Skip to main content

Posts

Showing posts from October 5, 2018

Saya sangat kecewa - Syed Saddiq

KUANTAN -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan pelbagai kepincangan dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) hasil lawatan mengejutnya di akademi bola sepak berkenaan dekat Gambang di sini, hari ini. Beliau berkata akademi dibina dengan harga RM85 juta itu dilihat gagal menepati tujuan pembinaannya sebagai pusat latihan dalam melahirkan bakal pelapis Mokhtar Dahari di negara ini, dan bakat bola sepak bertaraf antarabangsa berikutan serba kekurangan dari segi kemudahan latihan dan peralatan. "Saya sangat kecewa sebaik melihat sendiri permasalahan berlaku di AMD terutama berkaitan kemudahan dan peralatan di situ. Lebih menyedihkan perkara asas melibatkan aspek pemakanan tidak diberi penekanan sehingga ada pemain terpaksa berlapar kerana makanan disediakan tidak menepati kualiti ditetapkan. "Masalah lain pula seperti bola sepak digunakan untuk latihan tidak mencukupi hingga memberi kesan terhad...

Abdul Azeez released on RM500,000 bail

PUTRAJAYA -- Baling MP Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim and his brother who were detained by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to facilitate investigations into a corruption case, were released today. Magistrate Ahmad Afiq Hasan issued the order to release the former Lembaga Tabung Haji (TH) chairman and his brother on RM500,000 bail each in two sureties. The UMNO Supreme Council member was detained at the MACC headquarters on Sept 25, while the brother was picked up in Sungai Buloh half-and-hour after him and their cousin, who is a company director, at 5.30 pm in Putrajaya on the same day. On Sept 26, the three men were remanded for four days to facilitate investigations under Section 16(a) of the MACC Act 2009. On Saturday, the remand orders for Abdul Azeez and his brother were extended until today, while the cousin was released on RM10,000 bail in two sureties.. Clad in a light blue shirt and dark pants and handcuffed, Abdul Azeez, who arrived...

AGC should not consider prosecuting Lokman Adam's brother

PUTRAJAYA -- The Attorney General’s Chamber is urged not to consider prosecuting UMNO Supreme Council member Datuk Lokman Noor Adam’s brother, Azman Noor Adam for insulting Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. De facto Law Minister Datuk Liew Vui Keong said the case should not see the light of day as Dr Mahathir was not offended by whatever statements made against him. “It reflects how magnanimous our Prime Minister is. As leaders of the country and government ministers, we’re subject to ridicules and criticisms by members of the public. “The only caution is that any statement made against a political leader must not be defamatory as the law provides for recourse for legal action to be taken against the defamer. In fact, the law applies to everyone who has been defamed to take legal action,” he said.  Liew was responding to the recent detention of Azman after he had allegedly spread social media images which insulted Dr Mahathir. Yesterday...

Mahkamah bagi kebenaran jual Equanimity

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Admiraliti di sini pada Jumaat membenarkan permohonan oleh kerajaan untuk melantik broker pusat dan penilai antarabangsa untuk mengendalikan penjualan  kapal mewah  'Equanimity' yang dikatakan milik ahli perniagaan yang sedang  diburu Low Taek Jho atau Jho Low. Peguam Sitpah Selvaratnam, yang mengetuai pasukan perundangan  untuk kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata broker pusat itu kini boleh mula membuat kertas kerja yang diperlukan untuk memasang iklan dan memorandum maklumat untuk bakal pembeli mengenai spesifikasi dan keadaan kapal itu. "Kami menjangkakan kapal akan dijual dalam  beberapa minggu akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar permohonan perintah penjualan kapal itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris di kamarnya pada Jumaat. Ahli  perundangan  lain yang hadi...

Court rejects Farid Kamil's bid for passport return

PETALING JAYA -- The Magistrate Court on Friday has rejected the application filed by actor-director Datuk Farid Kamil Zahari for the return of his passport on the grounds of travelling abroad for work. Magistrate Nor Ariffin Hisham made the decision after the supporting documents on the application were not furnished by the 37-year-old actor. Earlier, counsel Faizul Mohd Nasir, representing Farid Kamil, filed the application on the grounds that his client needed the passport to go abroad for filming. In the proceedings of remention of the five criminal charges faced by Farid Kamil, the court also maintained a five-day trial beginning Nov 27. Meanwhile, Farid Kamil, who was accompanied by his wife, Datin Diana Dianelle when met by reporters outside the court, said he needed the passport for work. “As an actor, I really need an international passport for business and now my acting activity is also limited because I am still tied to court proceedings,” he said, addin...

