PUTRAJAYA -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai contoh pilihan raya adil dan bersih selaras dengan visi dan matlamat suruhanjaya berkenaan sebagai institusi pilihan raya yang efisien, adil dan beramanah. Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun turut mengingatkan dan menyarankan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen pada PRK itu agar mematuhi undang-undang, peraturan dan etika berkempen sepanjang tempoh rasmi selama 14 hari bermula Sabtu lepas, sehingga 11.59 malam, 12 Okt ini. "SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam demi menjamin satu pilihan raya yang bersih, beretika dan adil," katanya dalam kenyataan. Azhar seterusnya menyeru agar setiap calon atau parti politik bertanding tidak melaksanakan aktiv...