Skip to main content

Posts

Showing posts from October 19, 2018

10 masih lagi terperangkap dalam runtuhan

GEORGE TOWN -- Sekurang-kurangnya 10 lagi pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini dikhuatiri masih tertimbus  di bawah timbunan tanah runtuh. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata daripada jumlah itu, tiga mangsa memang disahkan tertimbus berdasarkan keterangan isteri dan rakan masing-masing. "Tiga yang disahkan tertimbus itu ialah dua lelaki Indonesia dikenali sebagai Bahktiar dan Sobri yang memang disahkan isteri mereka manakala seorang lagi adalah lelaki Myanmar yang disahkan rakannya. "Kami dimaklumkan terdapat tujuh lagi pekerja asing turut terperangkap dalam kejadian tanah runtuh itu, ini berdasarkan keterangan rakan-rakan mereka," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian. Dalam kejadian pukul 1.56 tengah hari itu, dua pekerja asing ditemukan mati manakala seorang la...

Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab kes tanah runtuh

GEORGE TOWN -- Penang Forum, gabungan kumpulan masyarakat sivil berkepentingan awam, berkata ia kesal dengan kegagalan pihak berkuasa untuk mencegah kejadian tanah runtuh hari ini di tapak projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus yang setakat ini telah meragut tiga nyawa. Anggota Penang Forum Dr Lim Mah Hui berkata alam semulajadi telah memberikan isyarat pada minggu lepas apabila 14 batang rasuk konkrit sepanjang 25 meter terjatuh ke lereng bukit tetapi tiada tindakan diambil. "Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini tetapi yang pasti ia menunjukkan wujud risiko apabila mengganggu alam semulajadi. Kini kita tahu kapasiti pemantauan kita amat lemah dan ini patut menjadi iktibar kepada kerajaan negeri dan selepas ini mereka tidak boleh lagi kata ia hanya kemalangan di tapak pembinaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di tempat kejadian tanah runtuh itu di Paya Terubong di sini. Kejadian tanah runtuh...

Two dies, at least 10 others buried alive

GEORGE TOWN, Oct 19 (Bernama) -- Two foreign workers died, one was injured and at least 10 more are feared to have been buried alive following a landslide today at a construction site of the paired road at Jalan Bukit Kukus in Paya Terubong near here. The two killed in the incident, which happened at 1.56 pm, have been identified as Indonesian Samsul Asman, 19, and Bangladeshi Attrul, 35, said Penang Fire and Rescue Department director Saadon Mokhtar.  He also said that three of the 10 believed to have been buried alive have been identified based on information from relatives and a colleague. They are Indonesians Bahktiar and Sobri, whose wives confirmed they were missing, and a Myanmar man whose disappearance was pointed out by a colleague. “We were informed that seven other foreign workers are also trapped in the landslide, based on information from their colleagues,” he said at a press conference at the site. Saadon said there were plent...

Syed Saddiq ambil bekas banduan bekerja di pejabatnya

SUNGAI BULOH -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya di kementerian berkenaan sebagai inisiatif untuk mengubah stigma dan pandangan negatif umum terhadap golongan itu. Beliau berkata bekas banduan terdiri daripada belia yang telah tamat menjalani hukuman itu akan berkhidmat dengannya dalam tempoh masa tertentu yang akan ditetapkan kemudian. Katanya, hasrat itu adalah satu permulaan kepada program kempen ‘Riben Kuning’ yang dilaksanakan kementeriannya bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan terutama belia, dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka. “Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementerian berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatkan di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka. “Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya ...

Court declares Equanimity belong to Malaysian government

KUALA LUMPUR -- The High Court here today declared that the super yacht  'Equanimity' belonged to the Malaysia government and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) as the beneficiary owner when its registered owner failed to be in court to claim the vessel. To that effect, the government is now free to sell the super yacht, said lawyer Sitpah Selvaratnam, who is leading the legal team for the government, 1MDB and two others which had applied for a judgment in default  (JID) against the registered owner of  ‘Equanimity’ over the selling of the super yacht. He said  the decision was made in chambers by Judicial Commissioner Datuk Khajidah Idris. "The court today has declared that the two 1MDB companies which are 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited to be the legal and beneficial owner of the vessel. Therefore, indirectly the government of Malaysia be the ultimate beneficiary of this two companies. "Now...

Majikan diingat tidak halang pekerja tunai solat Jumaat

SEREMBAN -- Majikan di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak menghalang pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar berkata perbuatan menghalang pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat jelas menafikan hak pekerja berkenaan. "Berikan pekerja kelonggaran dan jadual waktu untuk solat Jumaat. Majikan boleh menyusun atur waktu bekerja bagi membolehkan pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat dan selesai solat boleh balik bekerja," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS), S. Tharu Marajan. Mengenai isu majikan potong gaji pekerja dari Bangladesh kerana solat Jumaat yang tular di facebook Isnin lepas, beliau berkata JTKNS telah menjalankan siasatan ke atas majikan terbabit pada Selasa lepas serta telah menemuduga tiga pekerja Bangladesh yang terpapar dalam 'post...

Saham MyEG, Datasonic digantung atas kaitan kes Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR -- Saham MyEG Services Bhd dan Datasonic Group Bhd didagangkan dalam jumlah yang besar pada tengah hari berhubung laporan bahawa kedua-dua syarikat dikaitkan dengan dakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini menyebabkan penggantungan dagangan MyEG pada 2.30 petang Pada rehat tengah hari, MyEG adalah antara kaunter aktif, susut 37 sen kepada RM1.13 dengan 169.89 juta saham didagangkan. Saham Datasonic pula, yang dibuka pada 51.5 sen, susut 18 sen, dengan 95.94 saham bertukar tangan pada 2.48 petang. Menurut sebuah portal dalam talian, Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri didakwa menerima cek RM5 juta daripada Datasonic untuk syarikat berkenaan membekalkan 12.5 juta cip untuk pasport Malaysia. Dia juga didakwa menerima sekeping lagi cek RM1 juta darip...

Sekeluarga terjun sungai sebab masalah hutang

KANGAR -- Tekanan perasaan akibat hutang mendorong  satu keluarga dari  Sungai Petani Kedah terjun ke dalam Sungai Arau di sini. Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad berkata perkara ini menjawab  misteri penemuan  mayat tiga sekeluarga di Sungai Tambun Tulang dan Sungai Arau semalam. Mayat Baharom Ahmad, 66, ditemukan di pintu tali air Sungai Tambun Tulang, di Simpang Empat,  isterinya Norma Pin, 64, di Sungai Tambun Tulang dan anak mereka Norzalina, 35, ditemukan di Sungai Arau berhampiran Kampung Belat Batu. Ketiga-tiga mereka dipercayai lemas antara pukul 8.35 pagi dan 12.10 tengah hari semalam.   Noor Mushar berkata misteri penemuan itu terjawab hasil keterangan anak lelaki...

Saya hadir untuk beri sokongan moral - Najib

KUALA LUMPUR -- “Saya hanya hadir untuk memberi sokongan moral kepada sahabat (Ahmad Zahid),” demikian kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang tiba pada pukul 9.17 pagi berpakaian batik ungu bercorak bunga, terus meluru masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan pendakwaan terhadap presiden UMNO dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan dilihat meninggalkan kompleks mahkamah pada kira-kira 9.50 pagi menaiki kenderaan berwarna putih. Antara pemimpin tertinggi UMNO yang hadir untuk menunjukkan solidariti terhadap Ahmad Zahid ialah timbalan presidennya Datuk Mohamad Hasan, naib presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa. Ahmad Zahid...

Larangan merokok di Parlimen tidak akan ditarik balik

KUALA LUMPUR -- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menarik semula keputusan melarang perbuatan merokok dan pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen, kata  menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Menurutnya beliau bersama Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, Ketua Unit Kawalan Tembakau KKM Dr Nor Aryana Hassan dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Dr Norhayati Rusli telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof, ketika melakukan kunjungan hormat pagi tadi. "Susulan perjumpaan itu, KKM menyampaikan pendirian bahawa pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen adalah selaras dengan Artikel 8 WHO FCTC iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya dalam satu kenyataan media. Dr Dzulkefly berkata penguatkuasaan peraturan itu menunjukkan bahawa melindungi k...

Wan Azizah regrets about Suu Kyi

BRUSSELS -- Malaysian Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail has expressed regret that Nobel Peace Prize laureate Aung San Suu Kyi has done little to halt the Myanmar military aggression against the minority Rohingya Muslims in her country. She said Suu Kyi’s reputation as a Nobel laureate has been tarnished by her alleged reluctance to get the Myanmar military to end its long-running campaign of violence against the Rohingya. “I am sad that Aung San Suu Kyi has done little. We had hoped that she would intervene,” she said to Bernama and RTM after a meeting Thursday with Federica Maria Mogherini, high representative of the European Union (EU) for foreign affairs and security policy, on the sidelines of the 12th Asia-Europe Meeting (ASEM) summit. Dr Wan Azizah said Mogherini raised the question of the Rohingya refugees at their meeting because Malaysia is a neighbouring country where many of these re...

Zahid didakwa atas 45 pertuduhan dan diikat jamin RM2 juta

KUALA LUMPUR -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini  atas  45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram  berjumlah RM114,148,983.86. Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya. Mahkamah membenarkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai. Mahkamah memerintahkan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta hari ini manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes. Bekas Hakim Mahkamah...

Bodies of three family members found floating

ARAU -- The bodies of three family members, who were believed to have drowned, were found in Sungai Arau-Tambun Tulang  here today. Perlis police chief  SAC Noor Mushar Mohamad identified the victims as Norzalina Baharom, 35, and her parents, Norma Pin, 64, and Baharom Ahmad, 66, whose address were at 67, Jalan Seruling 2/1, Taman Seruling, Jalan Bakar Sampah, Sungai Petani, Kedah.  He said Norzalina’s body was found floating in the river by a local resident at about 8.35 am who then lodged a police report. A police team that went to the scene then found three MyKads on the body, he said, adding that the cards were that of ​​​​​​​Norzalina, Norma and Baharom. “Norma’s body was found at 10.18 am near Kampung Belat Raja, about two kilometres from where Norzalina’s body was found, while that of Baharom was found in the same river near Kampung Che Ok, at about 12.10 pm about 10km...

Jambatan bengkok boleh dibuat bila-bila masa

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji cadangan untuk meneruskan semula pembinaan projek “jambatan bengkok” menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. "Cadangan itu dibangkitkan oleh (kerajaan) Johor dan kami akan kaji," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) di Dewan Rakyat hari ini. Perdana menteri berkata “jambatan bengkok” boleh dibina pada bila-bila masa kerana ia tidak melibatkan kerajaan Singapura berbanding jambatan ketiga yang dicadangkan. "Ada pihak kata mereka tidak mahu ‘jambatan bengkok’. Mereka mahu jambatan ketiga. Jambatan ketiga ke Singapura… mereka perlu minta persetujuan Singapura.  "Dan saya fikir Singapura mungkin tidak akan beri persetujuan. Tetapi ‘jambatan bengkok’ tidak melibatkan Singapura langsung. Jadi kita boleh bina ‘jambatan bengkok’ pada bila-bila masa," katanya. Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian p...