Skip to main content

Posts

Showing posts from October 12, 2018

Anwar 'menang' sebelum pengundian

PORT DICKSON -- Sabtu menjadi penentu kepada pertembungan tujuh penjuru Pilihan Raya Kecil (Port Dickson) namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah pun 'menang’ sebelum keputusan diumumkan. Sumber terdekat Anwar berkata persepsi dan sokongan rakyat Port Dickson terhadap pemimpin berusia 71 tahun itu sangat positif sepanjang 12 hari berkempen dan sudah pasti boleh mengekalkan kerusi PKR di Parlimen Port Dickson atas nama gabungan Pakatan Harapan (PH) namun isunya ialah majoriti undi yang bakal diperoleh. "Beliau seorang yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan… kalau majoritinya setakat 200 ke 300 tidak elok untuk imej beliau,” kata sumber berkenaan. Pandangan itu disokong kuat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, M. Ravi yang menyifatkan kerja keras mereka pada minggu terakhir ini bukanlah untuk meletakkan Anwar yang disifatkannya telah pun menang, sebaliknya untuk meningkatkan majoriti bekas Timbalan Perdana M...

PD all set for polling Saturday

PORT DICKSON -- Polling is tomorrow in the Port Dickson parliamentary by-election, and the Election Commission (EC) expects a 70 per cent  turnout from the 68,317 registered voters in the much-anticipated seven-cornered fight. The result is expected to be announced at 10 pm tomorrow at the Port Dickson Municipal Council hall here.  A total of 1,403 Election Commission (EC) staff will be assigned to the 32 polling stations with 154 polling streams that will be open from 8 am to 5.30 pm. The EC has also advised voters in Port Dickson to check their polling information via MySPR Semak or on the EC portal. They can also call 03-88927018 or send an SMS to 15888. Up to 800 policemen have been deployed to ensure that the voting process and other aspects of safety and traffic flow are smooth and running throughout the constituency. The polling will be witnessed by the agents of the respective candidates at the various polling stat...

ERC tegur kempen Anwar

PORT DICKSON -- Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berpendapat beberapa perkara dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya berlaku. Pengerusi jawatankuasa itu,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata antara perkara itu adalah majlis jamuan percuma, menteri berkempen dengan membuat janji serta kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Perdana Menteri. "Ada dua menteri yang datang berkempen di sini membuat janji dan perkara itu sepatutnya tidak boleh, mereka sepatutnya boleh membuat pengumuman atau janji di luar waktu berkempen. "Kemudian ada majlis jamuan percuma oleh badan bukan kerajaan atau badan korporat yang menganjurkan majlis bagi pihak calon, itu tidak boleh dan menjadi kesalahan di bawah peraturan pilihan raya," katanya dalam sidang media. Abdul Rashid, yang juga...

All campaign activities must stop by midnight tonight.

PORT DICKSON -- The Election Commission (EC) has reminded the seven candidates for the Port Dickson parliamentary by-election that all their campaign activities must stop by midnight tonight. In fact, EC deputy chairman Tan Sri Othman Mahmood said that all forms of campaign or vote fishing activities were not allowed during the polling day tomorrow. “No one is allowed to fish for votes tomorrow, either outside the polling centres or through social media platforms such as Facebook, Twitter, Instagram and the likes of it. We hope everyone will adhere to the election regulations and code of ethics during the by-election here tomorrow to ensure public order. “Action will be taken against any violation of the laws,” he told reporters after checking the final preparation for the by-election here today. The Port Dickson by-election tomorrow involves a total of 1,403 EC staff manning 154 channels at 32 polling centres which will open at 8 am to ena...

PAS view can't regarded as defiance against King

PORT DICKSON -- The PAS view of Datuk Seri Anwar Ibrahim being ineligible to contest the Port Dickson parliamentary by-election cannot be regarded as defiance against the Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, said PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan. He said PAS does not deny the full pardon granted by Sultan Muhammad V to Anwar under Article 42 of the Federal Constitution but sees the Election Commission (EC) failing to interpret the eligibility of the PKR president-elect to contest the by-election. “I believe the Yang di-Pertuan Agong has acted in accordance with the law under Article 42 of the Federal Constitution. The question is whether Anwar received a free pardon under Article 48 of the Federal Constitution? “PAS is voicing its objection over this legal issue to the EC. If the EC cannot provide a clear interpretation (of Anwar’s eligibility to contest under Article 48 of the Federal Constitution), then the EC should refer...

