Skip to main content

Posts

Showing posts from October 7, 2018

Calon PAS mahu jadikan PD hab Musang King

PORT DICKSON -- Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Mohd Nazari Mokhtar berhasrat menjadikan daerah itu sebagai hab pengeluaran durian Musang King terkemuka di Asia sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 13 Okt ini. Pengusaha tanaman durian Musang King di Kulai, Johor itu juga mahu menjadikan raja buah tersebut sebagai ikon baharu pelancongan di Port Dickson. Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu, berkata perancangan berkenaan dilihat mampu menjadi tarikan terbaharu pelancong ke pusat peranginan berkenaan sekali gus dapat menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat. “Di sini (Port Dickson) banyak tanah tetapi tidak diusahakan dan sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pemimpin mereka, saya akan pastikan kawasan ini diusahakan dengan tanaman durian Musang King. “Kita boleh mewujudkan pakej pelancongan baharu merangkumi percutian ke pantai, melawat dusun-dusun  serta makan durian Musang King yang cukup digemari pelancong dar

Diskaun saman DBKl tak dapat sambutan

KUALA LUMPUR -- Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 Sept lepas.  Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kutipan itu amat mendukacitakan memandangkan kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan berjumlah RM100 juta. "Kami menyasarkan jumlah kutipan boleh mencecah sehingga RM100 juta namun amat mendukacitakan ia hanya berjaya mendapat RM2 juta sahaja meskipun sudah diberi diskaun sejak 1 Sept," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Flag Off' 'Kuala Lumpur Car Free Morning'. Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion. Berdasarkan itu, DBKL mengambil inisiatif menawarkan kadar istimewa bagi bayaran saman tertunggak, bertujuan menggalakkan pesalah trafik menjelaskan kompaun m

Serbuan pegawai agama akan diteruskan - Tengku Abdullah

PEKAN -- Pahang akan teruskan usaha cegah maksiat seperti biasa, termasuk melalui serbuan ke kediaman atau premis lain seperti hotel bagi mencegah perlakuan tidak bermoral, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Titahnya, apa yang penting ialah sebarang tindakan penguatkuasaan tidak boleh dibuat secara melulu, sebaliknya perlu dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan undang-undang, seperti mendapat kelulusan polis dan pihak berkuasa tempatan. Baginda bertitah demikian ketika ditanya pemberita mengenai laporan media yang memetik kenyataan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam. "Itu pandangan menteri... tetapi di peringkat negeri khususnya Pahang kita akan teruskan (penguatkuasaan) dan diperhalusi serta lebih berhemah supaya kita dapat membendung jenayah syariah,” titahnya selepas

Bergaduh untuk aktifkan otak - Tun M

KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pergaduhannya dengan perdana menteri terdahulu antara faktor yang membuatkan otaknya aktif bekerja. Beliau berkata, “Saya bergaduh besar dengan perdana menteri terdahulu. Jadi setiap masa otak saya aktif memikirkan cara dan kaedah untuk menukar kerajaan. “adi apabila anda sentiasa berfikir, menggunakan otak anda, ini bermakna anda tidak akan menjadi pelupa, seperti yang anda dapat lihat pada orang tua,” ujarnya. Dr Mahathir berkata demikian pada “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi: Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti” di sini, hari ini yang turut dihadiri isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Third Age Media Cheah Tuck Wing. Beliau menjelaskan kemunculannya kembali dalam politik selepas bersara didorong oleh kehendak rakyat untuk menukar kerajaan dan pentadbiran sebelum ini bagi mendapatkan kehidupan lebih baik. Dr Mahathir memberitahu, “Dua minggu selepas saya bersara,  ora

Perlis bukan pusat fahaman radikal agama

AMMAN (Jordan) -- Semua pusat pengajian agama di Perlis perlu melalui proses tapisan keselamatan terhadap pengambilan pelajar dan tenaga pengajar serta disahkan ‘bersih’ oleh Polis. Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Ketua Polis Negeri (CPO) sendiri dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri.  “Saya kerap bertanya kepada CPO mengenai pelajar di pusat-pelajar pengajian ini khususnya dari negara asing. Setelah polis mengesahkan barulah kita benarkan mereka," katanya. Kenyataan beliau dibuat berkaitan laporan berita mengenai penahanan lapan lelaki termasuk tujuh warga asing dalam operasi Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, pada 24 Sept lepas. Mereka disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan. Lapan suspek itu terdiri daripada enam pelajar warga asing, seorang bekas pelajar warga tempatan dan seorang beka

Abuya nak sujud...