Kehadiran Tun M dalam kempen beri semangat

PORT DICKSON -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira apabila dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berkunjung ke Port Dickson bagi berkempen untuknya dalam pilihan raya kecil di sini. Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) berkata kesudian Dr Mahathir itu adalah satu petanda baik, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk seluruh rakyat Port Dickson. “Ia penting sebab Tun Dr Mahathir ini sebagai perdana menteri daripada dulu saya ingat, saya sebagai timbalan perdana menteri, dia tidak pergi berkempen pilihan raya kecil. “Kalau ada pilihan raya kecil dia serah kepada orang bawahannya daripada timbalan perdana menteri sehingga pemimpin bawah yang akan pergi kempen dan dia tumpu (kepada negara),” katanya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir itu dilihat akan memberi semangat kepada pengundi Port Dickson untuk menyokong calon...

Minyak RON95 yang masih murah untuk rakyat tahun depan

KUALA LUMPUR -- Kerajaan sedang menilai penyelesaian subsidi minyak RON95 yang lebih seimbang pada tahun hadapan apabila ia tidak terlalu membebankan negara dan pada masa yang sama, masih murah untuk rakyat. Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kerajaan sedang membincangkan peruntukan subsidi bagi 2019, termasuk subsidi bahan api, yang dijangka akan diumumkan semasa Bajet 2019 pada 2 November nanti. "Kami masih merangka (Bajet 2019). Kami masih belum menentukan nilainya (untuk subsidi)… mungkin akan ada peningkatan atau pengurangan (dalam subsidi bahan api). Semuanya akan diumumkan di Parlimeni (semasa Bajet 2019). Kami sedang membuat penilaian bagaimana kesannya ke atas ekonomi negara. "Kami juga sedang berusaha bagi menurunkan status Malaysia sebagai negara p...

Tertuduh nafi berbohong dan mereka-reka keterangan

KUALA LUMPUR -- Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais menafikan bahawa segala keterangan yang diberikan sepanjang prosiding membela dirinya di Mahkamah Tinggi di sini, adalah satu pembohongan dan rekaan semata-mata. S. Ravi Chandaran, 47, yang merupakan saksi pembelaan keenam turut tidak bersetuju bahawa dia kini berada dalam situasi ‘terkapai-kapai’ sehingga sanggup menuding jari kepada sesiapa sahaja termasuk mengaitkan peguam dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes itu. Ravi Chandaran berkata demikian ketika pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada prosiding membela diri hari ke-25, hari ini. Wan Shaharuddin : Kamu ditangkap pada 15 Sept 2015? Dalam perjalanan balik ke ‘hometown’ (di Kedah),”? Ravi Chandaran : Ya Wan Shaharuddin : Apabila ditangkap, sepanjang masa polis bertanyakan tentang kejadian (pembunuhan) ini? Ravi Chandaran : Ya Wan Sh...

Hala tuju projek ECRL tidak lama lagi

KOTA BHARU -- Kajian yang sedang dilakukan terhadap hala tuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sama ada meneruskannya atau tidak, akan ditentukan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata semalam Kabinet ada membincangkan secara ringkas mengenai projek tersebut dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta diberi sedikit masa untuk melihat kewajaran ECRL ini. "Dalam projek ECRL kita harus melihat apakah projek ini boleh mencipta nilai dan memberi kebaikan kepada rakyat dalam keadaan ekonomi yang amat gawat pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan bersama kepimpinan PKR Negeri Kelantan di sini, hari ini. Mohamed Azmin berkata kerajaan sedang menimbang hala tuju projek ini kerana proses pelaksanaannya sebelum ini tidak telus sebagai contoh sejumlah pembayaran telah dibuat dalam keadaan projek belum bermula. "Sejumlah hampir RM20 bilion telah pun dibayar da...

Tidak kisah jadi pembangkang - Isa Samad

PORT DICKSON -- Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beliau tidak kisah sekiranya bergelar anggota Parlimen pembangkang sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, di sini. Bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu berkata meskipun menjadi pembangkang, namun beliau tidak akan berdiam diri dalam memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan itu. "Pengalaman saya sebagai bekas wakil rakyat lebih 40 tahun, saya lebih memahami kehendak dan keperluan penduduk di Port Dickson. Saya juga mempunyai hubungan yang lebih akrab dengan penduduk tempatan dan saya yakin mereka masih memberi sokongan kepada saya, walaupun saya kini calon Bebas. "Tahulah saya mainkan peranan saya sebagai wakil rakyat (sekiranya menang) demi kepentingan penduduk Port Dickson dan pem...

