Skip to main content

Posts

Showing posts from October 27, 2018

Kesusahan jadi pendorong

SERDANG -- Kesusahan keluarga dan semangat daripada ibu bapa mendorong seorang pemuda kurang upaya (OKU) menguatkan azam ​​​​​​​untuk berjaya dalam pelajaran sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian. Suhazli Muhamad, yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak tekad merubah kekurangan keluarga dan percaya melalui pendidikan adalah aset terbaik dalam merealisasikan impian tersebut. Sikap tidak mudah berputus asa atau menjadikan kekurangan fizikal sebagai halangan, akhirnya membolehkan pemuda berusia 26 tahun dari Ketereh, Kelantan itu mampu ‘berdiri’ sebaris dengan graduan normal lain. “Saya datang dari keluarga susah, ibu dan bapa hanya bekerja menjual hasil pertanian yang dikumpul dengan pendapatan tidak seberapa. “Dalam serba kekurangan, saya jadikan kesusahan itu sebagai dorongan untuk melanjutkan pelajaran dan memilih universiti ini sebagai medan mengubah kehidupan,” katanya ketika ditemui...

Tak ada jawatan ditawarkan kepada Tok Pa

TANAH MERAH -- Bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan. Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli. "Mustapa hanya memaklumkan untuk menyertai parti dan mendokong perjuangan Bersatu dalam memperkasakan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu bahagian Tanah Merah di Dewan Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua Bersatu bahagian Tanah Merah Bahari Mohd Nor. Ditanya adakah Bersa...

Arab Saudi government has nothing to do with RM2.6 billion

PUTRAJAYA -- The Saudi Arabian government has nothing to do with the US$623.06 million (RM2.6 billion) donation allegedly received by former Malaysian Prime Minister Najib Razak, said Malaysian Foreign Minister Saifuddin Abdullah. He said this was mentioned by Saudi Foreign Minister Adel Ahmed Al-Jubeir when they met in Wisma Putra (Malaysia’s Foreign Ministry) here Friday. During the meeting where they also discussed on 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and the RM2.6 billion donation, Saifuddin said: "He (Adel) stated that (RM2.6 billion donation) has nothing to do with the Saudi government." According to him, when they met at the 73rd United Nations General Assembly in New York last month, Adel told him that the Saudi government would cooperate in the 1MDB investigations and they had nothing to do with RM2.6 billion donation. "Today he repeated the statement, " he told reporters after...

Tok Pa masuk Bersatu, akhirnya

PETALING JAYA -- Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang bertindak keluar UMNO bulan lepas, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), malam tadi Beliau menyerahkan borang keanggotaan secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu, yang juga Perdana  Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad serta disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang media selepas mesyuarat  majlis  pimpinan  tertinggi  parti  berkenaan  yang berlangsung di sini. Mustapa turut menerima kad keanggotaan parti daripada Dr Mahathir. Mengulas penyertaan Mustapa, Dr Mahathir berkata penyertaan Anggota Parlimen Jeli itu dibuat secara sukarela dan bukan atas jemputan parti. "Saya amat sukacita kerana kita terima keahlian dari bekas tokoh UMNO. Kita telah beri masa kepadanya untuk jadi anggota Parlimen bebas dan s...

Zulfarhan 'konon' dilihat mencuri komputer riba

KUALA LUMPUR -- Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliaulah  individu yang mencadangkan kepada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, tertuduh pertama dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, supaya menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional sebagai ikhtiar mencari komputer ribanya yang hilang. Bekas penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Mohd Syafiq Abdullah,  22, yang kini menjalani latihan ketenteraan di Kedah, berkata beliau mencadangkan perkara itu kepada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, selepas diberitahu komputer riba miliknya (milik Muhammad Akmal Zuhairi) telah hilang dan tertuduh syak Zulfarhan Osman mencuri komputer riba itu. Saksi pendakwaan ke-25 itu memberitahu mahkamah bahawa cadangan itu juga timbul kerana beliau mengetahui bahawa bapa kepada Muhamad Ashraf Abdullah, tertuduh ke-18 yang dituduh mencederak...