Polis rampas kontraban terbesar bernilai RM9 juta

MERSING -- Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket penyeludupan kontraban berpusat di daerah ini dengan merampas sejumlah rokok dan kenderaan bernilai RM9 juta dalam beberapa serbuan di negeri ini, Rabu. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit  Aman Komisioner Polis Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini merupakan rampasan kontraban terbesar di Malaysia setakat ini serta melibatkan penahanan ramai suspek iaitu seramai 23 orang. Pada serbuan melibatkan sebuah kilang di Felda Tenggaroh 2, Mersing; sebuah rumah kediaman di Taman Johor Jaya, Johor Bahru; dan sebuah kilang di Nusajaya, Iskandar Puteri, pihaknya  turut  merampas 1,332 kotak rokok seludup pelbagai jenama, lima buah...

Hukuman mati yang padan untuk pengedar dadah

KUALA LUMPUR -- Hukuman mati adalah hukuman terbaik untuk kesalahan membabitkan pengedar dadah yang didapati bersalah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh. Beliau berkata pihaknya akan sentiasa mencadangkan hukuman maksimum dalam kes pengedaran dadah sekiranya hukuman mati dimansuhkan.  "Secara peribadi saya berpendapat hukuman mati adalah hukuman terbaik bagi kesalahan berkenaan kerana pengedar dadah secara perlahan-lahan membunuh ramai penagih yang membeli dadah daripada mereka. "Bagaimanapun sebagai polis, kita patuh sahaja undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen namun polis akan sentiasa meminta hukuman maksimum untuk pengedar dadah," katanya pada sidang media. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini yang dilaksanakan pihak Peguam Negara, lapor Bernama. Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana M...

Pemandu lalok akibatkan lima rentung

KUALA KANGSAR -- Seorang pemandu treler dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Jumaar atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima mangsa pada 6 Okt lepas. Mohd Zaidi Di, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad. Mengikut pertuduhan, bapa empat orang anak itu memandu treler di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu sehingga menyebabkan kematian tiga wanita, seorang lelaki dan seorang bayi lelaki.  Dalam kejadian di Km 255.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Kuala Kangsar pada pukul 11.47 pagi itu, lima mangsa rentung iaitu Yew Poi Shy, 37, Teo Wee Tatt, 46, Shaw Swee Me, 42, Lee Len Ying, 60, dan Yew Yi Chin, 1 tahun. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah...

Tidak mungkin ada lebuh raya tanpa tol - Tun M

BALI -- Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak  bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan. "Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar." "Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu,  untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol," katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin  ASEAN di sini pada Khamis. Perhimpunan itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia bertemakan  "Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan...

Two die, seven injured in accident on NKVE

KUALA LUMPUR -- Two people died and seven others were injured in a road accident involving three lorries and a car early today on the North Klang Valley Expressway (NKVE), according to the police. Petaling Jaya District Police chief ACP Mohd Zani Che Din said a man and a woman were killed in the accident that occurred at 3.50 am, and caused a massive traffic congestion in both directions on the NKVE. The injured people were taken to the Sungai Buloh Hospital and the Universiti Malaya Medical Centre, he said. Mohd Zani said details of the accident will be provided later. He advised road users to avoid the NKVE stretch between the Subang and Damansara exits. The Malaysian Highway Authority had tweeted that traffic had built up to 10 kilometres in the morning rush hour on either side as work progressed to clear the highway of the vehicles and debris.

Bayi hentian sebelah dinamakan Muhammad Rizqy Sofiy

KUANTAN -- Bayi yang ditemui ditinggalkan di dalam tandas wanita di Hentian sebelah Lanchang, Temerloh Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) pada pagi Selasa lalu dinamakan Muhammad  Rizqy Sofiy. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata nama berkenaan membawa maksud kurniaan atau rezeki Allah yang lembut. "Bayi seberat 2.76 kilogram itu kini masih lagi dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini dan dinamakan Muhammad Rizqy kerana rezekinya ditemui cepat oleh orang awam membolehkannya diselamatkan dengan segera. "Walaupun bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat, namun dia masih menerima rawatan antibiotik kerana kita tidak tahu di mana dia dilahirkan dan dikhuatiri mengalami jangkitan kerana tali pusatnya juga tidak dapat dipastikan dipotong dengan menggunakan peralatan yang bersih atau tidak," ka...

