TAIPING -- Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan soal penerimaan darjah kebesaran oleh pemimpin parti itu, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng. Beliau berkata tindakan menerima darjah kebesaran tersebut tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu sekali gus akan memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan di negara ini. “Saya tidak mahu apa yang saya sebutkan ini sebagai tanda tidak hormat kepada mana-mana kerajaan negeri (yang mengurniakan darjah kebesaran) tetapi kenapa pemimpin kita perlu terima pada tahun pertama (mentadbir), tunjukkan prestasi berkhidmat untuk rakyat terlebih dahulu. “... kalau ini menyinggung mana-mana pihak di luar parti saya minta maaf kerana saya rasa ini amat penting kerana DAP tidak pernah kejar jawatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak yang dihadiri 1,303 perwakilan. Turut hadir Naib Penge...