Skip to main content

Posts

Showing posts from October 20, 2018

Utamakan solat, pasti selamat

PALU (Sulawesi Tengah) -- Mengutamakan kewajipan menunaikan solat menyelamatkan Hamdani yang menjalankan perniagaan sewaan peralatan siar raya daripada bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu pada 28 Sept lalu. Hamdani, 39, yang juga seorang supir (pemandu) berkata, dia mungkin menjadi salah seorang daripada ribuan mangsa bencana sekiranya mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan tuntutan agama itu dan mendahulukan urusan lain. Solat, itu tiang agama, dahulukannya mengatasi apa sahaja,” kata Hamdani, yang merupakan antara warga Kota Palu yang terselamat daripada bencana itu. Ketika menceritakan lanjut, bapa kepada tiga orang anak itu membetritahu bahawa pada hari kejadian, kira-kira pukul 5 petang, beliau diminta untuk memasang alat siar raya yang disewa pihak penganjur Festival Pesona Palu Nomoni (Pesta Nomoni) di Anjungan Pantai Talise, di sini. “Penganjur menghubungi saya menggesa dipasangkan peralatan yang ingin disewa, saya meminta mereka bers

Ringgit likely to trend lower next week

KUALA LUMPUR -- The ringgit is likely to trend lower against the US dollar next week, mainly weighed by prospects of higher US interest rates. FXTM Research Analyst Lukman Otunuga said with the US dollar heavily supported by the interest rate hikes expectations, the ringgit had the scope to trade towards the 4.17 level against the greenback in the near term. "Other than that, external factors in the form of trade war worries and global growth concerns also present downside risks to the ringgit," he told Bernama.  However, Otunuga noted that Malaysia was not alone in this case as many other developing nations, including China, were feeling the heat from the trade tensions. Concurring with Otunuga, Oanda Head of Trading Asia-Pacific Stephen Innes was concerned that things could get worse as the Chinese yuan’s “depreciation train” could be arriving anytime soon. It was reported that the yuan dipped to a 22-month low versus the US dollar on Thursday a

Bursa dijangka didagang berhati-hati

KUALA LUMPUR -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan dipengaruhi oleh kebimbangan luaran, kata seorang penganalisis.  Penganalisis Maybank Investment Bank, Nik Ihsan Raja Abdullah berkata kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China yang perlahan, ketegangan perdagangan dan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dijangka menyeret turun harga saham di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI). “FBM KLCI juga dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,720 dan 1,750 minggu depan,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata pasaran akan mengalihkan perhatiannya kepada Bajet 2019 akan datang yang akan dibentangkan di Parlimen pada 2 November selepas pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) pada 18 Nov menyediakan hala tuju yang jelas tentang dasar dan hala tuju kerajaan pada masa depan. Dalam minggu yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia memulakan dagangan bagi dua hari pertama dengan catatan positif sebelum kebimbangan luaran

Pencuri cuba rasuah polis RM15,000

KUALA LUMPUR -- Cubaan seorang lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal menawar sogokan RM15,000 kepada tujuh anggota unit rondaan cegah jenayah membawa padah apabila dia ditahan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini Khamis. Susulan penahanan lelaki itu di parkir sebuah flat di lokasi berkenaan, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes curi motosikal sekitar Lembah Klang. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata dalam kejadian 5.30 petang itu, pasukan unit rondaan berkenaan mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. "Pemeriksaan polis ke atas beg galas lelaki berusia 32 tahun itu menemukan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal serta 300 keping wang kertas RM50," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata lelaki itu berkali-kali merayu supaya anggota unit itu mengambil semua wang berkenaan dan melepaskannya. Bagaimanapun, polis menahan lelaki itu yang berdegil me

Saya serahkan kepada Allah - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR -- Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya mahkamah adalah  tempat terbaik untuk beliau membela diri terhadap 45 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang dihadapinya. Presiden UMNO itu juga berkata beliau redha dengan semua pertuduhan itu walaupun  niat baiknya  melakukankan kerja amal dianggap sebagai melanggar perundangan. “Saya akan guna mahkamah sebagai tempat terbaik bukan hanya sebagai tempat untuk melakukan pembelaan terhadap semua pertuduhan berkenaan tetapi untuk menjelaskan perkara  yang sebenar termasuk dalam pertuduhan berkenaan. “Apa pun pendapat yang berbeza di luar sana dalam kalangan masyarakat saya serahkan kepada Allah untuk menentukan dan dengan kerja-kerja baik yang saya buat dengan niat untuk menegakkan agama Allah, mudah-mudahan Allah beri perlindungan kepada saya,” katanya selepas selesai sesi pendakwaan di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Selain itu, Ahma