Umat Islam dilarang sertai pesta arak Miri

MIRI -- PAS Sarawak hari ini menggesa kaum muslim supaya menjauhi festival bir yang sedang berlangsung di pantai Coco Cabana di sini mulai Khamis sehingga Ahad. Pesuruhjaya PAS Selangor Jofri Jaraiee berkata festival itu akan membawa lebih banyak keburukan  daripada kebaikan kerana ia boleh membawa kepada banyak masalah sosial bukan sahaja kepada mereka yang menghadiri festival itu, malah juga kepada orang ramai. “Contohnya apabila mabuk, mereka mulai hilang pertimbangan, bergaduh sesama sendiri dan boleh membawa kepada kemalangan jalanraya apabila memandu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Tambahan pula katanya festival bir di bandaraya Miri itu tidak selaras dengan adat dan budaya penduduk tempatan, terutama kaum Muslim, dan minuman itu bukan hanya...

Bedah siasat jenazah Nazrin akan berlanjutan

KUALA LUMPUR -- Proses bedah siasat jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan masih dilanjutkan sehingga kini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat. Beliau berkata pihaknya masih menunggu pakar patologi menyelesaikan proses bedah siasat sebelum jenazah dapat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara dekat sini. “Proses bedah siasat telah dilanjutkan jadi kita akan menunggu sehingga  ahli patologi selesai bedah siasat (ke atas jenazah) untuk dikebumikan,” katanya. Fadzil berkata beliau tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan dilanjutkan setakat ini. “Saya tidak tahu lagi sehingga bila. Bila pakar patologi selesailah,” katanya, lapor Bernama. Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata jenazah Nazrin akan dikebumikan semula esok (Jumaat) selepas proses bedah siasat kali kedua itu dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya ...

Kerajaan perlu sahkan barang kemas RM60 juta dirampas polis

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan kerajaan memfailkan afidavit untuk mengesahkan sama ada 44 unit barang kemas bernilai US$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang dikatakan dihantar kepada Datin Seri Rosmah Mansor oleh syarikat menjual barang kemas di Lubnan , telah dirampas oleh polis. Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin mengeluarkan perintah itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Izham Marzuki, yang mewakili kerajaan, memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada 44 unit barang kemas itu adalah sebahagian daripada 12,000 unit yang dirampas oleh polis dalam serbuan di premis-premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya mahu kerajaan untuk kembali dalam tempoh dua minggu bersama afidavit untuk mengesahkan sama ada 44 keping barang kemas telah dirampas oleh polis dan meminta defendan (R...

Sarawak, Sabah senada dapatkan semula hak dalam MA63

KUCHING -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal senada dalam perjuangan untuk mendapatkan semula hak dan kuasanya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perkara itu dinyatakan oleh kedua-dua pemimpin dalam sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini, Khamis. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah beberapa anggota Kabinet negeri Sabah dan Sarawak termasuk Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, Tan Sri Dr James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. “Kepentingan kita (Sabah dan Sarawak) adalah sama apabila kita menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan sudah tentu senada mahu supaya hak dan kuasa kita dikembalikan,” kata Mohd Shafie. Beliau berkata sudah tiba masanya kedua-dua negeri bersepakat untuk membolehkan suara dan aspirasi rakyat kedua-dua negeri dide...

Demi TPM, hujan pun diredah

PORT DICKSON -- Biarpun kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedikit lewat dari jadual ke program forum di Masjid Kariah Teluk Kemang di sini, jemaah tetap setia menanti kehadirannya. Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sepatutnya tiba pada pukul 9 malam, terlewat hampir satu jam berikutan jadualnya yang padat selain faktor hujan lebat yang melanda Port Dickson sejak siang tadi. Seorang jemaah, Mohd Ridhwan Rosli, 24, berkata beliau sanggup berpayung meredah hujan dari rumahnya ke program itu untuk melihat Presiden PKR itu secara dekat. "Saya sangat teruja...sebab tak semua orang berpeluang jumpa beliau, jadi saya tak nak lepaskan peluang tengok dia depan mata," katanya. Penduduk, Sarimah Nurin Abas, 53, kagum dengan sikap pemimpin nombor dua negara itu yang tetap hadir ke program itu biarpun berdepan kekangan masa. "Saya amat kagum dengan beliau...walaupun jadual padat dan terpaksa h...