GEORGE TOWN -- "Tiga hari saya tak makan, tak tidur bila dapat tahu kejadian tanah runtuh. Saya tunggu jasad adik saya hingga dia dijumpai. Hati saya menangis… Tuhan saja yang tahu, betapa sedih dan sukarnya saat ini". Itu luahan abang kepada Mithu Hossain, 30, mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, yang mayatnya ditemukan pada pukul 12.40 tengah hari tadi. Hossain Mohamad Ripon, 32, yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang selepas proses pengecaman mayat adiknya itu berkata kali terakhir dihubungi adiknya ialah pada Rabu lepas melalui panggilan video. "Hari Rabu dia ada buat video call kepada saya, tapi saya jawab saya tengah sibuk...saya tengah kerja dan tak senang sekarang (waktu dihubungi adik). Tapi selepas itu saya terlupa nak hubungi dia semula. Memang saya rasa terkilan," katanya yang telah lama tidak menemui adikn...