Skip to main content

Posts

Showing posts from October 23, 2018

Operasi SAR Paya Terubong ditamat

GEORGE TOWN -- Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditamatkan  dengan sembilan pekerja asing disahkan maut manakala lima yang lain cedera dalam kejadian itu. Operasi SAR yang dijalankan sejak kejadian pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu berjaya menemui sembilan mayat terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar. Operasi yang melibatkan lebih 200 anggota penyelamat serta unit anjing pengesan (K9) bomba di kawasan seluas 9290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) itu ditamatkan petang ini selepas tiada lagi tanda-tanda menunjukkan terdapat mangsa di kawa...

Pemilik gim dan pembantu cedera ditembak

SHAH ALAM -- Seorang pemilik gimnasium dan pembantunya  cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat,  dalam satu kejadian di Jalan Bukit Kemuning, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata  kejadian berlaku kira-kira 10 pagi  ketika kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an yang menaiki sebuah kereta terbabit melalui jalan tersebut.  “Mangsa (pemilik gimnasium) ketika itu memandu kenderaan berkenaan manakala pembantunya seorang lelaki warga Indonesia duduk di sebelah (pemandu). “Ketika mereka melalui jalan ini, difahamkan datang sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang  dan kemudian memotong kenderaan mangsa sebelum seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa tembakan ke arah kereta Audi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata akibat tembakan itu, pemilik gimnasium mengalami kecederaan di bahagi...

Banjir melanda beberapa kawasan Pulau Pinang...

GEORGE TOWN -- Beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air berikutan hujan lebat selama dua jam mulai pukul 1.00 tengah hari. Antara kawasan yang dinaiki air ialah Balik Pulau dan Teluk Kumbar di bahagian pulau manakala di seberang ialah Perai, Butterworth, Taman Inderawasih, Jalan Perusahaan, Kampung Padang Lalang, Bandar Perda dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Banjir kilat itu turut menyebabkan 46 penduduk terdiri daripada 12 orang dari tiga rumah di Titi Teras, Balik Pulau dan 34 penghuni dari lapan rumah di Padang Lalang di Bukit Mertajam dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata kawasan yang terjejas teruk ialah Teluk Kumbar dan Balik Pulau iaitu melibatkan Kampung Paya, Kam...

Dua remaja lelaki 15 tahun didakwa merogol

KUALA LUMPUR -- Dua remaja lelaki masing-masing berumur 15 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dipercayai anak seorang penggiat seni tanah air. Kedua-dua remaja lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Iriane Isabelo yang dijalankan secara tertutup kerana melibatkan kes juvana. Hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di dalam mahkamah. Mereka masing-masing didakwa atas pertuduhan  merogol  remaja itu di dewan terbiar Kota Warisan Selayang di sini  dan di tandas perempuan di pusat beli-belah di Selayang pada Julai dan 20 Sept 2018. Kedua-dua remaja lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat  jika sabit...

JAWI catat lebih 500 kes nikah tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR -- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merekodkan lebih 500 kes pernikahan tanpa kebenaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak Oktober 2017 sehingga 5 Okt lepas.   Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama. “Mereka melalui proses pernikahan yang menyalahi prosedur undang-undang syariah, dengan kebanyakan bernikah di Thailand, dan ada juga di Indonesia, tetapi bukan melalui pihak yang disahkan kerajaan negara berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau ditemui selepas Simposium Keluarga Bahagia "Cinta Hakiki" yang dirasmikan Timbalan Pengarah (Opera...

Remaja didakwa dera dua anak

KUALA LUMPUR -- Seorang remaja perempuan yang sebelum ini mengaku bersalah atas tiga tuduhan mendera dua anak kandungnya sehingga meninggalkan parut di beberapa bahagian badan, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah. Tertuduh yang berusia 19 tahun dan merupakan seorang suri rumah menukar pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semula pertuduhan ke atasnya pada prosiding yang ditetapkan untuk mendengar laporan sosial dan menjatuhkan  hukuman terhadapnya. “Tidak mengaku,” kata remaja itu yang kelihatan gelisah dan cuba menahan tangis serta kerap menoleh ke arah anggota keluarganya yang berada di galeri awam di belakang kandang tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh namun remaja itu yang tidak diwakili peguam memohon dia dibenarkan diikat  jamin atas alasan anak-anaknya memerlukan jagaannya. Seorang pegawai wanita daripada Jabatan Kebajikan M...

