Skip to main content

Posts

Showing posts from October 17, 2018

Ang Pow Divali tidak betul - MB Negeri Sembilan

PORT DICKSON -- Isu pemberian ‘Ang Pow Divali Pakatan Harapan’ (PH) kepada masyarakat India di Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Aminuddin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM200 kepada masyarakat India di negeri ini.  “Pihak kami menafikan perkara ini,  bagaimanapun kita ada inisiatif lain untuk menyalurkan sumbangan sempena perayaan Deepavali nanti. "Kerajaan negeri akan mengadakan bazaar Deepavali bermula bulan hadapan di Little India, Seremban sehingga tibanya perayaan Deepavali. "Hasil keuntungan jualan dari bazaar tersebut akan disumbangkan kepada 61 buah sekolah Tamil di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan 2018. Dalam majlis tersebut Aminuddin turut menyampaikan enam kategori Anugerah Insan Ter

TLDM perlukan helikopter antikapal

LUMUT -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dilengkapkan dengan  helikopter  canggih termasuk yang mempunyai teknologi antikapal selam bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara dalam keadaan terbaik. Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata perkara itu wajar diberi perhatian kerana kapal serta kapal selam negara asing menggunakan teknologi terkini serta canggih sehingga memerlukan TLDM mempunyai aset yang hebat untuk membuat pemantauan dari udara.  Selain itu, katanya penambahan aset helikopter itu juga perlu kerana TLDM hanya mempunyai 12 helikopter jenis Super Lynx dan Fennec yang dilihat tidak mencukupi bagi mengawal perairan negara yang luas termasuk perairan Sabah dan Sarawak.  “Kita boleh lihat di Laut China Selatan dan rantau-rantau lain, banyak negara telah dilengkapi dengan kapal selam dan kita memerlukan keupayaan helikopter yang mempunyai teknologi anti kapal selam untuk menjejakinya. “Kita belum mem

Terima gelaran Datuk sebab hormat TYT

MELAKA -- “Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob,” kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View. “Penganugerahan tersebut adalah satu penghargaan daripada Yang Dipertua Negeri Melaka atas jasa dan sumbangan yang saya berikan kepada kerajaan negeri dan saya menghargainya,” kata Tey kepada pemberita. Tey yang juga anggota Exco bagi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar berkata beliau bagaimanapun akur dengan arahan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sekiranya diminta untuk menyerahkan kembali pingat tersebut yang membawa gelaran Datuk. Katanya sehingga kini, beliau belum menerima sebarang arahan daripada pusat untuk berbuat demikian. Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka “sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada

Pemimpin DAP diingatkan jangan kejar pingat dan gelaran

KUALA LUMPUR -- Pemimpin DAP diingatkan supaya terus mengekalkan budaya dan pendirian parti untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengharap atau mengejar sebarang bentuk penghargaan. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sekiranya wakil rakyat DAP mahukan penghargaan, ia harus datang daripada rakyat sendiri yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan mereka. “Kita nak fokus kepada rakyat. DAP tak mahu melihat kita menjadi macam Barisan Nasional (BN) yang dilihat ada banyak yang terkejar-kejar nak jadi Datuk. Saya tak jadi Datuk tapi saya telah jadi pemimpin DAP selama ini. Itulah mesej yang kita nak sampaikan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pengurniaan pingat dan darjah kebesaran kepada anggota parti itu dari Sabah dan Melaka baru-baru ini. “Kalau nak jadi seorang ahli politik yang rakyat percaya, yang penting kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat. Kita amat hargai pingat

Maut dibaham sang bedal ketika menjala udang

DARO -- Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan gigitan di kaki dan badan dipercayai oleh buaya di Sungai Kabang dekat Kampung Sawai di sini tengah hari tadi. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat mangsa Maznah Moh, 39 ditemukan oleh penduduk-penduduk kampung yang keluar mencari beliau apabila mendapati perahu yang dinaikinya hanyut di sungai. “Mangsa telah ditemui penduduk kampung dan disyaki dibaham buaya kerana terdapat kesan-kesan gigitan pada badan mangsa. Mayat mangsa telah dibawa pulang ke rumah untuk tindakan selanjut,” katanya. Mangsa dikatakan telah keluar berseorangan untuk menjala udang di sungai itu sekitar pukul 9 pagi. Apabila perahunya ditemukan hanyut, penduduk kampung terus keluar mencari mangsa sehingga ditemukan sekitar pukul 12 tengah hari,” katanya. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah di Sibu dikejarkan ke kampung tersebut untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Maafkan Kami, Anakku Sazali...diisytihar warisan kebangsaan

