Skip to main content

Posts

Showing posts from October 3, 2018

Laluan mudah yang sengit untuk Anwar

KUALA LUMPUR -- Sudah lima hari kempen berlangsung pada Pilihan  Raya Kecil (PRK) Port Dickson namun keadaan nampaknya masih 'tenang'  walaupun PRK keempat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu menampilkan pertandingan tujuh penjuru. Meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan ditentang enam orang termasuk lima calon Bebas, ramai masih  beranggapan Ketua Umum PKR itu mampu memenangi PRK berkenaan dengan majoriti undi besar. Anwar berdepan calon PAS yang mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar manakala lima calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen dan satu-satunya calon wanita, Lau Seck Yan. Untuk memastikan kemenangan dalam tangan, jentera Pakatan Harapan (PH) mengatur kempen berstrategi sepanjang hari khususnya untuk menjelaskan isu-isu utama yang dihadapi negara kepada penduduk Port Dickson. PH...

Hak milik tanah 999 tahun masih dalam perbincangan

IPOH -- Isu mengenai pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baharu di Perak masih pada tahap perbincangan, kata Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu. Ahmad Faizal berkata buat masa ini beliau tidak dapat memberi keputusan kerana ia memerlukan beberapa proses termasuk sesi perbincangan town hall.  “Pada ketika ini  saya tidak boleh memberikan hak pegangan bebas kerana perancangannya adalah adakan pertemuan town hall, sejurus selepas itu saya akan bawa semua pandangan dan cadangan ke majlis presiden Pakatan Harapan dan juga majlis tanah negara. “Mereka yang akan membuat apa sahaja keputusan. Saya akan patuh dan turuti tetapi buat masa ini saya hanya akan berikan kepada mereka yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (TOL) geran 99 tahun untuk mereka dapatkan pinjaman kewangan bagi membina rumah yang lebih baik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita...

Dihukum gantung sampai mati bunuh teman wanita

IPOH -- Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Selasa selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya, kira-kira dua tahun lalu. Hakim Datuk Che Ruzima Ghazali membuat keputusan itu terhadap N. Sanderasegaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan. Sanderasegaran dituduh membunuh S. Durga Devi yang ketika kejadian berusia 17 tahun di sebuah rumah di  Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai antara 11 malam 27 Feb  2016  hingga 6 pagi 28 Feb tahun sama. Che Ruzima dalam penghakimannya berkata ketika membela diri, tertuduh menyatakan mangsa dibunuh oleh perompak yang datang ke rumahnya pada masa kejadian. Beliau berkata mahkamah mendapati kejadian rompakan itu adalah rekaan semata-mata dan pemikiran yang mudah untuk membela diri selain tertuduh hanya cedera ringan di tangan berbanding 37 kesan kecederaan pada tubuh mangsa.  Menurut Che Ruzima ad...

Hal peribadi Anwar dalam kocek saya

PORT DICKSON -- Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerang peribadi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Calon bebas itu berkata sebaliknya corak kempennya lebih tertumpu kepada khidmat yang pernah diberikan beliau selama ini kepada masyarakat setempat. "Kalau nak bangkitkan serangan peribadi (Anwar) calon Pakatan Harapan, saya boleh ceritakan sejak tahun 1998 lagi… semua dalam kocek saya, tapi ia tidak eloklah. Bagaimanapun, saya dan Anwar adalah kawan lama," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program 'walkabout' di Kampung Arab dan Air Meleleh. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai serangan beberapa pemimpin PH terhadap  dirin...

"Unique" newborn names should make application to NRD

PUTRAJAYA -- Parents registering their newborn children with unique names that are not encouraged or recommended by the National Registration Department (NRD) should submit an application to the department. Apart from submitting the application, parents must also state that they are consenting to name their children with the unique name, said the NRD in a statement today. The department said that it categorised names that were not recommended into two categories –  “objectionable” and  “undesirable” names. It described “objectionable” names such as  titles, descent, meanings, initials or words which are obscene. As for “unacceptable” names, they include the names of animals, fruits, instruments, letters of the alphabet, numbers or a combination of letters or numbers which may give an unacceptable meaning. The NRD does not impose specific requirements in the naming of children by their parents....