Berhati-hati SPRM Scam

SEREMBAN -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan sesekali meminta butiran peribadi terutamanya nombor kad pengenalan diri melalui panggilan telefon. Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim berkata orang ramai perlu lebih berwaspada sekiranya menerima panggilan telefon dari pihak yang mendakwa dari badan penguatkuasa atau wakil, dan meminta orang awam memberikan maklumat peribadi. “Ada orang awam yang datang kepada pihak SPRM mengatakan kita ada memanggil mereka, tetapi sebenarnya tiada, dan mereka ni dipanggil melalui telefon. “Jika ada mangsa yang mendapat panggilan telefon dipercayai dari scammer yang meminta nombor kad pengenalan, segera lapor ke pihak polis kerana kita takut nombor kad pengenalan yang diberikan kepada scammer akan digunakan pihak tidak bertanggungjawa...

Ahli perniagaan didakwa jual darjah kebesaran palsu

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki dengan menyerahkan watikah pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang yang palsu membabitkan kerugian RM5,000, Ogos lepas. Tertuduh, Wan Yon Ann, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali. Wan didakwa memperdaya Tan Wai Khan, 40, seorang ahli perniagaan, untuk mempercayai bahawa watikah pengurniaan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang diserahkan kepadanya adalah tulen sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh. Dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan BRP 7/3B, Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam, 18 Ogos lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara mi...

Dulu K1M, lepas ini Klinik Komuniti

KUALA LUMPUR -- Sebanyak 293 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata daripada 347 K1M semasa, 20 daripadanya pula akan dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat. Menurutnya pihak kementerian akan melaksanakan pelan reformasi perkhidmatan K1M untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada, selain menyusun keperluan dan pengurusan sumber. “Reformasi ini bakal menambah baik mutu penjagaan kesihatan kepada golongan sasar dengan menambah fungsinya kepada Rawatan Pesakit Luar yang memberi fokus kepada rawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta Kecemasan Asas. “Sekali gus ia membezakan fungsi antara Klinik Komuniti dan Klinik Desa yang mempuny...

Oktoberbest tak ada kaitan dengan pesta arak?

KUALA LUMPUR -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming bertindak menjelaskan kepada persidangan Dewan Rakyat hari ini mengenai pesta Oktoberbest yang kerap disalah takfsir sebagai pesta arak, bagi meredakan perbalahan beberapa anggota Parlimen berkaitan acara tersebut.  Nga, yang mempengerusikan sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 petang ini, bertindak membacakan sejarah “Oktoberfest” kepada anggota dewan dan berkata sambutan Oktoberfest dan pesta arak adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.  Katanya Oktobersfest yang berasal dari Jerman adalah sebuah program diraja.  "Sejarah Oktoberfest.  Putera Mahkota Ludwig, yang kemudian menjadi Raja Ludwig I, telah berkahwin dengan Puteri Therese dari Saxony (Saxony-Hildburghausen) pada 12 Oktober 1810. Warga Munich diund...

Kini lebih sukar menjadi perdana menteri

SHAH ALAM -- Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menjadi perdana menteri dalam senario politik masa kini lebih sukar kerana beliau tidak lagi memimpin sebuah parti dominan dalam kerajaan. Beliau turut mengakui situasi hari ini berbeza berbanding ketika zaman beliau memegang jawatan tersebut selama 22 tahun dalam pentadbiran terdahulu. "Dulu pimpin parti dominan kita ada suara terbesar di mana yakin apa yang dicadang mendapat sokongan.  "Sekarang kita ada empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang berbeza ideologi. Jadi kalau saya nak buat sebarang keputusan, saya perlu 'convince' (yakinkan) parti-parti dalam PH," katanya dalam program Bicara Minda yang dikendalikan wartawan veteran, Tan Sri Johan Jaaffar di Dewan Karangkraf di sini. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin PH. "Ada mirip pemikiran sosialisme, ada libera...