Skip to main content

Posts

Showing posts from October 18, 2018

Janji Tun M untuk Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa pembangunan di Sabah dan Sarawak akan diberikan keutamaan bagi memastikan kedua-dua negeri itu berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan ​​(PH) akan mengoptimumkan segala sumber asli serta mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada. “Satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula serta memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11( RMK-11) (2016-2020), Keutamaan dan Penekanan Baharu di Dewan Rakyat. Perdana Menteri berkata kerajaan melalui pelaksanaan baki tempoh RMK11 –  iaitu dokumen dasar pertama kerajaan PH sejak memenangi Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lepas, juga akan mempertingkatkan  kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan

Dihukum penjara tiga bulan pukul isteri

KUALA LUMPUR -- Seorang peniaga dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret kerana  memukul isterinya, lapan hari lepas. Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nur Ariffin, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Muhammad Nur didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang berumur 25 tahun itu di sebuah apartment di  Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 malam, 10 Okt lalu. Pertuduhan  mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman penjara sebagai pengajaran selain mengambil kira mangsa merupakan seorang wanita. “Wanita dan isteri sepatutnya dilindungi bukannya untuk dicederakan,” katanya.  Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman r

Kerajaan Terengganu tak campur tangan larangan ke atas Dr Maza

KUALA TERENGGANU -- Kerajaan Terengganu tidak akan campur tangan berhubung  larangan yang pernah dikeluarkan terhadap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengadakan ceramah di Terengganu.  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berautoriti iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk membuat keputusan terbaik berkaitan perkara itu setelah larangan dikeluarkan sejak Julai 2016. "Setakat ini, saya tiada maklumat baharu tentang senarai hitam penceramah di Terengganu dan saya rasa keterbukaan kerajaan negeri setakat ini berasaskan kepada suasana yang ada. "Namun kerajaan negeri serahkan perkara ini kepada pihak beratutoriti untuk membuat keputusan mengenainya kerana mereka sudah tentu menyelidik dan menyiasat sesiapa sahaja penceramah bagi memastikan adanya kesatuan pemikiran dan tidak

Tempoh khidmat PM, MB dan KM dihadkan kepada dua penggal

KUALA LUMPUR -- Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir ketika membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020: Keutamaan dan Penekanan Baharu berkata selain itu, Perdana Menteri juga tidak dibenarkan untuk memegang porfolio lain. Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada keutamaan dan penekanan baharu dalam mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam. Dr Mahathir berkata peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga diasingkan supaya diurus oleh dua individu yang berlainan untuk mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat. Bagi menambah baik sistem pilihan raya pula, Perdana Menteri berkata had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang b

Zahid enggan diikat jamin

PUTRAJAYA -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya bagi membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.  Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan SPRM.  “Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad Zahid) akan di sini sampai esok pagi dan dari sini (Ibu Pejabat SPRM) pergi ke mahkamah  (Kuala Lumpur),” katanya.  Ditanya mengenai perasaannya, Hamidah berkata : “Saya ok”.  “Dulu, masa dia (Ketua) Pemuda UMNO, dia ditahan 10 hari (di bawah ISA),.. jangan bimbang, doakan untuknya,” kata Hamidah.  SPRM hari ini memaklumkan penahanan Ahmad Zahid berhubung kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan, lapor Bernama. Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 da

Akhirnya Bung Mokhtar mohon maaf terlanjur ucap "fuck you"

KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat permohonan maaf atas perbuatannya menggunakan perkataan kurang sopan pada persidangan Dewan Rakyat, Ogos lalu. Beliau mengakui perbuatannya itu sebagai 'unparliamentary' dan melanggar Peraturan Mesyuarat 36 (4). "Saya amat kesal dengan ungkapan tersebut dan sesungguhnya saya dengan suci hati memohon maaf kepada Yang Dipertua dan kepada dewan yang mulia ini terutama sekali ahli-ahli Parlimen wanita," katanya selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Beliau turut memberi jaminan tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa depan. Bung Moktar mengeluarkan perkataan tidak sopan 'f*** you!' ketika perbahasan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 pada 7 Ogos lepas. Permohonan maaf itu kemudian diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang berharap kesemua anggota Parlimen dapat berbahas dengan berkualiti dalam usaha menjadikan Parlimen Ma

Alternatif ringankan beban tol dicari

KUALA LUMPUR -- Kerajaan sedang mengkaji alternatif terbaik bagi mengurangkan beban rakyat berhubung isu tol, selepas penghapusannya ditangguhkan. Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata ini termasuk cadangan merendahkan kadar bayaran tol, mewujudkan kadar sama rata dan memberi diskaun tertentu pada waktu bukan puncak. “Mungkin juga kita tidak akan naikkan harga tol untuk tempoh tertentu, ini dalam perbincangan buat masa sekarang,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan tambahan Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk pastikan tol dihapuskan sebagaimana janji Pakatan Harapan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14. Baru juga sekali lagi menegaskan bahawa secara dasarnya kerajaan telah memutuskan bahawa tol tidak akan dihapuskan sehingga keadaan kewangan negara distabilkan ke peringkat ‘sihat’. Menjawab soalan asal Muslimin mengenai jumlah tol yang dicadang di lebuh raya West

