Skip to main content

Posts

Showing posts from October 25, 2018

Guan Eng betulkan Hadi Awang

PUTRAJAYA -- Kerajaan Persekutuan masih meluluskan bantuan kewangan untuk kerajaan negeri Kelantan membayar gaji/emolumen kakitangan meskipun sedang berhadapan dengan pelbagai kekangan kewangan serta dicerca barisan kepimpinan PAS, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Lim juga ingin 'membetulkan' kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah menganggap permintaan bantuan kewangan untuk pembayaran gaji daripada kerajaan negeri Kelantan sebagai ‘peminta sedekah’. "Kementerian Kewangan memberi perhatian yang serius terhadap permintaan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri Kelantan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan itulah sebabnya kelulusan dana diberikan,” katanya dalam kenyataan. Abdul Hadi dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan bukan ‘peminta sedekah’ sebaliknya kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab menyediaka...

Hakim perlu berani sampaikan penghakiman

PUTRAJAYA -- Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum menggesa para hakim supaya bersikap berani apabila menyampaikan penghakiman, termasuk keputusan menentang. Katanya, penghakiman bersifat menentang menggalakkan kebebasan berfikir serta membuka jalan kepada perkembangan sihat bagi undang-undang untuk masa akan datang. “Anda perlu berani dan tidak teragak-agak untuk menyatakan pandangan peribadi. Tidak banyak manfaatnya menjadi ‘Yes Man’. Sudah tiba masanya kita membuang mentaliti ‘mengikut arus’ di semua peringkat dalam masyarakat kita,” katanya. Malanjum berkata pernah terjadi, secebis penentangan oleh seorang hakim telah membantu mengubah undang-undang yang bersifat menindas atau mengukuhkan lagi proses sewajarnya. Beliau mengambil contoh suatu kes habeas corpus di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sudah d...

Malaysia perlu dua tahun untuk pulih

BANGKOK -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan baru boleh menetapkan asas pemulihan ekonomi negara dalam tempoh dua tahun dan seterusnya membuka laluan untuk mengembalikan kegemilangannya sebagaimana sebelum ini, semasa ia mendapat gelaran “Harimau Asia”. Beliau berkata proses pemulihan sedang berjalan dengan baik dalam negara ketika ini, dan ekonomi negara pastinya akan pulih nanti. “Pemulihan penuh mungkin mengambil masa bertahu-tahun lamanya, tapi saya harap dalam tempoh setahun atau dua tahun kita boleh tetapkan asas pemulihan buat Malaysia,” katanya semasa berucap di sesi dialog bersama komuniti Malaysia di sini, sebelum sesi soal jawab bersama para hadirin. Perdana Menteri berkata Malaysia ketika ini bagaikan ‘harimau separuh nyawa”, namun beliau tetap o...

Pengetua sekolah menengah ditahan bantu siasatan kes liwat

GEORGE TOWN -- Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kepala Batas dan akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman. "Menurut laporan polis yang dibuat dua pelajar lelaki itu, pengetua sekolah berasrama berkenaan turut dikatakan mencabul mereka," katanya di sini. Beliau berkata dua mangsa itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan oleh doktor pakar dan seorang daripadanya masih berada dalam keadaan trauma serta akan dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Pulau Pinang untuk pemulihan dari segi emosi. Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 377E Kanun Kesek...

Pemuda UMNO gesa Zahid bercuti

KUALA LUMPUR -- Pemuda UMNO hari ini menggesa presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kes di mahkamah selesai. Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata gesaan itu agar Ahmad Zahid diberikan peluang untuk memfokuskan usaha membersihkan nama di mahkamah.  “Bagi Pemuda, rehat daripada menjalankan tugas sebagai presiden bukanlah bermakna Ahmad Zahid di anggap sudah bersalah. “Pemuda tetap berpendirian, selagi tidak disabitkan hukuman, beliau berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip Islam dan perundangan,” katanya dalam sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan selama tiga jam di sini. Ditanya individu yang sesuai untuk memangku jawatan presiden jika cadangan agar Ahmad Zahid berehat diterima, Asyraf berkata perkara itu akan diputuskan Mesyuarat Tertinggi UMNO kelak. Asyraf juga menafikan laporan sebuah por...

Tiada sesiapa terkecuali daripada undang-undang

BANGKOK -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh terkecuali daripada undang-undang. Setiap orang, tidak kira sama ada dia Perdana Menteri yang sedang memerintah atau Perdana Menteri yang telah bersara ataupun raja-raja di Malaysia, mereka semuanya tertakluk kepada undang-undang negara. “Kami tiada niat hendak membalas dendam kepada sesiapa tetapi semua orang adalah tertakluk di bawah undang-undang, sama ada anda Perdana Menteri yang memerintah atau Perdana Menteri yang telah bersara atau di Malaysia, raja-raja juga tertakluk kepada undang-undang negara,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan dua harinya ke Thailand. Kerajaan katanya bukan bermain-main. Dr Mahathir ditanya mengenai banyaknya pertuduhan baru yang dikenakan terhadap bekas Perdana Men...

