Skip to main content

Posts

Showing posts from October 4, 2018

Terduduh jumpa dan ganggu saksi - pendakwa raya

KUALA LUMPUR -- Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Datin Seri Rosmah Mansor, yang dikenakan 17 pertuduhan bekaitan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750,  berjumpa dengan seorang saksi untuk memintanya memberi keterangan yang menyebelahi beliau. Pesara Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai  pasukan  pendakwaan, menyatakan perkara itu ketika memohon mahkamah supaya tidak membenarkan isteri bekas perdana menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak itu diikat jamin atas alasan terdapat bahaya besar  gangguan dilakukan terhadap saksi. “Terdapat faktor lebih penting yang ingin kami maklumkan kepada mahkamah. Apabila pihak  pendakwaan merekodkan kenyataan seorang saksi, tertuduh  (Rosmah) berjump...

Mimpi suami meninggal dunia dua minggu sebelum kejadian

KUANTAN -- Isteri kepada Mohd Fatah Hashim, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi lemas di Puchong semalam, tidak menyangka mimpi buruk tentang kematian suaminya yang dialami sejak dua minggu menjadi kenyataan semalam. Nur Nadia Kamaludin, 29, berkata, dia berulang kali mimpi berkenaan dan pernah menceritakan tentang perkara itu kepada suaminya, namun Mohd Fatah, 34, hanya ketawa. "Suami hanya menganggap itu mainan tidur dan saya tidak menyangka perkara yang saya takuti itu (kematian suami) akhirnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Beserah, di sini petang ini. Turut mengiringi jenazah, Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor Hisham Mohammad dan kira-kira 200 orang ahli keluarga, rakan sekerja serta kenalan. Nadia yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya iaitu Nur Medina Aisyah, tiga tahun dan Muhammad Meqa Al Asyraf, setahun setengah pe...

Keputusan hapus tol dalam 2-3 bulan

KUALA LUMPUR -- Keputusan berhubung isu penghapusan kutipan tol lebuh raya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian. Beliau berkata ketika ini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan. “Masa sekarang kita masih berunding, mencari satu jalan yang saling memanfaatkan  kepada pihak  berkepentingan dan kerajaan baharu. Apa yang nanti diputuskan cara baiknya yang diterima semua pihak berkepentingan. Saya percaya itu akan dilaksanakan.  “Saya difahamkan semua pemegang berkepentingan bersikap positif  (ekonomi) terhadap kedudukan kita sekarang. Justeru itu mereka sangat memaham, kita harap akan ada persefahaman dan kesimpulan bersama serta persetujuan bersama yang ter...

Penganggur berdepan hukuman mati sebab bunuh ibu

BALIK PULAU -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis, bulan lepas. Mohammad Firdaus Ismail, 29, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Faridah Mat Hashim, 63, di kediaman mereka di Jalan Bharu di sini antara pukul 6.30 pagi hingga 8.00 malam, 19 Sept lepas. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh yang memakai baju t berwarna merah jambu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi. Sepanjang berada dikandang tertuduh, Mohammad Firdaus dilihat tenang dan sesekali dilihat ketawa ketika berbual dengan tertuduh lain yang turut dihadapkan di mahkamah itu. Tertuduh yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pemetik epal di Australia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mat...

Saya okey, I love you - Rosmah

KUALA LUMPUR -- ‘Saya okey,’ ujar isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan sebak sambil menunjukkan isyarat tangan ‘okey’ ketika ditanya Bernama selepas didakwa atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram. Rosmah, 67, yang memakai baju kurung dan berselendang oren sempat mengucapkan terima kasih dan ‘I love you’ serta melambai-lambai tangan ke arah para penyokongnya yang hadir sejak awal pagi. Kira-kira lebih 30 orang penyokong yang hadir di Kompleks Mahkamah, di sini bagi memberi sokongan kepada Rosmah. Suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menemani isterinya keluar daripada mahkamah. Terdahulu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Rosmah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya di...

Stevie Chan nafi ditaja Tun M, Azmin

PORT DICKSON -- Calon Bebas Stevie Chan Keng Leong menepis dakwaan kononnya beliau ditaja oleh individu berkepentingan termasuklah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD). Tegasnya, beliau bukanlah calon PRK yang 'ideal' untuk ditaja oleh mana-mana pihak berkepentingan. "Ramai kata saya bertanding kerana ditaja oleh Azmin ( Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) la...Tun M (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) la...ada kata UMNO dan ada juga kata MCA. "Secara tegasnya saya menolak semua dakwaan tidak berasas ini...saya tak kenal mereka secara peribadi,” katanya pada sidang media di Bagan Pinang. Chan menyifatkan beliau adalah berbeza dengan calon lain kerana tidak mempunyai bilik gerakan, berkempen dengan jentera yang dianggotai hanya lima orang sahaja dan mempersoalkan  bagaimana  ...

Bomba teruskan operasi SAR di sebalik tragedi

KUALA LUMPUR -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong diteruskan hari ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Zon 5, Izman Adnan berkata operasi mengesan Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, 17, diteruskan pukul 8 pagi ini dengan melakukan pencarian di kawasan tebing sepanjang 40 meter di lombong berkenaan. “Bomba mendapati arus dalam lombong masih deras pagi ini dan pasukan penyelam akan membuat penilaian dahulu sebelum membuat operasi. Difahamkan pasukan penyelam dari Polis Marin akan melakukan SAR dan bagi pihak bomba kami belum dapat pastikan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari mana akan datang,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. Ditanya sama ada teknik menyelam secara berkumpulan akan digunakan hari ini, beliau berkata pihaknya tidak dapat memastikan teknik yang a...

Fines RM500 for damaging his neighbour's flower pot

KUALA LUMPUR -- An unemployed man was fined RM500, in default a month's jail by the Ampang Magistrate's Court here on Wednesday for causing damage to his neighbour's flower pots. Magistrate Mohamad Firdaus Sadina Ali meted out the punishment on S.Selvarajoo, 44, after he pleaded guilty to breaking two flower pots belonging to Tang Rou Shi, 45, at Lock Up Stall, Pekan Ampang here at 3am on Sept 30. He was charged under Section 427 of the Penal Code which carries maximum two years imprisonment or a fine or both, upon conviction. According to the facts of the case, on the day of the incident, the complainant woke up to a loud noise coming from outside of her house before finding that the accused who was believed to be intoxicated was breaking her flower pots. Earlier, Selvarajoo who was unrepresented, pleaded for leniency, while deputy public prosecutor Norhashimah Hashim applied...

Latihan yang lebih berkesan untuk elak tragedi

PUTRAJAYA -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap latihan yang lebih berkesan perlu diadakan agar tragedi yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)  yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat tidak berulang pada masa hadapan.  Merujuk kepada tragedi yang melibatkan enam anggota JBPM yang meninggal dunia ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, beliau menyifatkan ia tragedi yang menyedihkan.  “Ini adalah tragedi yang menyedihkan. Kita belum tahu kenapa enam orang tenggelam dalam satu usaha untuk menyelamatkan seorang yang hilang. “Kita anggap ini satu tragedi dan meminta agar keluarga mangsa bersabar kerana kemalangan berlaku. Kita berharap ia tidak akan berulang lagi. Takziah kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesy...