Skip to main content

Posts

Showing posts from October 26, 2018

Kena belasah suami kerana kereta tercalar

BUTTERWORTH -- Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat kesan calar di kereta lelaki itu selepas isterinya terlibat dalam kemalangan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu membuat laporan polis pada 9.46 malam tadi dan mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun dicederakan suaminya dalam kejadian pukul 5.15 petang semasa berada di rumah mereka di Butterworth. "Suami mangsa berusia 42 tahun berang selepas mendapati keretanya calar kerana isterinya terlibat dalam kemalangan bertindak memukul wanita itu dengan menarik rambut, memukul menggunakan tangan serta kerusi, menolak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri.  "Semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di rumah mereka turut sama menghalang suspek dari terus mencederakan anak perempuannya itu namum tidak berjaya," katanya. ...

Budak sekolah ditangkap semasa berparti liar

JOHOR BAHRU -- Polis menyerbu sebuah parti liar di satu kondominium di kawasan Danga Bay di sini semalam dan menahan 20 individu termasuk dua remaja berumur 15 dan 17 tahun kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata dalam serbuan menerusi Ops Tapis antara pukul 10 pagi dan 3 petang semalam itu, polis memeriksa 26 individu termasuk 16 lelaki dan 10 perempuan di kondominum itu. Katanya 17 daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan tiga lagi positif ketamine. “Kesemua 20 individu itu pula melibatkan 15 lelaki dan lima perempuan termasuk seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan seorang remaja perempuan 15 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Shahurinain berkata siasatan mendapati remaja perempuan itu masih bersekolah di Seri Alam di sini, manakala remaja lelaki...

Pengsan pada ketinggian 1,000 kaki dan jatuh terhempas

IPOH -- Seorang anggota polis yang menjalani latihan payung terjun pengsan dan jatuh atas bumbung sebuah rumah di Jalan Asam Kumbang dekat Taiping hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafeel Hairul Richard berkata anggota berumur 33 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala dan telah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Beliau berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang itu pengsan ketika menjalani latihan tersebut pada ketinggian 3,000 kaki dengan menaiki pesawat ringan. “Mangsa dipercayai pengsan pada ketinggian 1,000 kaki manakala payung terjun beliau telah hilang kawalan dan terbabas ke atas bumbung rumah orang awam,” katanya, lapor Bernama. Menurut...

Jom, beli Equanimity

KUALA LUMPUR -- Proses bidaan bagi kapal mewah 'Equanimity' milik Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low akan bermula Isnin ini sehingga 28 Nov, kata Ong Chee Kwan, peguam bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ong berkata Mahkamah Admiralti juga telah meluluskan terma dan syarat bagi proses bidaan yang akan berlangsung selama sebulan, mereka yang berminat untuk membeli kapal mewah Equanimity itu perlu bayar deposit sebanyak USD1 juta (RM4.17 juta).  "Ini bukan bidaan dalam talian, tidak semua individu boleh disertakan dalam senarai pembida, hanya mereka yang berkelayakan sahaja dan mereka perlu bayar deposit sebanyak USD1juta, ini bagi memastikan hanya pembeli yang serius sahaja datang membuat bidaan," katanya. Ong yang turut mewakili dua anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited berka...

Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

SEREMBAN, 26 Okt (Bernama) -- Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai Penarikan Darjah Kebesaran kerajaan Negeri Sembilan.  Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang diadakan pada 26 Oktober 2018 di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan telah memutuskan bahawa pengurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006 ditarik balik berkuat kuasa serta-merta. Pendaftar Darjah Dr Razali Ab Malik dalam satu kenyataan hari ini  berkata dalam mesyuarat tersebut juga telah memutuskan bahawa pengurniaan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J) kepada Rosmah Bt. Mansor pada tahun 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 November 2006 ditarik balik berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Di-Raja di Negeri Sembilan.

Jangan semberono hina kematian orang

KUANTAN -- Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang penghantar ikan kerana memuatnaik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Selasa lepas. Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hannan Ibrahim, 27, yang berasal dari Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan itu. Hukuman diarahkan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 Okt lepas.  Tertuduh yang bertubuh kecil itu didakwa memuatnaik komen menghina kematian dua anggota polis itu dengan menggunakan akaun Facebooknya dalam laman Komuniti Kuantan pada pukul 5.30 petang, 23 Okt lalu.  Perbuatan tertuduh yang didakwa dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy J2 Prime miliknya dan dilakukan dengan tujuan menyakitkan hati sesetengah pihak.  Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komuni...

Pertembungan barat dan timur selepas 17 tahun

KUALA LUMPUR -- Menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di antara Terengganu FC menentang Perak di Stadium Shah Alam, Selangor, pada Sabtu ini, kedua-dua pasukan dilihat mempunyai peluang sama rata untuk merangkul kejuaraan edisi ke-92 itu. Terengganu FC yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti memiliki sedikit kelebihan berdasarkan statistik penyudah berbanding finalis, Perak, dengan 27 jaringan dalam 10 perlawanan. Sudah pasti penyerang sensasi ‘The Turtles’ dengan tujuh gol, Tchetche Kipre yang berasal dari Ivory Coast bersama seorang lagi penyerang prolifik dari Huddersfield, United Kingdom, Lee Andrew Tuck menjadi sandaran Irfan untuk merobek gawang Perak yang dikawal oleh penjaga gol kebangsaan, Muhammad Hafizul Hakim...

Keputusan saman Musa Aman terhadap Shafie pada 7 November

KOTA KINABALU -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 Nov sebagai tarikh untuk memberikan keputusan berhubung saman pemula bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang baru. Hakim Datuk Yew Jen Kie menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah dari kedua-dua parti yang mengambil masa empat jam. Peguam S.Vanugopal yang mewakili Musa berhujah bahawa anak guamnya sebagai pemimpin parti politik BN-Sabah, tidak pernah kehilangan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada bila-bila masa, kerana makna perkataan “majoriti” di bawah Artikel 6(7) perlembagaan Sabah tidak bermakna sokongan sekurang-kurangnya 31 daripada keseluruhan anggota Dewan itu yang berjumlah 60 orang. Beliau berkata...