KUALA LUMPUR -- Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan antara 255 butiran warisan yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018. Antara lagu malar segar yang tersenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa.  Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia  Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018. "Pada petang ini saya mengisytiharkan sejumlah butiran warisan sebagai Warisan Kebangsaan dan apa yang istimewa ialah hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan khususnya lagu-lagu ciptaan beliau," katanya.  Butiran lain yang diisytiharkan kali ini adalah 24 tapak warisan, 225 objek warisan serta enam tokoh orang hidup, lapor Bernama. Beliau berkata kepentingan untuk mewartakan warisan ini akan memberi impak positif melangkaui pelbagai peringkat dan lapisan ma

Government considering remove Bernas monopoly

 KUALA LUMPUR -- The government is considering removing by 30 per cent next year the monopoly of Padiberas Nasional Bhd (Bernas) on rice supply in the country to enable other industry players to enter the market, the Dewan Rakyat was told. Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Salahuddin Ayub said this was one of the proposals the ministry had received to provide a “soft landing” for Bernas which will see the end of its concession in 2021 when there will be no more monopoly. The government does not want to be hasty in introducing a new model to replace Bernas because of the question of national food security, he said when replying to a question from Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) who wanted to know whether the government proposed to have a new National Padi and Rice Authority to take over from Bernas. “Our vision is not just to establish another body to replace Bernas; it is much far-sighted. The issue of food is a national security issue. As such, clear

Sekadar pandangan peribadi Tony Pua

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pengangkutan tiada rancangan untuk menggantikan perkhidmatan bas perantara dengan perkhidmatan e-panggil di stesen-stesen MRT. Menterinya Anthony Loke menyifatkan pengumuman oleh setiausaha politik Menteri Kewangan Tony Pua mengenai perkara itu adalah sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata. “Bagi pihak kementerian, kami tiada rancangan untuk menghentikan perkhidmatan bas perantara itu buat masa ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Loke menambah, kementerian sedang mengkaji untuk mengintegrasikan perkidmatan itu dengan perkhidmatan bas yang lain dan berharap dapat mengeluarkan pas bulanan bagi perkhidmatan itu secepat mungkin. Dilaporkan para pengusaha syarikat teksi tidak berpuas hati dengan pengumuman Pua yang mengatakan kerajaan sedang berunding dengan syarikat e-panggil Grab untuk menyediakan perkhidmatan kepada pengguna MRT. Terdahulu, lebih 100 pemandu teksi berkumpul di Kementerian Kewangan di Putrajaya 

JDT masih boleh ditewas - Irfan

KUALA NERUS -- Misi menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua di Larkin Sabtu ini bukan satu perkara mustahil kerana pasukan itu bukanlah 'kebal' sepenuhnya. Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau mengiktiraf JDT sebagai pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia (M) musim ini namun mereka masih boleh ditewaskan dengan strategi dan taktikal permainan yang betul. "Kelebihan satu gol ini sebenarnya besar dan juga kecil. Begitu juga dengan 90 minit yang berlangsung itu juga lama dan tidak lama.  Jadi pemain harus mempunyai disiplin diri yang tinggi di Larkin nanti untuk kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir nanti insya-Allah. "Peluang sekarang adalah 50-50 kerana kelebihan JDT bermain di 'rumah' sendiri sementara TFC mempunyai kelebihan satu gol," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, di sini. TFC menumpas

Pengedar dadah tegar tak pernah serik ditahan

SEREMBAN -- Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ke-15 dalam serbuan di tepi jalan persimpangan Taman D’Pinggiran Kota Lukut, Port Dickson dekat sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ketika serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pukul 9.30 pagi itu, suspek yang duduk di atas motosikal telah bertindak mencampakkan barangan disyaki dadah ke atas rumput berhampiran jalan. “Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menemui 10 paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kelabu disyaki dadah berbahaya jenis heroin. “Suspek yang berusia 50an itu merupakan pengedar tegar ekoran telah ditahan sebanyak 15 kali  oleh pihak polis dan kini suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan. Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 25 tahun yang terlibat dalam kes samun warga Pakistan di jalan Rumah Rakya