Six firefighters laid to rest in their hometowns

KUANTAN -- The remains of Mohd Fatah Hashim, 34, one of six firefighters who were killed while carrying out search and rescue (SAR) operation in Puchong last night, were laid to rest at the Muslim Cemetery, Jalan Kampung Baru Beserah, here at about 4pm. His remains arrived at his family’s residence in the village at 2.40pm today, using Fire and Rescue Department (JBPM) vehicle. About 200 people consisting of firefighters, family members and well-wishers paid their last respects, before his remains were taken to Masjid Jamek Beserah for funeral prayers led by fire officer Mahathir Mohamad. He is survived by his wife Nor Nadia Kamaluddin, 29, and two children, Nur Medina Aisyah, three and Muhammad Meqa Al Asyraf, one. Meanwhile in PASIR MAS, the remains of another fallen firefighter Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, were laid to rest at the Kampung Kubang Terap Muslim Cemetery here today. Van carrying his remains from the Shah Alam Fire and Rescue Station arrived...

Polis tahan pasangan bersama dadah RM1.5 juta

GEORGE TOWN -- Polis Pulau Pinang menahan suami isteri yang merupakan pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta serta tiga pucuk pistol dalam dua serbuan di Bukit Dumbar, di sini pada Isnin. Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Roslee Chik berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak dua minggu lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dalam sebuah kereta di Bukit Dumbar pukul 11.20 malam Isnin dan merampas sejumlah dadah yang disembunyikan dalam kenderaan itu. "Susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu rumahnya juga di Bukit Dumbar pada 2.30 petang Selasa dan menahan isterinya yang berumur 43 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu sebanyak 21,268 gram (g), 21,700 biji pil kuda (wy), 40 biji pil eramin 5 dan 4g syabu. "Polis turut merampas tiga pucuk pistol serta 81 butir peluru hidup daripada pasangan itu dan berdasarkan siasatan, mereka memperoleh senjata api tersebut daripada sind...

Universiti awam kini berstatus autonomi

KUALA LUMPUR -- Kesemua 20 universiti awam (UA) di negara ini kini berstatus  autonomi selepas enam UA terakhir menerima watikah autonomi daripada Kementerian Pendidikan pada Khamis Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata status autonomi memberikan  kuasa  kepada  Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Lembaga Gabenor Universiti masing-masing  membuat apa juga keputusan. “Autonomi adalah penurunan kuasa yang membolehkan universiti bergerak dengan berkesan bagi mencapai kecemerlangan dan memperkasakan institut pengajian tinggi awam ke peringkat dunia. “Status autonomi juga membolehkan universiti Iebih fleksibel dalam membuat keputusan bagi menentukan hala tuju mereka termasuk dari segi kewangan dan pengurusan sumber manusia,” katanya. Menurut kenyataan itu, meskipun UA mempunyai kuasa untuk mengurus...

Setiap pagi adalah bonus - Siti Hasmah

KUALA LUMPUR -- Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini menasihati rakyat di negara ini agar menganggap setiap hari sebagai suatu ‘bonus’ dan menghabiskan hari- hari  tersebut dengan melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Dr Siti Hasmah, 92, berkata setiap orang perlu sentiasa berterima kasih dan bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa bagi kehidupan yang dikurniakan kepada mereka.  “Hari ini kita boleh buka mata setiap pagi… setiap pagi adalah bonus bagi kita... selagi Allah rahmati kita dengan bonus yang kita peroleh pada setiap pagi, ia bermakna kita ada lebih (masa) untuk melakukan perkara-perkara baik,” katanya semasa merasmikan Hari Warga Emas Sedunia 2018 di Pusat Perubatan  Universiti  Malaya. Beliau juga...

The longest name in Malaysia, Princess...

PUTRAJAYA --.Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian is the longest name in Malaysia, according to the National Registration Department (JPN)  records. JPN director-general Datuk Mohammad Razin Abdullah said according to its records, the most popular name for males was Ismail (72,157 people) followed Ahmad (57,914) and Abdullah (47,989). For females, they were Fatimah (74,605  people) , Zainab (41,450) and Azizah (34,114), he said at the department’s Innovation Day 2018 celebrations here today. According to the departments records, as of June 30, 2018, the total number of MyKad holders stood at  22,664,773 of whom 19,322,409 had switched to the latest version, while 3,247,589 had not, 81,250 are still holding the Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) and 13,525 Kad Pengenalan Pertama (KPP). He urged all those not having switched to the latest version to do so without delay.