Skip to main content

Posts

Showing posts from October 30, 2018

Boy, 14, admits sodomising 16-year-old male

BUTTERWORTH -- A 14-year-old boy pleaded guilty in the Sessions Court here today to a charge of sodomising a 16-year-old male shop assistant in the toilet of a sports centre here, two weeks ago. He made the plea after the charge was read out before Judge Noor Aini Yusof in a closed-door proceeding. He was alleged to have sodomised the victim in a toilet at Pusat Sukan Bola-Bola Mak Mandin, Jalan Cantik, here at 9 am on Oct 18. He was charged under Section 377A of the Penal Code, for carnal intercourse against the order of nature, which carries a maximum prison term of 20 years and whipping, upon conviction. The court set Dec 20 for sentencing and allowed the teenager bail of RM2,000 in one surety. Deputy public prosecutor Nazratul Natrah Mohd Yusof prosecuted while the teenager was not represented. According to the facts of the case, the teenager had taken the victim, who was waiting for his employer at the sports centre, to the toilet and s...

Produk tenusu guna sijil palsu dirampas

SHAH ALAM -- Sebanyak 3,295 botol produk tenusu pelbagai jenis bernilai RM12,951.10 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor hari ini kerana tidak mempunyai sijil perakuan kesihatan (VHM) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata serbuan pada pukul 11   pagi di sebuah kilang produk tenusu di kawasan perindustrian Kundang, Rawang dekat sini, dilakukan dengan kerjasama  anggota penguatkuasa JPV, hasil siasatan jabatan itu sejak dua minggu lepas. Beliau berkata siasatan awal mendapati kilang yang diusahakan secara bersama oleh warga tempatan dan warga asing itu memperoleh bekalan susu mentah daripada pembekal di sekitar Lembah Klang sebelum diproses menjadi produk keluaran syarikat mereka. "Ketika serbuan, sebanyak lapan pekerja iaitu tiga warga asing dan lima tempatan sedang memproses produk tenusu berkenaan. Pemeriksaan awal mendapati pengilang ya...

Najib, mana RM39.7 juta untuk sekolah Tamil

KUALA LUMPUR -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menempelak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat cuba mengalihkan perhatian berhubung peruntukan untuk sekolah Tamil di negara ini. Beliau berkata Najib perlu menjawab persoalan yang lebih utama berhubung misteri 'peruntukan' RM39.7 juta bagi 13 sekolah Tamil yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan Kabinet. “Jangan lari daripada tajuk kerana beliau telah dipersoalkan tentang duit misteri yang diberikan kepada sekolah Tamil yang ditanya ke mana ghaibnya duit itu di zaman beliau menjadi perdana menteri. Jadi beliau perlu jawab dan jangan alihkan isu ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Pek Kembali ke Sekolah McDonald’s Malaysia. Pada 26 Okt, portal Malaysiakini melaporkan bahawa pemeriksaan Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kewangan mendapati kabinet BN tidak meluluska...

Apa yang SPRM ada terhadap saya?

KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan usahanya untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low adalah kerana ingin mengelak daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bekas Menteri Pertahananan itu berkata jika benar beliau dikaitkan dengan apa-apa kesalahan rasuah, sudah tentu pihak SPRM akan melakukan siasatan dan mendakwanya. “Apa yang SPRM ada terhadap saya? … saya tak lakukan rasuah, jika ada dakwaan nak siasat SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya. “Saya dalam hal ini (rasuah) tak terlibat, kalau orang nak cakap saya takut dengan SPRM biar SPRM sendiri dedahkan (kes rasuah),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Hishammuddin ditanya mengenai cakap-cakap bahawa usahanya membantu Putrajaya mengesan Jho Low bertujuan untuk tidak dikenaka...

Kerusi keselamatan bayi akan diwajib

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata sebelum ia dilaksanakan secara mandatori, pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019. "Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia  (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-59. Katanya pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MO...

Penjara 14 sebab curi nuget

KUALA LUMPUR -- Dua sahabat masing-masing dipenjara 14 hari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana mencuri barang makanan dan pakaian di sebuah pasar raya besar, Khamis lepas. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Razmi Amirul Mohd Rahim, 20, dan Habib Basyar Mohd Zaki, 24, selepas mereka mengaku bersalah mencuri makanan segera sejuk beku iaitu sebungkus kentang goreng, nuget ayam, sebotol sos cili, mayonis, empat seluar pendek, dua baju keseluruhannya bernilai RM190.99 milik Pasar Raya Tesco Ampang di sini pada pukul 5.17 petang 25 Oktober lepas. Mahkamah memerintahkan Mohamad Razimi Amirul yang tidak bekerja dan Habib Basyar yang merupakan pembantu gerai menjalani hukuman penjara itu  bermula dari tarikh tangkap pada 25 Oktober lepas dan tempoh hukuman penjara mereka akan dilanjutkan sebulan jika gagal membayar denda itu. Mereka didakwa mengikut Se...

He can say what he likes

KUALA LUMPUR -- Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said his predecessor Datuk Seri Najib Razak can say whatever he wants about the “RM2.6 billion donation from Saudi Arabia”, but the whole world knows better. Dr Mahathir said this at a press conference when asked by the media on Najib’s persistence that the RM2.6 billion received was indeed a donation from the Saudi government. “Of course he will say that. What else can he say? The whole world knows it and Malaysia became known as a kleptocracy under him and it is published all over the world. “He can say what he likes. If you want to believe, you are welcome to believe. What happens is, there must be enough evidence to charge him, otherwise he could not be charged,” he said at the press conference after delivering a keynote address at the Anti-Corruption Summit here. Recently, Foreign Minister Datuk Saifuddin Abdullah said his Saudi c...

Penggodam sistem komputer imigresen tumpas

KUALA LUMPUR -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen imigresen dengan mengodam sistem imigresen Malaysia (MYIMMS) yang beroperasi di sebalik premis agensi pelancongan di Jalan Masjid India di sini pukul 7.30 malam tadi. Ketua Pegarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata sindiket itu mengenakan bayaran RM15,000 kepada pekerja asing yang belum memasuki Malaysia dan RM1,500 kepada yang sudah berada di Malaysia untuk mendapatkan surat Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk dimasukan dalam sistem JIM yang telah digodam dengan jaminan setiap permohonan akan diluluskan. "Apabila maklumat pekerja telah dimasukkan ke dalam sistem maka sindiket akan mendapatkan peleket Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui MYEG. "Sindiket dipercayai menguruskan kemasukan pekerja asing dari negara sumber terutamanya India dan Sri Lanka dan sudah lapan tahun beroperasi melibatkan keuntungan puluhan juta ringgit," katanya kepada pemberita di Kompl...

Ramai pegawai kerajaan akan didakwa kerana rasuah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa ramai lagi pegawai kerajaan dari pentadbiran sebelum ini akan berhadapan  tindakan undang-undang kerana rasuah. “Sudah enam bulan (sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya); kami dalam proses menyusun semula kerajaan, Sebenarnya, secara amalan, mewujudkan kerajaan baru. Sudah tentu, kita memerlukan para pegawai yang berpengalaman; namun, sesetengah pegawai yang berpengalaman  didapati melakukan rasuah dan sesetengah mereka telah pun didakwa atas kesalahan rasuah. “Tetapi masih ada ramai lagi. Sebaik kita mendapat bukti, kita akan bertindak terhadap mereka  namun buat masa sekarang, kita mempunyai tugas yang diperlukan untuk memerintah negara ini, kita tidak boleh hanya...

Itu bukan pada masa saya

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Hasan Arifin menjelaskan dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, tidak berlaku ketika beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Beliau berkata dakwaan Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh yang diutarakan ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11) semalam itu kurang jelas. "Itu bukan masa saya. Sebenarnya, saya pun tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC. Dakwaan itu tidak dijelaskan dengan betul. "Setahu saya, apa yang dibentangkan kepada kita, itulah yang kita dapat daripada Ketua Audit Negara," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen. Hasan menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang memegang jawatan itu dari 2013 hingga 2015. Justeru, beliau meminta Pengerusi PAC yang baharu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee untuk memberi penje...

Jus Al-Sunnah mengandungi steroid

KUALA LUMPUR -- Kementerian Kesihatan mengesan sebanyak 17 produk makanan  dan minuman yang dijual di pasaran menggunakan bahan terlarang, sejak tahun lepas sehingga kini. Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata ia hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas 439 sampel pelbagai jenis produk makanan dan minuman di pasaran. “Selepas dianalisis, didapati produk-produk tersebut menggunakan bahan terlarang seperti steroid dan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. “Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pengeluar atau penjual bagi produk berkaitan dan sebagai contoh kita telah mengenakan tindakan terhadap penjualan Jus Al-Sunnah yang mengandungi steroid,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN...

Saya telah beri keterangan apa yang saya tahu

KUALA LUMPUR -- Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan beliau telah dipanggil lebih 12 kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan pentadbiran kerajaan terdahulu. Tengku Adnan (BN-Putrajaya) berkata beliau tiada kena-mengena dengan kelulusan (penjualan) tanah di Wilayah Persekutuan sepanjang memegang jawatan sebagai menteri. "Waktu saya ambil alih kementerian (Wilayah Persekutuan) pada 2013, masalah tanah saya dah pulang kepada Jabatan Perdana Menteri, saya tidak ada kena-mengena atas kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan. "Ramai kata saya tidak dipanggil oleh SPRM, yang sebenarnya saya telah dipanggil lebih 12 kali dan saya telah beri keterangan apa yang saya tahu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat. Tengku Adnan bangun membuat penjelasan itu sebelum bertanya soalan tambahan...

SAR team recovers 24 bodies

JAKARTA -- A search-and-rescue team has recovered 24 bodies and pieces of plane debris and passenger belongings in the sea north of Jakarta where a Lion Air commercial aircraft crashed on Monday. However, the round-the-clock operation, conducted by 19 vessels and three helicopters in the Tanjung  Karawang waters, failed to find any wreckage of the Boeing 737 MAX 8 which went down with 189 people on board. These details were given by Bambang Suryo Aji, director (operations) of the Indonesian National Search and Rescue Agency (Basarnas), who said: “By this morning (9 am / 10 am in Malaysia), we found 24 bodies, besides pieces of aircraft debris and some belongings of the passengers.” Lion Air Flight JT610, carrying 181 passengers and eight crew, went missing minutes after taking off at 6.20 am (7.20 am in Malaysia) from the Soekarno-Hatta International Airport in Jakarta for the Depati Amir  Airport in Pangkal Pinang, Pulau Bangka Belitun...

Utamakan taat setia kepada kerajaan

PUTRAJAYA -- Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.  Beliau berkata anggota perkhidmatan awam memikul satu tanggungjawab besar dalam memastikan bahawa segala urusan kerajaan adalah berpandukan 'rule of law' dan amanah serta kewajipan ditunaikan dengan penuh taat setia.  “Dalam apa jua tugas yang dilaksanakan, adalah penting melaksanakannya dengan penuh taat, beramanah dan berintegriti serta jangan sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri atau kepentingan pihak-pihak tertentu.  “Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpandukan peraturan yang telah digubal,” katanya ketika  berucap pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan ...

Budaya UMNO tidak akan meresap dalam Bersatu

KUALA LUMPUR -- Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun parti itu mengamalkan dasar terbuka dalam pengambilan anggotanya.  Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu mempunyai dasar dan prinsipnya yang tersendiri yang harus dipegang setiap individu yang mahu menjadi anggota parti itu.  “Kita pertahankan kepentingan itu (prinsip dan dasar parti) dan kita akan tengok sama ada mereka (anggota baharu) ini sesuai atau tidak.  “Jika kami dapati mereka tidak sesuai kita tidak beri mereka masuk dalam parti, kita ada kriteria kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan berkelompok Bersatu Wilayah Persekutuan di sini, malam ini.  Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin baru-baru ini yang dilaporkan berkata kira-kira 40 anggota Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan ...

9 bodies found

JAKARTA -- The operation to search for the ill-fated Lion Air aircraft which crashed into the waters of Tanjung Karawang will continue for 24 hours and so far search and rescue (SAR) teams have found nine bodies. Indonesian President Joko Widodo was quoted by Indonesian media to have ordered the search for the wreckage to be carried out for 24 hours. “I have ordered tonight for 24-hour effort using floodlights to expedite the search especially the aircraft wreckage,” he was quoted as saying.    Indonesian National Search and Rescue Agency (Basarnas) operation director Bambang Suryo Aji said the operation to look for the aircraft wreckage now involved the armed forces, police and Basarnas using 14 patrol boats and two helicopters. “As at 8.30pm Indonesian time, diving operation has been halted but search operation for the plane will continue round the clock for seven days in the waters,” he said. He...

Changes made to original Auditor-General's report

KUALA LUMPUR -- Changes were made to the Auditor-General's Report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) on the instructions of certain parties during the time of the previous government, the Dewan Rakyat was told. This was revealed by Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) who is also Public Accounts Committee chairman when debating the 11th Malaysia Plan Mid-term Review today. "The 1MDB issue was so serious but the previous PAC  failed to reopen an investigation following the United States Department of Justice issuing a report on the scandal… on top of that the Auditor-General's report on the matter was classified as an official secret under the Official Secrets Act and changes were made to the original report on the instructions of certain quarters,”he  claimed. Wong further claimed that several agencies including the Malaysian Anti-Corruption Commission, Attorney-General's Chambers and Bank Negara were also crippled in pursuin...