Skip to main content

Posts

Showing posts from October 31, 2018

Iktiraf ICERD satu malapetaka

KUALA LUMPUR -- PAS menyifatkan langkah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu malapetaka dan menyentuh beberapa sendi utama bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara tersebut akan memberi implikasi besar kepada negara dan rakyat. “Kami mendesak kerajaan tidak menerima (ICERD), sekiranya kerajaan meneruskannya saya fikir mobilisasi rakyat yang besar akan berlaku kerana implikasinya bukan sahaja kepada orang Islam.  “Malah ini termasuk juga penduduk Sabah dan Sarawak dan hak keistimewaan bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.  Anggota Parlimen Kubang Kerian itu mengulas berhubung perhimpunan membantah ICERD oleh pertubuhan bukan kerajaan di luar bangunan Parlimen. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Had...

Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak-kanak

KUALA LUMPUR  -- Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim tampil mengesahkan telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes cabul remaja bawah umur. "Saya telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis dan saya harap semua pihak tidak memanjangkan perkara ini kerana ia menjejaskan maruah anak perempuan tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan rasa kesal apabila kes tersebut tular di media sosial memandangkan pihak keluarga remaja terbabit telah menarik balik laporan polis yang dibuat.  "Saya tertanya-tanya kenapa tular? Kenapa kes itu dikeluarkan? Kes ini keluarga dah tarik balik, tapi yang buka cerita ini adalah tuan-tuan (media sosial). "Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak-kanak dan gambar serta kad pengenalan dia dipamerkan. Kasihan kanak-kanak ini sebab dia bukan ada apa-apa kepentin...

Penjara sebulan guna wang kertas RM100 palsu

KUALA LUMPUR -- Akibat  membeli 18 ikat petai menggunakan sekeping wang RM100 palsu, seorang peniaga dihukum penjara satu bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Toh Kai Thong, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Hasbullah  turut  memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara satu bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Bapa anak tiga itu didakwa memiliki sekeping wang kertas not RM100  yang palsu dengan mempunyai sebab untuk mempercayainya sebagai palsu dan dengan niat hendak menggunakannya sebagai tulen. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pasar Borong Selayang, Sentul, di sini pada 3.05 petang, 4 Okt lepas mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahr...

Jangan bergantung kepada insentif, subsidi

KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, insentif dan subsidi adalah tidak baik bagi rakyat Malaysia dan malahan mereka kemungkinan boleh hilang keupayaan untuk berfikir satu hari nanti jika mereka bergantung kepada bantuan seumpama. Perdana Menteri berkata, sikap bergantung kepada insentif adalah salah, lebih diburukkan lagi ia diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.  “Inilah yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka beri wang kepada rakyat, anda tidak perlu bekerja. Tidak bekerja pun anda boleh dapat RM500. “Jika rakyat Malaysia menjadi seperti ini, tidak lama lagi mereka tidak boleh berfikir, malah tidak  mampu bergerak, tidak mampu berbuat sesuatu dengan sendiri kerana mereka akan selalu menunggu subsisi,” katanya kepada pemberita sele...

Kelantan minta Petronas kemukakan jumlah rasmi royalti

KOTA BHARU --  Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti yang harus diterima oleh negeri berkenaan sejak pengeluaran petroleumnya bermula 1982. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia berikutan sehingga kini Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang angka yang khusus berhubung perkara berkenaan. "Cuma untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini saya boleh sebut saya rasa, berdasarkan maklumat-maklumat yang kita kumpul daripada laporan dan jawapan menteri di Parlimen, daripada mula-mula pengeluaran petroleum hasil laut yang digali dari Kelantan, kita sepatutnya menerima bayaran daripada Petronas melebihi RM14 bilion. "Kalau kita dapat harta ini kita dapat melihat berapa banyak sebenarnya duit kita yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan (selama ini)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini. Mohd Amar menjawab soalan tambahan dikemukakan Ab...

Itu pakaian korporat kementerian

LUMUT -- Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan  pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan tentera baharu-baharu ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian korporat Kementerian Pertahanan. Liew berkata tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggungjawab. "Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang pakai tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera. "Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraan jadi kami tidak layak memakai pakaian seragam tentera walaupun menteri," katanya pada sidang media selepas merasmikan upacara peletakan lunas Kapal Tempur Pesisir (Littoral Cobat Ship)TLDM ke-empat (LCS4) di Limbungan Boustead Naval ...

Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah

KOTA BHARU -- Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilakukan secara tergesa-gesa. Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sepanjang sebulan menjadi wakil rakyat bebas. "Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat hajat selain perbincangan dengan beberapa pihak. "Ia bukan satu keputusan yang dibuat dengan cara tergesa-gesa dan saya bersyukur tindakan yang diambil adalah tepat," katanya pada sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini. Mustapa menyertai Bersatu pada Jumaat lepas selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Petaling Jaya. Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 keru...

Objek dipercayai bangkai pesawat dikesan

JAKARTA -- Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang pada Isnin, hari ini mengesan satu objek dipercayai bangkai pesawat itu. Laporan televisyen tempatan memetik Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto  sebagai berkata pasukan SAR yang menggunakan teknologi sonar mengesan objek tersebut di satu koordinat di perairan berkenaan. "Belum diyakini (bangkai pesawat), saat ini (kami) telah fokus satu titik (koordinat), apa yang diduga (dipercayai) adalah bahagian JT610 (pesawat Lion Air)," katanya dipetik siaran televisyen Berita Satu. Beliau yang turut serta dalam operasi pencarian itu berkata pasukan penyelam telah diarahkan  ke lokasi berkenaan. Operasi pencarian 24 jam itu yang melibatkan anggota tentera, polis serta Badan Nasional Pencarian dan Pert...

PM akan bincang isu perjanjian air dengan Singapura

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan lawatan ke Singapura pada 12 Nov ini yang antara lain bagi membincangkan isu perjanjian air dengan republik itu. Timbalan Menteri Luar Senator Datuk Marzuki Yahya berkata kerajaan bertegas dengan pendirian untuk terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan Singapura bagi mengkaji semula harga air yang dibekalkan kepada negara berkenaan. “Kita akan terus beri komitmen, saya harap dengan kerjasama semua anggota Parlimen akan dapat beri kekuatan atas usaha kembalikan harga sepatutnya kepada kerajaan Malaysia,” katanya menjawab  soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar)  di Dewan Rakyat. Mohd Shahar ingin tahu tentang titik noktah yang ditetapkan bagi perbincangan semula harga air yang dibekalkan kepada Singapura. Mengulas lanjut, Marzuki berkata  berdasarkan peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962, harga air mentah yang ...

Govt to bear RM7.4 billion in treatment cost for smoking-related illnesses

KUALA LUMPUR -- The government is expected to spend RM7.4 million in treatment cost for major illnesses caused by smoking, such as lung cancer and coronary heart problems by 2025 , said Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. He said the amount was based on estimates made by the ministry in 2017 if tobacco control in Malaysia was not enhanced and the prevalence of smoking was not reduced. The World Health Organisation also estimated that more than 20,000 male adults in Malaysia die every year from complications due to smoking habit. “Due to the complication effects and high death rate, smoking has impacted the country’s economy in various aspects, including the high cost of treating illnesses caused by smoking, affecting productivity as workers are often sickly and a loss for the country due to pre-mature death,” he told the Dewan Rakyat . He said this in response to a question from Wong Chen (PH-Subang) on whether the government would collect and publish a ...

Search radius expanded to 15 nautical miles

JAKARTA -- The radius of the third-day search for the Lion Air commercial aircraft which crashed on Monday has been further expanded with the hope of finding the wreckage of the Boeing 737 MAX 8 and its black box.  Indonesian National Search and Rescue Agency (Basarnas) deputy of operations, Nugroho  Budi Wiryanto,  said the search operation now covered areas within a 15 nautical mile radius from the coordinate of the crash. "On the first day, the search radius was five nautical miles, second day was 10 nautical miles and for the third day search today, it is 15 nautical miles,” he added. Lion Air Flight JT610, carrying 181 passengers and eight crew, went missing minutes after taking off at 6.20 am (7.20 am in Malaysia) from the Soekarno-Hatta International Airport in Jakarta for the Depati Amir  Airport in Pangkal Pinang, Pulau Bangka Belitung, Sumatera. The aircraft was scheduled to arrive at the Depati Amir...

MYTV diminta beri penjelasan

KUALA LUMPUR -- MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) perlu mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan kedudukan sebenar syarikat itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Beliau berkata penting untuk MYTV ​​​​​selaku pembekal perkhidmatan siaran kepada masyarakat untuk mengambil serius aduan gangguan siaran yang dibuat dan memberikan maklumat balas yang berkesan. “Perlu jelaskan kedudukan mereka dengan cepat, nyatakan masalah yang berlaku dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter. Gobind berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan laporan berkenaan masalah MYTV dan menyerahkan kepadanya secepat mungkin. Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada pertanyaan seorang pengguna Twitter  @niniey_rashid  yang ingin tahu sama ada MYTV hendak dihapuskan, dan mendakwa siaran saluran itu telah terganggu selama seminggu di Kelantan. @ssafuan...