KUALA LUMPUR -- “Abuya nak sujud,” itu merupakan permintaan terakhir Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari sebelum keadaan kesihatannya merosot pada Sabtu lepas. Anak Allahyarham, Datuk Mohd Zain Hassan berkata selepas Allahyarham meminta untuk sujud beliau sudah tidak boleh bercakap dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan. “Saya dan abang Abdul Rahman bantu arwah untuk sujud dalam 15 minit… arwah kata dia minta ampun kepada Allah  dan bersyukur umur dia panjang, ada keluarga dan anak yang baik.  Itulah permintaan terakhir arwah kepada kami sebelum tidak boleh bercakap pada hari Ahad,” katanya kepada pemberita di kediaman bapanya di Keramat. Hassan, 90, tokoh agama terkenal negara meninggal dunia akibat  kanser limfoma kira-kira 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur. Mohd Zain berkata mereka sekeluarga mula mengetahui mengenai penyakit kanser bapanya pada Ogos lepas. “Arwah ada demam sebelum kelenjarnya bengkak... selepas membuat

Balasungkawa untuk agamawan terbilang negara

KUALA LUMPUR -- Negara pada Sabtu kehilangan permata dalam bidang keagamaan apabila tokoh terkenal Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira 5 petang. Hassan, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur setelah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lepas. Pemergian Hassan, yang dilahirkan di perkampungan Syi'ab Amir di Makkah, Arab Saudi, pada 18 Ogos 1928 tentunya amat dirasai bukan sahaja dalam kalangan anggota keluarga malah seluruh umat Islam  memandangkan jasanya yang besar dalam bidang tilawah Al-Quran di negara ini. Allahyarham Hassan adalah individu yang diberi penghormatan untuk melaungkan azan semasa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Bapa kepada 22 anak daripada tiga isteri itu bukan asing di kaca televisyen apabila menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran televisyen RTM pada 1970-an. Tiga isterinya ialah Allahyarhamah Puan Sri Sahara Abdul Samad, Maimunah Abdul Ghani d

Jenazah Hassan Azhari selamat dikebumi

SHAH ALAM -- Jenazah tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini, kira-kira 9.40 pagi. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat ke majlis pengkebumian itu. Turut hadir Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor, anggota  keluarga, saudara-mara dan ratusan rakan Allahyarham. Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan diimamkan oleh anak Allahyarham, Prof Madya Dr Abdul Rauf. Hassan, 90, meninggal dunia akibat  kanser limfoma kira-kira 5 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.  Beliau merupakan pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957. Allahyarham, yang juga bapa kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan pelakon Datuk Jalaluddin Hassan mempunyai 22 anak term

Anwar goes all out to win with big majority

PORT DICKSON -- The campaign for the Port Dickson parliamentary by-election intensifies as it enters the second week with a surprise announcement that Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad will be campaigning for Pakatan Harapan (PH) candidate Datuk Seri Anwar Ibrahim in Port Dickson on Monday. This will see Dr Mahathir and Anwar sharing the campaign stage for the first time in 20 years. “If he comes, this will be the first time I will be sharing a stage with him after 20 years and we will bring down the thunder in Port Dickson,” Anwar was quoted as saying during his campaign in Kampung Nelayan Telok Kemang here yesterday. Anwar, with his reputation as PKR de facto leader and former Deputy Prime Minister, is seen to have the advantage, with the PH election machinery led by ​​​​​Aminuddin Harun making sure that he attended between seven to 10 programmes daily to win the hearts of the voters. In fact, since the very first day of campaign, Anwar has never stopped reaching out to t

A 'terrible test' for Sulawesi resident

PALU CITY -- There seems to be a quiet calm in Patebo village. Until a week ago it was bustling with activity but  all that’s left now is an almost flattened area with a blanket of mud. Covering an area of 176 hectares, it was the main settlement for the residents of this city but  that was gone in the  blink of an eye after a Tsunami sealed its fate following a 7.5 magnitude earthquake. A victim, Abdullah Qassam, 31, said what happened at  Patebo was seen as a terrible test. "The earthquake was strong and suddenly a layer of thick black mud just enveloped the entire area. "The mud and water was five metres high and it came gushing into our homes causing severe destruction and death," he told. According to the National Agency for Disaster Management (BNPB) Indonesia, the number of victims of the earthquake and tsunami in Central Sulawesi had  risen to 1,571 people as of 6 pm yesterday. Abdullah, who lost his wife and sister  in the incident, said those w

Iceberg Lettuce dicemari bahan kimia beracun?

SINGAPURA -- Penguasa Agromakanan dan V eterinar (AVA) Singapura telah melarang pengimportan hasil segar dari ladang di Malaysia yang menghasilkan Iceberg Lettuce (sejenis salad) kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi, lapor The Straits Times hari ini. Pada 4 Okt, AVA telah mengarahkan pengimport untuk menarik balik produk berkaitan kerana ia telah mengesan tahap tinggi Fipronil, sejenis racun serangga, pada salad tersebut yang dihasilkan dari ladang di Malaysia. Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini. Laporan itu yang memetik kenyataan terkini berkata AVA juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa ia telah mengesan tahap Fipronil melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam produk tersebut. Laporan itu berkata AVA telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap ladang berkaitan yang tidak dinamakan. Produk makanan yang gagal dalam pemeriksaan AVA dan

Kajian mansuh hukuman mati pada peringkat akhir

SANDAKAN -- Kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Menurut beliau kajian tersebut dilaksanakan oleh pihak Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia. "Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang Rang Undang-Undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhkan atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Malam Mesra Integrasi Sosial Bersama Komuniti di Kampung Karamunting di sini, Sabtu malam.  Program itu anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan dibawah Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah AADK dengan kerjasama Rukun Tetangga Kampung Karamunting. Liew yang juga menteri berkai