menarik tumpuan ramai pihak mengenai keupayaan sebenar anak kelahiran Johor Baharu itu memberikan cabaran kepada bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK tujuh penjuru itu. Mohd Saiful Bukhari, 33, yang bertanding sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo kunci sebagai lambang rasmi dirinya, memberi jaminan bahawa ‘isu lama Anwar-Saiful’ tidak akan dibangkitkan dalam siri kempennya, sebaliknya me...

PD kelangsungan politik Anwar

PORT DICKSON -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan nama yang asing dalam politik tanah air dan turut mempunyai karisma tersendiri yang membuatkan beliau turut dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau adalah tokoh yang menjadi penggerak utama agenda reformasi yang akhirnya membawa satu perubahan dalam landskap politik negara melalui perjuangan yang penuh liku. Terkenal dengan retorik pidato yang mampu membangkitkan semangat mereka yang mendengar, Anwar memiliki pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran negara yang sekali gus meletakkan beliau lebih terkehadapan berbanding pencabarnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. Apatah lagi, tawaran yang dibawa oleh calon Pakatan Harapan itu untuk pengundi di kawasan itu juga lebih meyakinkan. Dilahirkan pada 10 Okt 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell. Belia...

UMNO saman wakil rakyat keluar parti

KUALA LUMPUR -- UMNO akan mengambil  tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat daripada parti itu yang melompat parti dan menjadi wakil rakyat bebas, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya UMNO akan menuntut bayaran balik yang melibatkan kos dan pihak berkenaan juga perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. “Mutakhir ini, terdapat wakil rakyat UMNO melompat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Saya akui amat sukar untuk menyekat mereka keluar parti. Tetapi demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah pun mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang! “Saya ingin menyatakan bahawa writ saman telah pun dihantar kepada beberapa individu terbabit. Mereka tidak lagi mempunyai asas moral un...

Isa, anak kelahiran PD pulang ke lubuk

PORT DICKSON -- Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bukanlah satu nama asing buat penduduk di Negeri Sembilan khususnya Port Dickson, apatah lagi beliau pernah menjadi menteri besar negeri ini selama 22 tahun, sejak 1982. Mengabdikan diri sejak sekian lama 'bermukim’ di dalam Parlimen Port Dickson menerusi platform UMNO sebagai wakil rakyat, bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu kali ini memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson atas tiket bebas. Ini bersandarkan sejarah perkhidmatan yang pernah diberikan sebelum ini selain menyifatkan dirinya sebagai ‘anak jati Port Dickson’. Lahir di Bagan Pinang di sini, bapa kepada empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan, memulakan karier politiknya bersama UMNO pada sekitar tahun 1972 dan pernah menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada 1978 sehingga 1982, ADUN Bagan Pinang (1986-2004) dan Anggota Parl...

"Mandarin-speaking" syndicate behind Penang drug bust and laboratory

BANGKOK -- A "Mandarin-speaking" syndicate was suspected to be the mastermind behind the large drug bust and discovery of a drug laboratory in Penang middle of this month, according to Thailand's Narcotics Suppression Bureau (NSB) officer. The transnational syndicate believed to be comprising Mandarin-speaking members with links in Hong Kong, Taiwan, China and Malaysia. "This is our initial intelligence assessment of the syndicate behind Penang's drug bust. We monitored phone calls made by suspected members to 'someone' in Guangzhou in China  and Hong Kong," said NSB's deputy head Maj Gen Thanai Apichartsenee, recently. Besides eavesdropping on "communications" by suspected members, the NSB according to him, was also tracking the money trail left by them to enable authorities identify key individuals and mastermind behind the syndicate. About two weeks ago, Bukit Aman's Narcotics Crime Investigation Department (NCID) ra...

Two Malaysians evacuated, death toll rises to over 800

JAKARTA -- Two Malaysians were among 61 foreign nationals reported to be in Central Sulawesi when the province was hit by the powerful earthquake and tsunami last Friday. Indonesian National Agency for Disaster Management (BNPB) head of data information and public relations, Sutopo Purwo Nugroho said both of them, however, had been evacuated safely from the area. “Sixty-one foreign nationals were in Central Sulawesi when the disaster struck. All of them were reported safe, except one South Korean citizen who is reportedly still trapped under the collapsed Roa Roa Hotel in Palu City,” he said. Deputy Malaysian Ambassador to Malaysia Zamshari Shaharan said one of the Malaysian citizens, known only as Dr Farah, had been taken to Palu airport to return to Malaysia, while the other one had just been evacuated from the disaster area. “The Malaysian Embassy, however, has yet to get detailed information on their identity...