Popular Irish singer Sinead O'Connor converts to Islam

GLENAGEARY -- The Irish singer-songwriter Sinéad O’Connor, also known as Magda Davitt, revealed on Twitter last week that she has ditched Catholicism for Islam and changed her name to Shuhada’ Davitt, Irish Central reported on October 24. “This is to announce that I am proud to have become a Muslim. This is the natural conclusion of any intelligent theologian’s journey. All scripture study leads to Islam. Which makes all other scriptures redundant. I’ll be given (another) new name. It will be Shuhada’,” she tweeted. O’Connor posted a video of herself singing the Azan, the Muslim call to prayer. The video was captioned with: “Here is my 1st attempt at singing the Azan. I got some pronunciation (sic) wrong because emotions took me from my page… but there’ll be hundreds of others onstage to come …,” she wrote. “When I’ve practiced it 30 times I’m gonna make the world stop turning.” The 51-year-old Irish artist was an ordained priest in a breakaway Catholic sect, and last ye...

Pahang, Perak diminta hentikan pembalakan di Camaron Highland

IPOH -- Kerajaan negeri Pahang dan Perak diminta menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penerokaan tanah untuk tujuan pembangunan serta pertanian di Cameron Highlands. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata aktiviti penerokaan perlu dihentikan serta merta kerana kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan tanah tinggi itu sejak kebelakangan ini. Katanya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah menitahkan kepada beliau  supaya kelulusan untuk semua aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Perak dihentikan segera. "Kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sudah biasa berlaku sekarang ini disebabkan penerokaan tanah yang semakin berleluasa. "Saya meminta kerjasama daripada kedua-dua kerajaan negeri agar sering melakukan pemantauan di kawasan tanah tinggi tersebut," katanya kepada  pemberita selepas Majlis Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan yang disempurna...

Saya ucap terima kasih kepada YB Langkawi - Nik Abduh

KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan. Nik Abduh berkata perkara itu berada di luar jangkaannya memandangkan kerajaan negeri itu telah dinafikan hak sejak sekian lama. “Saya pernah berjumpa dengan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Yang Berhormat dari Pekan dan mereka masih bersetuju bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti tersebut yang diperjuangkan oleh PAS. “Agak susah untuk dua perdana menteri membuka kunci besar yang telah dikunci oleh YB Langkawi. Tetapi takdir Allah bahawa​​​​​​ kunci yang begitu kukuh itu akhirnya Allah hantar YB Langkawi semula untuk membukanya. Itu takdir yang tak mampu saya fikirkan sebelum ini. “Oleh itu, saya nak ucap terima kasih kepada YB Langkawi,” katanya dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada pers...

Menteri dan timbalan menteri diminta berdisiplin

KUALA LUMPUR -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon meminta menteri dan timbalan menteri untuk lebih berdisiplin menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Katanya, walaupun mempunyai tanggungjawab lain sebagai anggota pentadbiran kerajaan, namun mereka perlu mengatur jadual tugas dengan baik agar boleh juga hadir ke Parlimen. "Saya tahu menteri, timbalan menteri sibuk, saya tahu mereka ada jadual yang waktunya sama ketika dewan bersidang, bagi pihak Parlimen kita minta pentadbiran menteri disiplin untuk hadir sebagaimana diaturkan.  "Kalau menteri tidak dapat hadir, timbalan menteri kena hadir dalam sidang Dewan Rakyat, mungkin keutamaan hadir ke program lain boleh diatur dengan cara lebih baik lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Beliau diminta mengulas insiden di dalam dewan ketika sesi soal jawab lisan hari ini di mana menteri atau timbalan menteri dari Kementerian Dalam Negeri tidak berada di dalam dewan ketika soalan berkaita...

Pendakwaan ke atas Hasanah tiada kaitan IMDB

KUALA LUMPUR -- Pertuduhan yang dihadapi oleh bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid tiada kaitan langsung dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah, 61, menegaskan pertuduhan terhadap anak guamnya itu juga tidak mempunyai kaitan dengan hutang 1MDB atau mana-mana anak syarikat pelaburan tersebut. "Apa yang jelas dalam kes Datuk Hasanah ini, tidak langsung terlibat dalam mana-mana skandal 1MDB. Jadi ramai orang mungkin keliru.  "Jumlah USD12 juta yang disebut dalam pertuduhan juga menjadi tanda soal sama ada wang itu wang kerajaan Malaysia atau wang yang datang dari pihak luar negara termasuk perisikan dari negara luar," katanya kepada pemberita selepas prosiding pendakwaan anak guamnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. Malah, Shaharudin berkata penggunaan wang tersebut juga adalah rahsia dan bukan satu perkara yang boleh sewenang-...

Najib. Irwan tidak mengaku salah pecah amanah RM6,636,065,000

KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam tuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000. Najib, 65 dan Mohd Irwan Serigar, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan bersama-sama di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad. Bagi pertuduhan pertama, Najib dan Mohd Irwan Serigar  didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta itu  iaitu sejumlah RM1.2 billion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta ...