KUALA LUMPUR -- “Di hati kecil kamu, hanya kamu yang tahu apa berlaku dan hanya kamu tahu apa kecederaan yang berlaku pada anak kamu. Maka bertaubatlah,” nasihat hakim Mahkamah Tinggi kepada bapa yang mengaku bersalah meliwat, melakukan seksual fizikal dan merogol anak kandung perempuannya. Hakim Datuk Azman Abdullah berkata perbuatan yang dilakukan bapa berusia 37 tahun itu tidak boleh diterima dilakukan oleh seorang manusia kerana haiwan juga tidak melakukan perbuatan keji seperti itu. Beliau menasihati lelaki itu selepas membenarkan rayuan lelaki itu selaku perayu terhadap hukuman penjara 48 tahun atas 623 tuduhan jenayah seksual yang dijatuhi Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya pada 8 Sept, 2017. Bagi 623 pertuduhan itu, Hakim Azman mengurangkan hukuman penjara tertuduh dari 48 tahun kepada 40 tahun dan mengekalkan jumlah sebatan rotan iaitu 24 sebatan yang dikenakan Mahkamah J...