Skip to main content

Posts

Showing posts from October 9, 2018

India seeks amnesty for its illegal workers

NEW DELHI -- India has sought an amnesty for its illegal workers in Malaysia so that they can either regularise their stay or return home, Human Resources Minister M. Kulasegaran said. The matter came up for discussion during a meeting between Kulasegaran and India's Minister of External Affairs Sushma Swaraj in New Delhi on Monday. Speaking to journalists here, Kulasegaran said he had informed the Indian minister that an independent committee is studying various issues related to foreign workers in the country and after it submits its report, Malaysia will look at "what best can be done" about the undocumented workers from India. On the issue of amnesty, Kulasegaran said: "We have no objection to that." There are some 150,000 Indian workers in Malaysia, but the minister didn't give an estimate about the number of those without proper documentation. Malaysia and India are expected to sign a memorandum of understanding on migrant...

Kerajaan akan kurangkan penglibatan dalam perniagaan

KUALA LUMPUR -- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan mengurangkan pembabitan langsungnya terhadap pemilikan ekuiti di dalam syarikat dan akan meletakkan kepada sektor swasta untuk menerajui ekonomi.   Katanya, kerajaan baharu percaya berhubung apa yang diperkatakan iaitu “urusan kerajaan adalah tidak terbabit dalam perniagaan” dan untuk itu, pada tahun-tahun mendatang akan menyaksikan program dilaksanakan bagi mempermudahkan sektor swasta mencapai potensi mereka.  “Kami akan mempermudahkan untuk sektor swasta dan mengurangkan pembabitan yang banyak oleh kerajaan  “Sebagai tambahan, kita juga akan secara beransur-ansur merealisasilkan nilai aset milik kerajaan dan menggunakan hasil ini untuk mengurang...

MRT2 workers in limbo

KUALA LUMPUR -- Workers involved in the underground portion of the Mass Rapid Transit 2 (MRT2) project connecting Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya are uncertain about their future on the project.  Muadh Mohd Nazlee, one of the project engineers affected, said so far, MRT Corporation has not issued any official stop work order on the project.  “We do not know whether to proceed with our work or to stop. All we know is that we have to be prepared for the worst and that all of us will have to look for work somewhere else,” he told Bernama.  On Sunday, Finance Minister Lim Guan Eng said the cabinet has decided to terminate MMC-Gamuda’s contract to build the underground portion of the MRT 2 project, adding that the unfinished work would be re-tendered via an international open tender process. Lim said the decision was part of a cost-saving exercise as the government would save RMM5.22 billion, or 23 per cent of MRT...

Tidak salah Anwar berjanji - PKR

PORT DICKSON -- PKR berpandangan bahawa janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa masuk pelaburan sebagai tidak melanggar peraturan pilihan raya. Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata janji itu bukan satu bentuk rasuah yang diberikan kepada individu atau kumpulan tertentu bagi mengubah atau mendorong mereka membuat sesuatu keputusan. “Ada satu laporan polis dibuat oleh calon Bebas yang mempertikai sama ada Anwar boleh mengumumkan projek-projek yang akan dibawa masuk ke Port Dickson selain menawarkan tuisyen percuma. “Setahu saya, berkait dengan isu sogokan atau rasuah, ia perlu bukti yang kukuh bahawa seseorang itu menerima sesuatu jumlah wang dan akibat menerima wang itu, maka mereka telah mengubah keputusan untuk mengundi individu tertentu,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK P...

Tidak ada sebab saya jadi ejen UMNO

PORT DICKSON -- Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan pembabitan beliau sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson adalah bagi mewakili UMNO. Bekas pengerusi Felda itu sebaliknya menegaskan keputusannya bertanding adalah disebabkan parti yang disertainya dahulu tidak meletakkan calon selain tidak bersetuju kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan dengan sengaja. "Kalau ada pihak yang menyatakan saya bertanding sebagai ejen UMNO, itu saya nafikan...untuk apa saya bertindak sebagai ejen UMNO… saya fikir, itu tidak betul. Tidak ada sebab saya menjadi ejen UMNO," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan bahawa walaupun beliau meletak jawatan dalam UMNO, namun penyertaan dalam PRK berkenaan sebagai calon Bebas seolah...

Dua disahkan mati makan laksa di Baling

ALOR SETAR -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan(JKN) Kedah mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, minggu lepas. Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dengan dua kematian  dilaporkan di Perak manakala 10 lagi  dilaporkan di Kedah. "Pada 6 Okt lalu, KKM telah menerima satu notifikasi daripada Hospital Gerik mengenai dua kes keracunan makanan dengan satu kematian dan siasatan lanjut mendapati tujuh kes lagi daripada satu keluarga yang tinggal di rumah yang sama mengalami gejala demam, cirit-birit, dan muntah. "Mereka dilaporkan telah memakan laksa pada 9.30 malam, 4 Okt lalu yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang, Baling pada hari yang sama pukul 5.30 petang," katanya dalam kenyataan hari ini....

Ketua penolong pengarah Mara didakwa terima rasuah RM3,000

KUALA LUMPUR -- Seorang ketua penolong pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas pertuduhan menerima rasuah RM3,000 daripada seorang peniaga berhubung penyambungan kontrak penyewaan lot niaga di sebuah pusat beli-belah, empat tahun lepas. Azmi Umar, 42, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa sebagai Pegawai Mara yang bertugas di Pejabat Mara Daerah Shah Alam telah secara rasuah bersetuju untuk menerima satu suapan daripada seorang peniaga Sarabano Noor Mohamed, 44  manakala untuk pertuduhan kedua, dia dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang RM3,000 daripada Sarabano. Ia  sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu untuk Panel Jawatankuasa Mara bagi meluluskan...