Najib salah guna sistem pentadbiran untuk merompak

KUALA LUMPUR -- Sistem pentadbiran Malaysia telah disalahgunakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan kuasanya untuk merompak negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. “Sistem itu mungkin sama tetapi pemimpin itu berbeza, sistem berkenaan digunakan oleh lima perdana menteri sebelum ini dan tiada pertuduhan rasuah berskala itu terhadap kesemua empat pemimpin tersebut. “Tetapi sistem itu disalahgunakan. Apa yang dilakukannya ialah menggunakan kuasa untuk mencuri wang,” kata Dr Mahathir pada program Hardtalk BBC semasa wawancara di London. Program selama 20 minit itu disiarkan pada Selasa. Bercakap kepada peneraju program berkenaan, Zeinab Badawi, perdana menteri berkata terserah  pada mahkamah untuk memutuskan pertuduhan terhadap Najib. Najib kini...

Inilah buku nota kecil Tun M

LONDON -- Tun Dr Mahathir Mohamad akan sentiasa membawa buku catatan kecil mana-mana jua dan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet. "Saya catat masa itu juga. Jangan tunggu lama-lama, nanti lupa. Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin. Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu, beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya. "Depan pun bubuh (tulis), belakang pun bubuh," katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan. Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London. Dr Mahathir berkata beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikannya, lapor Bernama. "Saya lihat apa yang perlu dilakukan, saya tulis nota di sini (buku). Bila mesyuarat Kab...

Janji Tun, Malaysia akan kembali menjadi Harimau Asia

SUBANG -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yakin ekonomi negara akan kembali pulih dengan kehadiran lebih banyak pelabur asing sekali gus mengembalikan semula gelaran Harimau Asia.  Beliau berkata, keyakinan itu disandarkan hasil pertemuan beliau dengan pemimpin dunia termasuk pelabur asing sewaktu berada di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) baru-baru ini. “Selama 10 hari lawatan kerja, saya menjalankan tugas seperti dirangka, buat ucapan di UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) (PBB) dan buat pertemuan dengan ramai pentadbir dunia di AS dan UK untuk menjelaskan dasar Pakatan Harapan yang sudah menjadi kerajaan di Malaysia. “Mereka berpuas hati dan ramai berjanji akan datang untuk melabur,” katanya ketika berucap selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang, selepas mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sesi ke-73 dari 25 hingga 29 Sept lalu...

Saya tidak pernah meminta Tun M memohon maaf

KUALA LUMPUR -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung perselisihan mereka pada 1998. “Saya telah memaafkan beliau atas kapasiti peribadi, begitu juga bekas perdana menteri Najib. Saya tidak pernah meminta beliau memohon maaf dan saya sentiasa tegas dengan anda (pemberita) bahawa saya berpuas hati dengan perilaku dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan saya. "Lupakan masa lalu dan tumpukan kepada masa depan, anda (pemberita) yang membangkitkan perkara itu," kata beliau kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-150 kelahiran Mahatma Gandhi di Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose di sini. Anwar diminta mengulas...

Johor royal family slandered

JOHOR BAHRU -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar is saddened by the action by some parties which have slandered the Johor royal family in connection to a piece of land where a religious school was located. In a posting on his official Facebook account Sultan Ibrahim, the sultan said the slanderous statements which had gone viral on the social media,  alleged that the Johor royal family had seized the land in Johor Bahru where the private religious school was located. The sultan also said the statements were purposely spread on the social media even though they were untrue. “Do not simply make statements without first referring to those concerned (officials) or the government,” he said to the Royal Press Office (RPO) as posted on his official Facebook account. RPO is the Johor royal family’s official media and communications outfit. The Facebook posting also included a screenshot of the Twitter account of an ...

Beca meniti nasib di arus zaman

MELAKA -- Keringat membasahi wajah Arshad Abu Jabar, 56, yang sudah menampakkan garis-garis halus kedutan usia, namun kakinya gagah mengayuh beca miliknya, membawa penulis mengelilingi kawasan bersejarah di Bandar Hilir di sini. Kulitnya yang gelap dek terik mentari menjadi bukti betapa usia pengayuh beca yang mesra dengan panggilan Pak Arshad itu banyak dihabiskan sebagai duta kecil negeri ini - sejak kira-kira 20 tahun lalu. Bukan sekadar mencari rezeki, malah tanpa mengenal penat lelah, beliau melaksanakan ‘tanggungjawab’ memberi maklumat mengenai pelbagai tapak bersejarah kepada para pelancong. Namun, apabila ditanya mengenai industri beca Melaka pada masa ini, Arshad yang menghela nafas panjang sambil tersenyum pahit berkata banyak perkara telah berubah dan sangat berbeza berbanding 10 atau 20 tahun lalu. “Sekarang semuanya berubah, baik dari segi nilai warisan mahupun kehidupan pengayuh beca. Alhamdulillah, pakcik masih boleh hidup(cari rezeki) selagi ada kudrat ...