Lima anggota SPR letak jawatan

PUTRAJAYA -- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood dan empat daripada lima anggota SPR akan memendekkan tempoh perkhidmatan berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan. Dalam satu kenyataan, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata kempat-empat anggota SPR itu ialah Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong. Azhar berkata seorang lagi anggota suruhanjaya iaitu Datuk K. Bala Singam masih meneruskan perkhidmatan beliau. Beliau berkata ia adalah selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan mengenai Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya, yang memperuntukkan Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.  “Keputusan pemendekkan tempoh perkhidmatan ini telah dicapai dan dipersetujui oleh mereka yang berkenaan dalam satu

15 penumpang terselamat tren bertembung

TANJUNG MALIM -- Sebuah tren komuter dan tren kargo berlanggar di Platform 2, Stesen Tanjung Malim pada  pukul 6.02 pagi ini. KTM Berhad dalam satu kenyataan memberitahu tren kargo dengan muatan 30 gerabak, dalam perjalanan dari Stesen Jalan Kastam ke Ipoh Cargo Terminal (ICT) Ipoh manakala tren komuter memulakan perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Pelabuhan Klang, dijadualkan berlepas pada pukul 6.05 pagi. Katanya seramai 20 penumpang di dalam tren komuter semasa insiden berlaku namun hanya lima penumpang mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Kecil Tanjung Malim. “Lima belas penumpang yang terselamat telah dipindahkan ke tren komuter lain untuk meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral,” katanya. Rentetan perlanggaran itu, perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi Sektor Utara akan mengalami kelewatan perjalanan di antara 10 hingga 15 minit. “Perkhidmatan tren komuter pula mengalami gangguan perjalanan bagi laluan Tanjung Malim-K

Bekas MB Melaka tarik balik saman terhadap Mat Sabu

KUALA LUMPUR -- Kes  saman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung dakwaan memfitnah beliau melakukan kesalahan seksual selesai hari ini selepas menteri itu menarik balik kenyataannya. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi  Datuk Aliza Sulaiman merekodkan penyelesaian itu selepas kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian semasa pengurusan kes tersebut. Prosiding di dalam kamar hakim itu dihadiri oleh peguam Nasar Khan Mirbas Khan yang mewakili Mohamad, manakala peguam R.Roshini bertindak bagi pihak Abdul Rahim. "Pihak defendan iaitu Mohamad telah menarik balik kata-kata yang diadukan dan pihak plaintif iaitu Abdul Rahim telah menarik balik kes, tiada kos diperintahkan, kedua-dua pihak bertolak ansur," kata Nasar Khan ketika ditemui pemberita. Roshini turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa kedua-dua pihak mahu menyelesaikan kes itu. Pada 6

Pengetua cemerlang ditempatkan di sekolah berprestasi rendah

PUTRAJAYA -- Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah-sekolah harapan (berprestasi rendah) di seluruh negara di bawah program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan hari ini berkata kumpulan pertama pengetua tersebut akan berkhidmat selama tiga tahun di sekolah-sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah. "Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibantu oleh pensyarah pembimbing dari Institut Aminuddin Baki (IAB)," katanya. Kesemua pengetua terbabit telah menerima Watikah ProPeks Kohort 2018 daripada Maszlee pada satu majlis yang diadakan di IAB, Genting Highlands. Menyifatkan pengetua cemerlang terbabit sebagai "hero anak bangsa", Maszlee berkata penempatan mereka merupakan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk membawa perubahan kepada sekolah berprestasi rendah. Maszlee berkata pene

No awards for politician in conjunction with FT Day

KUALA LUMPUR -- The Federal Territories Ministry will not recommend politicians for awards in conjunction with Federal Territories Day next year, Minister Khalid Abd Samad said. The awards will be given to those who truly serve the community, such as educators, volunteers involved in humanitarian work and those who have brought fame to the country in the international arena, he said. He spoke to reporters after opening the annual general meeting of the World Energy Cities Partnership (WECP) here. Also present were Kuala Lumpur mayor Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan and WECP president and Halifax (Canada) mayor Mike Savage. Khalid said political leaders still have plenty of time to prove themselves in serving the community before they are selected to be honoured. “Let’s see their service and performance. If there is to be any recommendation, we leave it to those who are making the offer,” he said. Khalid, who is also the communications director of Parti Amanah