Jambatan bengkok akan dibincangkan dengan Singapura

JOHOR BAHRU -- Cadangan membina jambatan ketiga bagi menghubungkan Johor ke Singapura, antara agenda yang akan dibincangkan kerajaan Johor dalam Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee (JMC) Meeting di Singapura bulan hadapan.  Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang mengesahkan demikian berkata bagaimanapun perbincangan mengenainya juga akan dilakukan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat pembangunan Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kuala Lumpur, Rabu. “Ini penting bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami Johor ketika ini. “Jika tidak dilakukan sesuatu, saya rasa sampai bila-bila ia tidak akan selesai. Kalau orang kata dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan membazir …saya rasa itu bukan pembaziran tetapi saya tidak hendak ulas lanjut sebab dah ulas awal dulu,” katanya ketika ditanya isu terbabit. Beliau ditemui media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat...

Price of homes near Pusat Bandar Damansara MRT Station at RM4 million

KUALA LUMPUR -- The prices of homes within a 1km radius surrounding the mass rapid transit (MRT) station of Pusat Bandar Damansara has the most expensive houses at a median price of RM4 million, according to  Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS)  Based on the report, ‘MRT Study: B40 and M40 groups benefiting from the MRT project?’, Cent-GPS also found that the median price of houses around the Sungai Buloh MRT and Mutiara MRT stations would only be affordable to expatriates, that is one per cent of Malaysia's total population . “Whereas, this area is not considered a luxury neighbourhood based on its location from the city centre. "However, new developments in this area have homes such as double-storey semi-detached houses and bungalows that are not affordable to the B40 and M40 groups (lower income and middle income), according to the behavioural and social science research firm based here. The statement a...

Cuti anggota penyelamat dibeku selama dua bulan

PUTRAJAYA -- Cuti semua anggota penyelamat dan pasukan pengurusan bencana pihak berkuasa tempatan dibekukan bermula November hingga Disember bagi menghadapi bencana banjir Monson Timur Laut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau, yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat (JKTPBP) yang pertama hari ini, berkata, arahan pembekuan itu sebagai kesiapsiagaan semua pihak termasuk agensi yang mengguna dan menggerak aset. Antara agensi terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. "Monsun Timur Laut bermula Sabtu lepas (27 Okt) dan akan berlanjutan sehingga Mac tahun hadapan, dan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat bermula November,” katanya kepada pemberita selepas mempenger...

Pemilihan PKR dicemari "undi hilang"

KUALA LUMPUR -- Calon timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak menjalankan tugas dengan cekap dalam proses pemilihan parti itu. Katanya aduan berhubung permasalahan yang wujud ketika proses pemilihan yang bermula September itu masih diterima termasuk isu 'undi hilang'. "Ya.. saya bersetuju dengan anda (wartawan) dan aduan terus diterima, tengok apa yang berlaku di  Selangor, undi hilang dan Ampang sahaja,1,100 undi hilang. Di bahagian saya sendiri sebanyak 800 undi hilang, anda boleh bayangkan jika undi ini dikira secara terbuka, pastinya jumlah undi saya lebih banyak daripada yang saya peroleh ketika ini… biar mereka (JPP) putuskan dan siasat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas  dakwaan terdapat penyelewengan dalam proses pemilih...

Perak lancar portal cari jodoh cintasakinahjaipk

IPOH -- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melancarkan portal mencari jodoh, yang pertama seumpamanya yang dikendalikan oleh agensi kerajaan sebagai usaha untuk membantu individu khususnya yang lanjut usia mencari mencari pasangan. Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata portal yang dibangunkan oleh JAIPk dengan kerjasama kPerak, anak syarikat kerajaan negeri itu, boleh diakses menerusi laman web cintasakinahjaipk.perak.my mulai hari ini. Bagaimanapun ada beberapa syarat yang dikenakan ke atas individu yang ingin mendaftar di portal itu antaranya beragama Islam dan belum berkahwin. "Sebagai contoh individu itu belajar atau bekerja dan sukar mendapat jodoh, jadi kita akan bantu mereka dengan kandungan yang ada dalam laman web itu untuk memudahkan mereka mencari jodoh. Buat sementara ini keutamaan adalah rakyat Perak dan sekiranya sambutan diterima mengalakkan kemungkinan usaha itu akan dikembangkan ke peringkat Persekutuan," katanya. Beliau be...